Mas kahwin termasuk dalam rukun nikah yang kelima iaitu ijab dan kabul (akad). Mas kahwin juga disebut dalam akad.
Justeru untuk mengukuhkan pengetahuan kepada seluruh bakal pengantin, jom kita tengok senarai mengenai mas kahwin yang perlu anda tahu.
1) Islam tidak menentukan jumlah minimum atau maksimum mas kahwin yang hendak diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.
2) Namun Jabatan Agama Islam setiap negeri dalam negara kita sudah meletakkan jumlah minimum yang perlu dibayar. Jumlah ini tidak membebankan. Pengantin lelaki boleh memberikan lebih daripada nilai yang sudah ditetapkan.
Ads
3) Mas kahwin lebih penting berbanding wang hantaran dalam perkahwinan. Mas kahwin wajib diberikan manakala wang hantaran hanyalah adat. Kewajipan mas kahwin adalah berdasarkan al-Quran, hadis dan ijmak.
4) Mas kahwin ialah hak pengantin perempuan sepenuhnya. Suami dilarang menggunakan wang mas kahwin yang telah diberikan tanpa kerelaan isteri.
Ads
5) Mas kahwin yang disebut ‘tunai’ perlu diberikan sebelum pasangan suami isteri bernikah. Suami wajib membayarnya sebelum menyetubuhi isteri. Selagi mas kahwin belum dibayar, isteri berhak menghalang suami menyetubuhinya.
Ads
6) Jika mas kahwin sebut ‘hutang’ lalu isteri meninggal dunia sebelum sempat suami membayar, mas kahwin itu akan dijadikan harta pusaka yang perlu diwariskan mengikut ketetapan ALLAH.
7) Kalau suami hendak guna duit mas kahwin isteri selepas berkahwin, perlu minta izin isteri. Selepas guna, perlu ganti semula sebagai menghormati hak isteri itu sendiri.
8) Mas kahwin boleh juga diberikan dalam bentuk sesuatu yang bermanfaat selain daripada wang. Misalnya emas dan al-Quran.
Dunia seakan panik apabila satu varian baru virus corona ditemui di United Kingdom. Ternyata ia lebih cepat merebak dan mampu menjangkiti ramai manusia selain lebih berbahaya berbanding di awal penularan dahulu. Dalam satu kenyataan dari Perdana Menteri UK, Boris Johnson memaklumkan, negara mereka harus bertindak sekarang. Ketika virus ini mengubah metode serangannya, kami harus mengubah metode pertahanan,”katanya baru ini.
Ekoran strain baru sangat menakutkan, 23 negara mencapai kata sepakat menghentikan kedatangan penumpang penerbangan dari United Kingdom, tempat pertama virus terbaru ini ditemui.
Dilaporkan dalam tempoh seminggu, lebih 24 ribu warga UK dijangkiti virus corona ini dan ia jelas satu angka menakutkan di mana 70 peratus darinya dikesan dijangkiti dari virus baru ini.
Analisis dari John Hopkins University mendapati jumlah mereka dijangkiti meningkat lebih 40 peratus dari minggu sebelumnya.
Strain virus baru ini dikatakan dapat menular 70 peratus lebih laju berbanding virus asal yang dikesan. Dikatakan kes penularan terbaru ini mula-mula dikesan di Kent pada pertengahan September, sebelum menjangkiti penduduk dalam kadar yang tinggi.
Ekoran kejadian tidak terduga ini, sebanyak 23 buah negara menghentikan penerbangan menerima penumpang dari United Kingdom.
Ia didahului dengan Perancis, Jerman, Italy, Kanada, Belanda, Belgium dan banyak lagi kerana membimbangi virus ini tersebar di kalangan rakyat mereka.
Di saat negara-negara di Eropah mulai bimbang dengan strain virus baru ini, adalah lebih baik kita terus menjaga penjarakan fizikal, sentiasa basuh tangan selain memakai pelitup muka.
Di saat dunia sedang diuji, jangan berputus asa berdoa agar negara kita bebas dari wabak ini. Bacalah doa ini selepas solat kita.
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang di langit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidzi)
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.” (Hadith Riwayat Abu Daud)
Daripada Ibn Umar RA, bahawa aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Nabi SAW tidak pernah meninggalkan doa tersebut ketika petang dan pagi iaitu..(Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat.”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Sentiasa solat berjemaah, gabung doa agar sehaluan matlamat.’ Yana Samsudin kongsi tip rumah rumah tangga bahagia yang dia kutip sepanjang perkahwinannya dengan Fadzil Zahari.
Niat pelakon ini berkongsi tip rumah tangga ini adalah khas buat adiknya yang baru saja mendirikan seminggu lalu.
Dalam masa yang sama pelakon beranak dua ini harapkan apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat pada orang lain juga terutamanya pasangan yang baru berumahtangga.
Inilah lapan resipi akak hendak bagi pada engkau adik. Malas hendak cakap nanti lupa. Agak-agak nak lupa engkau baca saja post aku berkali- kali nanti.
Guna diplomasi dan demokrasi dalam melayari rumah tangga dengan sebaiknya.
1-Sentiasa solat berjemaah.
Kamu akan faham apa maksud aku ini. Lepas solat, kongsilah doa korang bersama. Jangan malu. Kalau suami segan jadi imam, belajarlah sama-sama sempurnakan sehari demi sehari..
Cantumkan doa kalian supaya sehaluan matlamat dan apa yang korang minta pada Allah hal dunia dan akhirat.
Gabung Doa Agar
2-Syura
Hendak dapatkan persetujuan mesti ada syura dan mesyurat. Di galakkan setiap malam seperti “pillow talk” atau paling kurang seminggu sekali. Hal hati ke hati, ekonomi ke, perjalanan esok hari ke atau hal anak-anak dan banyak lagi.
3- Tanggungjawab suami dan isteri
Sesungguhnya dalam rumah tan g ga, kena tahu tanggungjawab masing-masing. Antaranya hal nafkah atau hal-hal lain kena buat tanggungjawab masing-masing.
Sehaluan Matlamat
4- Merajuk jangan lama lama.
Jangan biar lama-lama dan cepatlah peluk pasangan jika merajuk. Lepas itu, tanyalah kenapa terasa. Tanya saja pun bukan kena bayar pun. Haa be gitulah…
Yang merajuk, beritahu saja terus-terang apa yang dirasa, simpan-simpan buat apa? Bukan kita boleh baca fikiran orang lain. Fikiran dan perasaan sendiri pun kadang-kadan g confuse lagilah nak faham orang lain dalam masa yang singkat. Tak ada maknanya adik oiiiii…
Lepas itu bila sudah beritahu merajuk pasal apa itu, kalau betul ada kekhilafan ambil luahan itu dan perbetulkan keadaan. Kemudian, janganlah buat lagi. Kalau berulang-ulang benda sama, siapa pun akan menyirap.
Yana Samsudin Kongsi Tip
5- Sentiasa alert perubahan pasangan masing-masing. Supaya senang kita nak kenal. Awal Itu kena adapt sebab baru hidup bersama.
6- Selalulah tanam sifat hendak bantu pasangan.
Masing-masing mesti ada perasaan ini. Jangan sebelah pihak saja . Berebutlah hendak hulurkan bantuan antara satu sama lain.
Nampak suami tercari-cari tanya dan bantu cari. Kalau isteri hendak angkat barang itu, suami ternampak cepat-cepatlah bantu angkat dulu.
7- Berlaku adil pada tempatnya dan sepatutnya.
Sama rata mesti diaplikasikan, isteri perlukan perhatian, kena bercakaplah. Tak akan nak dengar sebelah pihak saja kan. Mesyuarat hendak dapatkan keputusan yang adil. Dipersetujui dua belah pihak.
8- Kebebasan, janganlah mengongkong sangat.
Suami hendak tengok handphone pun tak boleh, nak keluar pun tak boleh. Isteri nak ada “me time ” tidur siang sekejap pun tak boleh. Nak kentut sewenang-wenangnya pun jadi masalah.. Eh semua tak boleh lah. Jenuh… Hahahaha.
Maka, inilah sebahagian tip yang akak boleh kongsi, akak pun dapat dari sendiri, mak abah dan gabung pakar-pakar psikologi rumah tangga. Gunalah elok ini….
Apa pun selamat pengantin baru semoga kekal bahagia hingga ke syurga! Amin…
Kashoorga : Dalam rumahtangga perlukan tolenransi dan persefahaman.
Siapa tidak geram melihat kecomelan kanak-kanak ini. Ketika dia masih bayi, Dhuhaa Sophea Stumbry, 3 tahun, pernah dikatakan bayi paling comel di dunia.
Si comel ini lahir dari perkongsian kisah cinta antara dua benua. Ibunya Siti Safuraa Hamzah, 35 tahun, yang berasal dari Besut, Terengganu, manakala bapanya pula Asadullah Stumbrys, 35 tahun pula merupakan warga negara Russia.
Walaupun kini berada jauh di Sweden, namun Dhuhaa Sophea menjadi tular dek kerana wajah comelnya. Kini bukan sahaja dia yang jadi viral, Dhuhaa juga sudah mempunyai seorang adik perempuan, Amiraa Al Imaan yang dilahirkan awal tahun lalu.
Seperti kakaknya, Amiraa juga cukup popular di laman sosial Instagram milik ibunya, @ctsafuraa. Setiap kali muat naik foto atau video terbaru, pasti mendapat ribuan butang ‘like’.
Ternyata kecomelan dua beradik ini mengundang pertanyaan daripada warga net yang mahu tahu apa rahsia diamalkan ibunya sewaktu mengandung.
Menurut Siti Safuraa soalan ‘hot’ itu memang sering ditanya padanya oleh para ibu yang banyak DM padanya bertanyakan amalan yang dilakukan sewaktu mengandung sehingga melahirkan anak yang comel.
“Memang ramai yang tanya soalan ini, sama ada mesej saya secara peribadi di ruangan komen termasuk ketika buat live“.
“Sebenarnya saya tak amalkan apa-apa pemakanan khusus waktu mengandung dulu. Mungkin ini rezeki kurniaan Tuhan buat saya dan suami,” ujarnya ketika dihubungi secara alam maya.
Namun menurutnya dia memperbanyakkan amalan yang mulia untuk ibu hamil menurut Islam, antaranya dengan membaca al-Quran.
“Cuma masa hamil dulu saya suka baca dan dengar ayat suci al-Quran. Surah yang paling saya gemari adalah surah Ar-Rahman.
“Waktu itu saya sangat sensitif, mudah menangis dan bila dengar surah itu saya rasa kuat dan sangat terkesan sampai ke jiwa.
“Selebihnya saya banyakkan zikir dan berdoa pada Allah sentiasa lindungi saya dan kandungan,” ujarnya yang kini menetap di Sweden selepas mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta.
Setiap ibu bapa pasti mahukan anak yang membesar dengan akhlak mulia, beriman dan menjadi insan berguna. Namun, dalam mendidik generasi hari ini, siapakah yang...