Umrah buka jalan untuk berubah. “Tak perlu takut dosa silam, ini peluang Allah beri, perbaiki diri.’ Jangan cipta alasan takut Allah aibkan ketika tunaikan ibadat umrah.
Sebaliknya inilah masanya untuk kita berubah menjadi lebih baik. Pasti kita tidak mahu serta malu jika diri serba kekurangan kita mengadap Allah.
Ikuti perkongsian Sabariah Abd Majid ini, yang memulakan langkah pertama untuk berubah sedikit demi sedikit sebelum tunaikan umrah pertamanya. Alhamdulillah berkat kesabarannya, Allah permudahkan.
Umrah untuk berubah
Ramai yang takut untuk mengerjakan umrah kerana memikirkan dosa-dosa silam.
Malah, ramai yang tak tahu bahawa umrah sebenarnya membuka jalan untuk kita berubah menjadi hamba dan insan lebih baik dari sekarang.
Untuk Berubah
Jika ingin berubah, pergilah Umrah. Kita akan rasai kenikmatannya. Pasti pulang kita bukan sia-sia. Dan pasti pulang kita penuh makna. Serta pasti pulang kita membuka jalan untuk berubah
Umrah sebagai tanda Allah masih pandang dan ingat kita, masih beri peluang pada kita untuk memperbaiki diri. Ramai yang masih memberi pelbagai alasan.
Ads
Aku banyak berdosa dan masih berbuat dosa. Juga aku selalu tinggalkan solat. Solat Aku sekadar syarat, larat aku buat, tak larat aku tinggal…
Tak Perlu Takut
Layakkah aku mendapat jemputan Allah? Adakah Allah akan buka aibku di sana nanti?
Allah akan pandang tak aku jika aku ingin berubah? Mampukah aku melihat kaabah disana nanti? Bagaimana kalau aku diuji di sana?
Kenapa kita perlu bersangka pada Allah SWT? Kenapa tidak kita yang memulakan langkah pertama? Kenapa bukan kita yang berubah?
Saat saya pasang niat untuk mengerjakan umrah pertama, saya masih tidak solat lengkap 5 waktu.. masih solat sekadar mampu, masih belum ganti solat yang tertinggal dulu.
Dosa Silam
Kemudian saya nekad untuk berubah kerana saya malu nak menghadap Allah, malu nak memandang Kaabah. Malu nak berjumpa Rasulullah SAW.
Antara yang saya lakukan ialah cuba untuk tidak tinggalkan solat 5 waktu selama 40 hari…
Ads
Pastikan sepanjang 40 hari solat kita tiada yang tercicir. Andai terbabas pastikan qadha selepas sedar..
Selepas 40 hari, alhamdulillah diri timbul rasa malu dengan sendiri untuk tidak tinggalkan solat lagi. Alhamdulillah semoga kita semua kekal istiqomah untuk berubah.
Amalkan… kerana ini yang saya lakukan saat nekad untuk berubah, Allah pasti bantu Insyallah.
Allah akan lahirkan rasa bersalah, berdosa dan malu saat kita tertinggal solat sengaja atau tanpa sengaja.
Ads
Dari tidak solat, kita mula berjinak dengan solat… Dari tinggal 5 waktu, kenapa tidak kita mula dengan solat 1 hingga 2 waktu.. kemudian tambah satu-satu sehingga kita malu untuk tinggalkan kesemua 5 waktu..
Kita hanya manusia. Tak lepas melakukan dosa. Tapi…Yang jentik hati kita adalah Allah.
Perbaiki Diri
Malah yang beri Hidayah pada kita hanyalah Allah. Yang ampunkan dosa kita pastinya Allah. Dan yang memakbulkan doa tentulah Allah.
Tidak tutup aurat tetap wajib solat. Malah, tidak kyusuk tetap wajib solat Tidak baik tetap wajib solat. Tak ikhlas tetap wajib solat. Tidak pandai tetap wajib solat.
Semoga setiap apa yang kita lakukan diberikan ganjaran sebaiknya oleh Allah SWT.
Dan semoga nukilan ini memberi kekuatan dan semangat pada semua.
Sebelum ini pengacara dan juga dikenali dengan panggila Gadis Trivago, Dahlia Shazwan telah melakukan penghijrahan apabila mengenakan hijab.
Dia yang mendapat petunjuk dari Allah setelah pulang dari mengerjakan umrah bulan sebelumnya.
Dan semalam penyanyi bersuara lantang Ernie Zakri pula telah berhijab sepenuhnya semalam. Menurut penyanyi lagu Ku Bersuara itu, dia nekad memakai tudung secara rasmi semalam.
“Jujur saya masih dalam proses membiasakan diri. Moga diri ini terus istiqomah. Doa yang baik.
“Ikutkan niat itu sudah lama. Cuma baru baru ini dengan keadaan kita diuji dengan penularan wabak Covid 19, saya terdetik untuk melakukan anjakan dalaman diri.
“Lewat pagi tadi kira kira jam 2 pagi saya mesej Mama di aplikasi WhatsApp biarpun serumah. Saya berada di tingkat atas, Mama pula di bawah. Saya nyatakan keputusan untuk bertudung dan Mama sangat gembira.
“Di kalangan keluarga ada yang terkejut dengan keputusan ini. Apatah lagi di saat kerjaya saya meluncur baik. Namun saya percaya dalam hidup ini kita perlu membuat satu keputusan besar dalam hidup termasuk soal penghijrahan diri,” katanya kepada BH online.
Kata pemilik nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakrie ini, dia pernah menyatakan dalam diri bahawa tahun 2020 akan menjadi titik permulaan penghijrahan dirinya.
“Semua bagai dipermudahkan dan tersusun cantik. Di saat saya sedang berehat daripada kerja seni akibat situasi semasa, Allah makbulkan hasrat hati ini.
“Saya ambil masa sebenarnya untuk memutuskan perkara ini. Ia kewajipan. Malah sebelum menunaikan umrah buat kali pertama hujung tahun lalu, saya terdetik untuk berubah menjadi lebih baik dalam diri.
“Malah kini setiap kali bertudung, saya rasa gembira dan cukup lengkap. Perubahan ini juga takkan mengubah diri saya dan apa yang dilakukan selama ini,” katanya lagi.
Ernie menambah, dia berharap peminat tidak keliru andai ada rakaman atau gambarnya tidak bertudung kelihatan selepas ini.
“Yang ada akan nampak saya dalam mana mana kerja seni selepas ini tanpa bertudung, itu semua dilakukan sebelum ini lagi,” katanya memohon doa agar terus istiqamah.
Dalam pada itu, rakan artis serta followernya turut mengucapkan tahniah atas penghijrahan Ernie dan mengharapkan dia terus kekal istiqamah dengan penghijrahannya itu.
“Saya cuba untuk jadi lebih baik, nampak kesilapan tegurlah.’ Reaksi Neelofa bila ditegur pakaian tak sesuai imej purdah. Nama pun manusia, masih banyak kekurangannya untuk menjadi yang lebih baik.
Namun begitu, Neelofa terbuka menerima teguran bila ada yang mengkritik pakaiannya tidak sesuai dengan imej berpurdah. Jelasnya dia juga berusaha sehabis baik untuk menutup aurat dengan sempurna.
Selebriti popular, Neelofa pilih pakaian bersesuaian dengan imej selepas mendapat lampu hijau dari suaminya, PU Riz setiap kali sebelum keluar rumah.
Menurut Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, selama ini suaminyalah yang menjadi ‘gatekeeper’ atau penapis yang tidak memungkinkannya keluar dengan pakaian yang tidak bersesuaian.
“Selalunya, setiap kali keluar rumah, saya akan dapat ‘green light’ daripada suami. Kalau ada yang dia tegur macam ‘singkat di belakang ini’, jadi saya akan tukar. Kalau suami kata okay, saya keluarlah.
“Selagi tak nampak susuk tubuh, bentuk peha, betis dan tudung dilabuhkan, semuanya okay,” jelasnya satu-persatu.
Nampak Kesilapan Tegurlah
Baru-baru ini, Neelofa ditegur netizen apabila dilihat memuat naik video dirinya berpakaian kurang sesuai dengan imejnya berpurdah yang dimuat naik di TikTok.
Bertanya keterbukaannya menerima kecaman tanpa putus daripada orang ramai, Neelofa tetap tersenyum dan mengambil setiap teguran secara positif.
“Kalau tutup mata pun, orang tetap akan kecam. Tudung kena dilabuhkan, tutup bahu dan macam-macam lagi.
“Saya cuba yang terbaik untuk jadi lebih baik, kalau orang nampak kekurangan dan kesilapan dan tegur dengan baik, Alhamdulillah.
“Saya pun banyak benda nak belajar lagi. Saya ada pasangan yang sentiasa bantu saya,” katanya lagi.
Reaksi Neelofa Bila Ditegur
Di samping itu, kongsi Neelofa dirinya kita kembali bergerak aktif dalam bidang seni selepas melahirkan anak keduanya, Abdullah Abbas pada 11 Julai lalu.
“Saya sudah mula kerja sikit-sikit. Minggu pertama September saya sudah agresif bekerja, tetapi sekarang musim anak-anak sakit, jadi kena duduk rumah pula jaga anak.
“Saya akui menjaga dua anak lebih mencabar, saya rasa tak cukup 24 jam dan perlukan lebih jam. Cuma, sekarang saya ada jururawat malam yang datang untuk bantu si kecil supaya dapat tidur dengan cukup.
Pakaian Tak Sesuai Imej Purdah
“Bulan pertama saya jaga anak sendiri walaupun ada pembantu. Namun, selepas sebulan saya rasa tak boleh, jadi saya minta suami untuk ada jururawat pada waktu malam,” katanya.
Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru sahaja diumumkan Selasa lalu.
Dan tahun ini menyaksikan peningkatan peratusan untuk keseluruhan bagi keputusan penuh.
Ramai yang berkongsi momen kegembiraan ini bersama keluarga dan berkongsi tip bagaimana mendapat keputusan cemerlang.
Selain belajar bersungguh-sungguh sokongan keluarga juga penting dalam memastikan anak-anak mendapat keputusan cemerlang.
Dalam satu posting di laman sosial Facebook Program Tahfiz Intergrasi An Nur berkongsi rahsia salah seorang pelajar cemerlang, Adik Darwish Mokhtar yang memasang impian bergelar Huffaz.
Menurut Darwsih yang memperolehi keputusan 11A+ berkata kejayaan di dunia hanya sementara sahaja, tetapi jika menjadi Huffaz kejayaan dunia dan akhirat.
Tambah anak bongsu dari empat beradik ini juga apabila bergelar Huffaz boleh menjaga diri sendiri dan pelindung dari maksiat.
Biarpun terlewat menyertai Program Tahfiz Integrasi An Nur tapi Darwish berjaya buktikan, sudah berjaya menghafal 25 juzuk hanya dalam 48 hari sahaja. Dan insya-Allah dengan izinNya nanti dia akan berjaya hafal 30 juzuk dalam masa 55 hari.
Darwih yang bercita-cita menguasai bidang perniagaan dan berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan turut memberikan tip atas kejayaaanya dalam peperiksaan SPM lalu.
Mahu kejar dunia dan akhirat
Keputusan SPM 11A+ baru-baru ini, tapi mengapa adik Darwish Moktar, 18, nak jadi Huffaz?
“11A+ kejayaan dunia je, bersifat sementara. Kalau jadi Huffaz, kejayaan Dunia Akhirat. ” Huffaz ni juga boleh menjaga diri dan In Sha Allah, sebagai pelindung dari maksiat, “ujar Darwish yang bersekolah di sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Gombak. . Anak bongsu dari 4 beradik ini juga menjelaskan, dia sebenarnya dicabar oleh ibunya, Salawati Mohd Baki untuk hafal 30 juzuk Al-Quran.
Ibunya rasa, Darwish tak mampu kerana lewat menyertai Program Tahfiz Integrasi An Nur tapi dia berjaya buktikan, hanya dalam 48 hari sahaja, dia sudah menghafal 25 juzuk.
Program itu berlangsung dalam tempoh 3 bulan anjuranMyFundAction yang dulu dikenali sebagai Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM), Manjung, Perak.
Darwish yang berasal dari Subang Jaya, Selangor, berkata dia di jangka menghafal 30 juzuk pada 13 Mac ini iaitu hari ke 55 selepas menyertai program itu.
Bagaimanapun, Darwish berita-cita menguasai bidang perniagaan dan berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan.
Tip kejayaan Darwish: – Mulakan sesuatu dengan niat yang baik, In Sha Allah, Allah akan permudahkan segala urusan. – Fokus dalam kelas. – Isi masa dengan cara berfaedah dan jangan biarkan masa terbuang tanpa pengisian. – Darwish juga Ketua Fasi Addmath dan Modul Keseluruhan, ajar kawan/ junior, supaya teknik tu lebih mudah difahami.
Kejayaan: – Ikon Research & Development peringkat Kebangsaan dan memperoleh pingat Gangsa.
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...