Gosip melampau boleh menyebabkan sesebuah rumahtangga goyah. Berita yang disampaikan dari mulut ke mulut, yang belum tentu benarnya, boleh menjadi barah sehingga membuatkan suami isteri bergaduh sesama sendiri.
Sikap suka suka bercerita mengenai orang lain atau jaga tepi kain orang boleh mengundang padah. Bercerita dan kemudian menyampaikan cerita kepada orang lain. Lalu akhirnya semua orang bercerita mengenai rumahtangga kita tanpa tahu sama ada betul atau tidak kesahihan cerita itu.
Ditambah pula sikap cemburu buta. Hal ini boleh menyebabkan rumahtangga goyah apabila sudah tiada sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Inilah bahayanya gosip yang disampaikan tanpa usul periksa.
Lakukan tip di bawah untuk meredakan keadaan.
TENANG
Ads
Sikap tenang disarankan apabila anda mendengar gosip mengenai pasangan anda. Jangan terus menerjah pasangan anda dengan soalan-soalan yang boleh membangkitkan kemarahan. Ada kala gosip hanya menyebabkan rumahtangga jadi huru-hara.
Menyerang pasangan yang digosip sebenarnya menyebabkan ketenangan hidup anda terganggu. Sikap tenang bukan sahaja boleh menyelamatkan rumahtangga anda. Namun ketenangan anda itu mungkin boleh menjadikan pasangan anda berubah menjadi baik jika gosip dia curang itu sebenarnya memang betul-betul berlaku.
Ketenangan seorang pasangan boleh membuatkan pasangannya mampu berfikir secara rasional. Justeru usah terus menyerang pasangan anda kerana ianya boleh merosakkan hubungan rumahtangga.
Ads
JANGAN MUDAH PERCAYA
Apabila mendengar gosip mengenai pasangan, cuba selidik dahulu. Memang agak menyakitkan hati jika kita dengar gosip mengenai kecurangan pasangan. Terasa terus mahu menerjahnya dengan soalan demi soalan.
Ads
Lebih buruk lagi jika soalan itu ditanya menggunakan mesej di telefon bimbit. Anda dinasihatkan supaya jangan sesekali berkomunikasi hal-hal penting di telefon bimbit. Ini hanya menjadikan hubungan anda lebih teruk.
Mempercayai gosip samalah seperti anda mempercayai surat layang. Walaupun ada kalanya berita gosip itu betul, namun pokok pangkalnya ialah cara anda menangani gosip yang disampaikan. Jangan terus mempercayai namun gunakan kebijaksanaan anda.
JANGAN HILANG HORMAT
Mempercayai gosip boleh membuatkan anda hilang hormat kepada pasangan. Jangan sampai hal tersebut berlaku. Rasa hormat perlu dipertahankan di samping perasaan kasih sayang dan cinta. Segala hal buruk boleh dielakkan daripada berlaku dalam rumahtangga selagi masih wujud rasa hormat, sayang dan cinta.
Justeru jangan sesekali hilang perasaan tersebut kerana kesannya sangat besar. Jangan biarkan gosip menyebabkan rumahtangga anda runtuh. Gosip hanyalah khabar angin yang berpunca daripada orang sekeliling yang membuat telahan semata-mata.
Gosip yang disampaikan boleh menjadikan anda dan pasangan berperang sesama sendiri lalu membawa kepada kesan lebih besar. Kekalkan rasa hormat, bertutur dengan baik, berkomunikasi secara bersemuka, elakkan bermesej di telefon bimbit membincangkan hal penting; In Sha Allah rumahtangga akan selamat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Baru-baru ini tular tentang kisah seorang lelaki yang mengumumkan perkahwinan keduanya dilaman Fecebook miliknya. Namun pengakuannya itu telah memberikan pelbagai reaksi tentang perkara tersebut. Tidak dapat dinafikan ramai yang simpati dengan isteri pertama kerana dimadukan sedangkan hakikatnya isteri pertama sememangnya reda dengan perkahwinan suaminya.
Berikut luahan isteri pertama lelaki ini Azila Shamsudian yang dikutip dari laman Facebooknya.
JAWAPAN KENAPA SAYA TERIMA BERMADU..
Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang mendoakan, yang memberikan kata2 semangat serta mengambil berat tentang diri saya.Terasa amat dekat dengan semua MasyaAllah.. Indahnya ukhwah kerana Allah..??? Moga Allah berikan ganjaran di atas segala kebaikan yang diberikan. Amin
Baiklah, oleh kerana terlalu banyak wasap2 n msg2 yg menderu2 bertanya tentang keadaan saya, di sini saya nak jelaskan jawapannya..
KANSER TAHAP EMPAT
Bagi yang mengenali saya, pasti sudah tahu bahawa dahulu saya pernah diuji dengan kanser stage 4 namun Allah masih lagi berikan saya kehidupan. Itulah satu nikmat besar yang pernah saya rasakan. Alhamdulillah. Di saat saya diuji itu juga Allah HADIAHKAN suami yang memahami dan menerima kekurangan diri ini. Kami bernikah waktu saya kimo yang ke 4. Alhamdulillah. Saya pernah menulis tentang cerita ini dan alhamdulillah dialah suami luar biasa saya iaitu ustaz Meor Abdullah.. ?Dan suami saya masih jg seperti dulu bertanggungjwb dan adil.. Alhamdulillah.. Saya sayangkan dia kerana Allah.. ??
Namun bagi saya, suami saya bukan milik saya. Dia adalah pinjaman dari Allah buat saya dan merupakan kunci saya mengejar syurga Allah. Prinsip saya, apa jua yang ada pada saya adalah pinjaman. Allah yang kekal selamanya. Saya izinkan suami saya berkahwin lagi dengan syarat perkahwinan itu mendekatkan diri kami semua kepada Allah Yang Maha ESA kerana hidup ini sementara, umur juga sudah separuh usia dan moga masa yang berbaki dapat digunakan sebaiknya.
PINJAMAN DARI ILAHI
Itulah yang patut kita semua pegang, iaitu kita tiada apa di dunia ini. Diri kita juga pinjaman dr Ilahi. Allah pertanggungjwbkan kepada kita utk menjaganya dan menggunakan apa yg dipinjamkan ke jalan yg Allah redhai.
Saya suka ambil cth kisah para shahabiyah yang begitu YAKIN pada Ilahi dalam kehidupan mereka.Contoh seperti Siti Hajar yakin pada Allah yang akan menjaganya walaupun dia di tinggalkan suaminya nabi ibrahim di tanah yang gersang. Juga sumayyah yang begitu YAKIN pada Allah disaat dia diseksa oleh kaum kafir Quraish. Juga Kisah Rabiatul Adawiyah yang tidak terasa kesakitannya kerana terlalu CINTAKAN Allah.
Sekarang cuba tanya diri kita, dimanakah KEYAKINAN KITA PADA ALLAH?
Kita terlalu letakkan pergantungan pada manusia hingga mnyebabkn kita terseksa apabila manusia itu pergi atau tiada.
Oleh itu para wanita di luar sana, kembalikan KEYAKINAN kita Pada YANG MAHA ESA.Apa jua ketentuanNya, adalah yang terbaik buat kita..
وعسى أن تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسى أن تحبوا شيئا وهو شر لكم والله يعلم وأنتم لا تعلمون “
Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal ia baik untukmu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al Baqarah: 216)
UJIAN HATI
Keputusan untuk dimadukan memang senang diungkap tetapi ia adalah ujian HATI yang mana kita akan rasa nikmatnya bila Hati kita benar2 bergantung pada pemilik Hati iaitu ALLAHU RABBI.Saya tidak akan kuat tanpa keizinan ALLAH YANG MAHA HEBAT yang pegang hati2 kita semua dan mampu berikan pelbagai perasaan pada diri kita semua.DIA yang membolakbalikkan hati2 kita. Oleh itu, kenalilah Allah dan rasailah kehebatan Allah dalam setiap Asmaullah.Letaklah pergantungan sepenuhnya pada ALLAH.Hidup ini sementara, letakkan matlamat utama untuk bertemu Allah yang Maha Berkuasa di syurga abadi.
Sepertimana hadith Rasulullah saw. bersabda, “….Bahwa dalam diri setiap manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik pula seluruh jasadnya, dan apabila ia rosak maka rosak pula seluruh jasadnya. Gumpalan daging itu adalah hati.” (HR Imam Al-Bukhari)
Selain itu, tujuan saya juga bukan untuk memberi semangat pada suami2 di luar sana untuk berkahwin lagi. Tolong yer, sebenarnya besar sangat2 tanggungjwb seorg suami dan amat perlukan kerjasama dan tolenrasi dari isteri2 dan keluarga utk memudahkan jalannya diakhirat nanti. Memang ia adalah sunnah tapi ia bukan mudah.Jangan kerana inginkn nikmat dunia yang sementara ini, maka matlamat akhirat kita lupa dan tolak tepi.
Keputusan yang kami buat ini pada asalnya adalah kerana DAKWAH dan alhamdulillah Allah permudahkan hati2 kami menerimanya.
MENCARI REDA SUAMI DAN ILAHI
Alhamdulillah, kini saya DI HADIAHKAN pula dengan MADU yang baik hati yang mana matlamat kami sama mencari jalan redha suami dan Ilahi untuk ke syurga Ilahi. Alhamdulillah, anak2 juga dapat menerima Ibu baru mereka dalam kehidupan baru ini. Kami berpegang bahawa dunia ini sementara dan moga dengan berkongsinya kebahagiaan didunia yang sementara ini, Allah izinkan kami semua merasai kebahagiaan yang kekal selamanya di akhirat kelak.amin.
Ada yang kata saya lamar madu saya tapi itu tidak benar. Bagaimanapun ceritanya BIARLAH RAHSIA kami sekeluarga. Sekarang kami dah menjadi satu keluarga yang besar. Perjalanan hidup kami masih jauh dan kami berharap tiada yang memandang serong dengan keputusan kami ini. Hentikan tohmahan dan fitnah kerana ia tidak mendatangkan apa2 kebaikan bahkan mnyebabkn perbalahan yang tidak berkesudahan.
Alhamdulillah Allah masih berikan kita semua kehidupan, maka manfaatkan dengan membuat pelbagai amalan ,perbanyakkan kata2 yang memberi peringatan dan doakan kearah kebaikan. Pandang baik setiap apa yang Allah berikan, InsyaAllah baiklah yang akan Allah gantikan.Kalau bukan di dunia, di akhirat kelak. Sabda Rasulullah SAW yang beliau riwayatkan dari Rabbnya, bahwa Allah berfirman,
أَناَ عِندَ ظَنِّ عَبْدِي بِي
“Aku sepertimana anggapan hamba-Ku terhadapKu..”
Jadi kita hamba Allah, selalulah pandang baik atas segala ketetapanNya.
Saya berharap agar semua dapat mendoakan kebaikan buat keluarga kami. Dan didoakan juga kebaikan buat semua yang membaca coretan ini. Sesungguhnya syurga Allah itu luas,moga kita semua terpilih menjadi ahlinya..
Amin.. Amin Ya Ra
Sumber kredit: FB: Azila Shamsudian
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pagi tadi kita dikejutkan dengan kehilangan penyanyi tersohor Datuk Nassier Wahab yang menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
Berita kehilangannya ini disebarkan oleh penyanyi Zur Eda menerusi kiriman WhatsApp kepada rakan artis yang mengenalinya.
Sebelum itu, penyanyi bersuara lunak ini pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri pada 1 Jun lalu.
Melalui laporan Harian Metro, Arwah dikatakan mula mengalami masalah itu sejak lima tahun lalu apabila mengadu sakit pada bahagian gusi. Bagaimanapun beliau hanya mengambil pil penahan sakit setiap kali diserang penyakit berkenaan.
Biapun kerap menangguhkan untuk menjalani pembedahan, sebelum bersetuju melakukannya pada 1 Jun lalu.
Ternyata Allah lebih menyayanyi beliau dan kehilangannya disifatkan sebagai kerugian besar pada industri seni kerana dirinya adalah permata negara yang sangat berharga.
Kehilangan juga turut dirasai rakan selebriti dan juga golongan pendakwah. Salah seorang adalah Imam Muda Asyraf yang menzahirkan simpati kepada arwah Nassier Wahab dalam posting di laman Instagramnya.
Tak dapat nafikan memang hebat air tangan seorang isteri. Jika ada pembantu rumah sekali pun jangan sesekali biar pembantu rumah yang menyediakan hidangan untuk disantap oleh sang suami. Melalui air tangan seorang isterilah kasih sayang suami dan isteri itu semakin ‘kuat’.
Tidak sempat masak atau tiada masa untuk memasak terutama wanita yang bekerja bukanlah alasan lagi. Ini kerana ada cara yang lebih praktikal dan ‘bijak’ yang boleh diamalkan agar wanita yang bekerja mampu menyediakan hidangan setiap hari.
Aktiviti Wajib Mak-mak Bila Hujung Minggu
Selesai juga manjakan peti ais hari ni, macam biasa isinya akan penuh setiap hari Ahad je. Semua barang basah akan di topup dari Pasar Pagi di Chemor atau Silibin. Senang, nak masak je… Buka peti ajaib ni, kenyanglah perut anak-anak.
Saya jarang beli lauk basah kat pasar raya, sebab beza di pasar pagi ikan lebih segar dan daging lembu pun saya cari yang baru disembelih. Sampai pak cik jual lauk basah pun dah kenal muka siap bagi ayat, “dia nak daging baru disembelih aje, pastu mesti cari daging batang pinang.”
“Haruslah pak cik, saya hidangkan untuk anak-anak. Kalau liat, mesti deme tak makan.” Balas saya dengan ayat pertahankan diri dari dituduh wanita cerewet
Bab sayur pula, saya tak banyak beli buat stock, sebab tak ada geng. Jadi saya cuma pastikan bendi, cendawan dan bunga kobis selalu ada. Itu sayur wajib saya! Cendawan tu sebab nak celup tepung, kobis tu untuk dibuat tomyam. Bendi? Paling malas rebus je. Siap! Haha
Dan saya lebih suka masukkan sayur-sayuran dalam plastik zip camni, lebih jimat ruang dan tahan lama.
Owh ya, lauk ayam daging pun taruk dalam plastik camni lebih senang. Potong kecik-kecik siap-siap dan tarik je bila nak masak. Tak payah nak rendam dalam air bagai. Lagi pun ayam daging ni kalau direndam selau, tak elok sangat. Selebihnya, saya ikut petua ni.
Cara Simpan Lauk Basah
1. Sayur jangan basuh 2. Telur pun jangan dibasuh 3. Cili lebih elok letak seketul bawang putih dan tisu dalamnya untuk tahan lebih lama. 4. Ikan dicuci sesiap buang perut. 5. Daun sup letak tempat beku.
Hah, sekarang mak budak dah senang hati. Tinggal nak listkan masak apa dari Isnin sampai Jumaat ni. Eh, tak cukup seminggu masak?
Ya, sabtu ahad dapur tutup! Kita pun nak cuti jugaakkkk
KASHOORGA: Namun para suami pun kenalah membantu juga. Semasa isteri sibuk berperang di dapur, bantulah apa yang patut seperti menjaga anak, membasuh pakaian (guna mesin basuh) dan sebagainya. Sama-sama kerja tentulah sama-sama penat. Jadi lebih afdhal kalau suami turut membantu isteri.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Makan bufet Ramadan di hotel atau kafe setiap kali bulan puasa seakan acara wajib ramai kalangan kita. Meski ada harga hidangan mencecah hampir RM100...