Semakin banyak bicara bahawa dunia sudah menghampiri penghujungnya. Ini kerana sudah semakin tanda-tanda kiamat kecil muncul antaranya fitnah yang melata. Bahkan sudah semakin ramai alim ulama serata dunia meninggal dunia selain banyak lagi tanda-tanda lain mulai muncul termasuklah Sungai Eufrat di Syria yang semakin surut.

Dalam menghadapi dunia akhir zaman ini, seeloknya kita memperbanyakkan amal ibadah kerana itulah saja bekalan mampu kita bawa di alam akhirat.

Di kongsikan 11 amalan oleh ulamak Tok Wali dari Bukit Tembaga, Kuala Nerang Pak Su Mid atau nama sebenarnya Tuan Guru Haji Abdul Hamid untuk kita sama-sama beramal, insya Allah. Antara pesanan yang sentiasa diingatkan olehnya selain menjadi amalan hidupnya ialah membaca Al-Quran & puasa setiap hari dan tidak pernah tinggal sejak 30 tahun lalu.

Berikut adalah amalan akhir zaman daipada Al ArifBillah Paksu Mid :-

1. Seeloknya makan hanya nasi, telur dan sayur sahaja.

2. Tidak makan di luar.

3. Tidak makan makanan proses seperti bihun, kueteow dan mee.

4. Berpuasa setiap Isnin dan Khamis.

5. Pakaian selalu bersih dan suci dari najis.

7. Solat tidak boleh tertinggal satu waktu pun, maknanya tiada istilah qada.

8. Kurangkan pergaulan dengan masyarakat sekeliling.

9. Sentiasa dalam berwuduk. Selepas batal ambil semula dan solat sunat 2 rakaat.

IKLAN

10. Lazimkan membaca Al Quran setiap hari. Jangan keluar rumah sebelum menatap wajah dan membaca Al Quran terlebih dahulu.

11. Sentiasa berselawat kepada Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi.

Dalam pada itu, satu perkongsian di fb Ahbab Jaulah Ulama Malaysia yang ditulis oleh Tengku Yusuff, ada dikisahkan latar belakang wali Allah ini untuk pengetahuan kita bersama.

Ulamak Tok Wali Pak Su Mid Kongsikan 11 Amalan  Dalam Hadapi Dunia Akhir Zaman

Satu hari satu ulama

Tok Wali Pak Su Mid (1926- sekarang)

Nama sebenar Pak Su Mid ialah Tuan Guru Haji Abdul Hamid dan beliau dilahirkan di Air Hitam, Jerlun, Kedah pada tahun 1926. Menurut Pak Su Mid umur sebenar beliau sudah pun menghampiri 100 tahun. Ini kerana orang dahulu sudah biasa mendaftar lambat di Jabatan Pendaftaran.

Beliau telah menuntut ilmu dari beberapa wali Allah. Di antara guru beliau ialah Syeikh Abdullah Harun – Stesen Kereta Api Lama Alor Star, Sg. Korok.

IKLAN

Keturunan asal Pak Su berasal dari Banjar, Indonesia. Pak Su mula tinggal di Bukit Tembaga pada tahun 1965 dan beliau berkahwin pada tahun 1973.

Semasa mudanya beliau bekerja dan berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar pada siang harinya. Manakala pada sebelah malamnya beliau akan menadah ilmu bersama guru-guru beliau. Pak Su juga bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang.

Antara kitab yang sering menjadi rujukan Pak Su Mid adalah:
1) Hilyatul Auliyak
2) Futuhat Makkiyyah Ibn Arabi
3) Khozinatul Asror

Beliau pernah berkata bahawa, beliau cuma membaca kitab kitab yang pengarangnya seorang Wali Allah sahaja.

Amalan utama Pak Su Mid hanya lah Al Quran & puasa setiap hari. Setiap kali diminta amalan dan nasihat, maka beliau akan berpesan supaya berdamping dengan Al-Quran. Sudah lebih 30 tahun beliau berpuasa sunat.

Ramai ulama' yang berpendapat menyatakan bahawa Pak Su sudah mencapai maqam Wali Allah.

Berkata Syeikh Wan Izzudin Bin Syeikh Wan Ibrahim / Pak Chu Him Pondok Gajah Mati. Ada yang berpendapat bahawa Pak Su Mid telah mencapai maqam wali Abdal. Ini berdasarkan 4 rukun Abdal iaitu salah satunya rajin berpuasa.

Kalam Pak Su Mid mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan unsur kiasan yang mendalam. Beliau suka berkias dalam percakapan.

IKLAN

Di antara nasihat atau kata-kata hikmah Pak Su Mid ialah:-

1. Pastikan diri sentiasa berwuduk.

2. Bergelut sungguh-sunguh dengan al-Quran. Pegang Al-Quran dan kata: Ya Allah, ini kitab Engkau yang aku beramal. Barangsiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memberikannya hidayah.

3. Malam malam bangun buat tahajud. Menangis atas segala dosa. Ambil air mata tu sapukan satu tubuh badan niat sebagai benteng dari api neraka.

4. Bila ada Istiqomah, baru malaikat turun. Jangan takut jangan sedih. Depa bawa berita gembira kita jadi ahli syurga.

5. Nak cekap dalam agama ni kena kuasai ilmu alat.

6. Sapa tak baca al-Quran, dia benci kepada Allah.

7. Semua ilmu ada dalam Al Quran. Semua penyelesaian hidup ada dalam Al -Quran.

Adab untuk ziarah Pak Su Mid ialah kena pastikan bawa al Quran, pen & kertas.

Moga Allah Taala memberi kesihatan yang baik buat beliau. Aamiin.

*Sumber – FB Tok Bomoh Kampung

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI