Masuk bulan Ramadan ramai yang berangkat menunaikan ibadah umrah. Sememangnya ketika bulan ini juga berlaku peningkatan jemaah Makkah.
Kedatangan ini bukan saja untuk merasai suasana berpuasa di sana tapi yang lebih utama adalah kerana umrah di bulan Ramadan ini amatlah besar pahalanya.
Nabi Muhammad saw dalam satu hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim menyebut bahawa mereka yang mengerjakan umrah di bulan Ramadan pahalanya adalah sama seperti menunaikan haji bersama baginda.
Ibnu Abbas RA, katanya, “Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita daripada kalangan Anhar. “Apakah yang menghalangmu untuk melakukan haji bersama kami?” Dia berkata, “Kami hanya punya dua ekor unta, satunya dibawa oleh bapa dan anaknya, dan yang satu lagi kami gunakan untuk menyiram kebun.”
Maka Nabi SAW berkata:
فَإِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فَاعْتَمِرِي ، فَإِنَّ عُمْرَةً فِيهِ تَعْدِلُ حَجَّةً) وفي رواية لمسلم : حجة معي)
Maksudnya: “Jika datang bulan Ramadhan, lakukanlah umrah, kerana pahala umrah itu sama dengan pahala mengerjakan haji.” Dalam riwayat muslim, “Sama dengan pahala menunaikan haji bersamaku.” Riwayat Imam al-Bukhari (1782) dan Muslim (1256)
Menjelaskan tentang hadis ini Datuk Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri melalui portal Maktabah Al Bakri menyatakan kesamaan yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah antara pahala umrah di bulan Ramadan dan pahala haji adalah daripada ukuran pahala.
Bukan daripada jenis dan kualiti, kerana haji tidak diragukan lagi, lebih mulia daripada umrah daripada sisi jenis amal.
Jelasnya siapa yang mengerjakan umrah di bulan Ramadan, maka dia akan meraih senilai pahala ibadah haji.
Namun perbuatan ibadah haji memiliki keutamaan, keistimewaan dan kedudukan yang tidak terdapat dalam umrah, berupa doa di Arafah, melontar jumrah, menyembelih kurban dan lainnya.
Meskipun kedua ibadah ini sama kadar pahalanya akan tetapi tidak sama daripada sisi kualitinya.
Dalam pada itu terdapat juga kelebihan lain menunaikan umrah di bulan Ramadan
Justeru sekiranya punya rezeki, kerjakanlah umrah di bulan ini merebut ganjarannya.
Sumber: Maktabah Al Bakri
Baca Lagi: Hukum Buat Umrah Lebih Dari Sekali Dalam Setahun