Umrah buka jalan untuk berubah. “Tak perlu takut dosa silam, ini peluang Allah beri, perbaiki diri.’ Jangan cipta alasan takut Allah aibkan ketika tunaikan ibadat umrah.
Sebaliknya inilah masanya untuk kita berubah menjadi lebih baik. Pasti kita tidak mahu serta malu jika diri serba kekurangan kita mengadap Allah.
Artikel Berkaitan:
Ikuti perkongsian Sabariah Abd Majid ini, yang memulakan langkah pertama untuk berubah sedikit demi sedikit sebelum tunaikan umrah pertamanya. Alhamdulillah berkat kesabarannya, Allah permudahkan.
Umrah untuk berubah
Ramai yang takut untuk mengerjakan umrah kerana memikirkan dosa-dosa silam.
Malah, ramai yang tak tahu bahawa umrah sebenarnya membuka jalan untuk kita berubah menjadi hamba dan insan lebih baik dari sekarang.
Jika ingin berubah, pergilah Umrah. Kita akan rasai kenikmatannya.
Pasti pulang kita bukan sia-sia. Dan pasti pulang kita penuh makna.
Serta pasti pulang kita membuka jalan untuk berubah
Umrah sebagai tanda Allah masih pandang dan ingat kita, masih beri peluang pada kita untuk memperbaiki diri. Ramai yang masih memberi pelbagai alasan.
Aku banyak berdosa dan masih berbuat dosa. Juga aku selalu tinggalkan solat. Solat Aku sekadar syarat, larat aku buat, tak larat aku tinggal…
Layakkah aku mendapat jemputan Allah? Adakah Allah akan buka aibku di sana nanti?
Allah akan pandang tak aku jika aku ingin berubah? Mampukah aku melihat kaabah disana nanti? Bagaimana kalau aku diuji di sana?
Kenapa kita perlu bersangka pada Allah SWT? Kenapa tidak kita yang memulakan langkah pertama? Kenapa bukan kita yang berubah?
Saat saya pasang niat untuk mengerjakan umrah pertama, saya masih tidak solat lengkap 5 waktu.. masih solat sekadar mampu, masih belum ganti solat yang tertinggal dulu.
Kemudian saya nekad untuk berubah kerana saya malu nak menghadap Allah, malu nak memandang Kaabah. Malu nak berjumpa Rasulullah SAW.
Antara yang saya lakukan ialah cuba untuk tidak tinggalkan solat 5 waktu selama 40 hari…
Pastikan sepanjang 40 hari solat kita tiada yang tercicir. Andai terbabas pastikan qadha selepas sedar..
Selepas 40 hari, alhamdulillah diri timbul rasa malu dengan sendiri untuk tidak tinggalkan solat lagi. Alhamdulillah semoga kita semua kekal istiqomah untuk berubah.
Amalkan… kerana ini yang saya lakukan saat nekad untuk berubah, Allah pasti bantu Insyallah.
Baca Di Sini:
‘Ini Bukan Kerja Saya, Tapi Allah Izinkan.’ Hafiz Mahamad Buat Kejutan, Bawa 120 Staf Tunai Umrah
Allah akan lahirkan rasa bersalah, berdosa dan malu saat kita tertinggal solat sengaja atau tanpa sengaja.
Dari tidak solat, kita mula berjinak dengan solat… Dari tinggal 5 waktu, kenapa tidak kita mula dengan solat 1 hingga 2 waktu.. kemudian tambah satu-satu sehingga kita malu untuk tinggalkan kesemua 5 waktu..
Kita hanya manusia. Tak lepas melakukan dosa.
Tapi…Yang jentik hati kita adalah Allah.
Malah yang beri Hidayah pada kita hanyalah Allah. Yang ampunkan dosa kita pastinya Allah. Dan yang memakbulkan doa tentulah Allah.
Tidak tutup aurat tetap wajib solat.
Malah, tidak kyusuk tetap wajib solat
Tidak baik tetap wajib solat.
Tak ikhlas tetap wajib solat.
Tidak pandai tetap wajib solat.
Semoga setiap apa yang kita lakukan diberikan ganjaran sebaiknya oleh Allah SWT.
Dan semoga nukilan ini memberi kekuatan dan semangat pada semua.
Ikhlas dari saya
Sabariah Abd Majid
Perindu Haramain
Kashoorga : Semoga suatu hari nanti Allah makbulkan doa kita untuk ke sana, insyallah.
Sumber : Sabariah Abd Majid
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.