Untuk Yang Susah Nak ‘Move On’, Bacalah Surah An-Nur Ayat 26 Ini. InsyaAllah, Allah Jaga Jodoh Kita!

Share

Tidak dinafikan agar pahit rasanya bila kita terlalu mencintai seseorang tetapi akhirnya terpaksa berpisah.

Perpisahan ini adalah disebabkan masalah peribadi atau apa juga sebabnya, sakitnya memang sangat dirasai dan susah untuk melupakan segala kenangan bersamanya.

Seperti yang berlaku pada pelakon Fatiya Latif yang memberitahu mengambil masa lima tahun untuk ‘move on’ setelah berpisah dengan teman lamanya. Betapa lama tempoh masa diperlukan untuk pulih seperti biasa.

Namun usahlah kita terus-terusan bersedih kerana sesungguhnya Allah itu sentiasa ada di sekeliling kita. Hanya dialah tempat kita memohon pertolongan dan meminta bantuan

Sebenarnya ada satu cara untuk ‘move on’ menurut panduan Al-Quran. Seperti perkongsian lelaki ini yang memberitahu sepotong ayat yang boleh kita hayati jika kita tidak dapat melupakan orang yang kita sayang.

Dalam ayat Al-Quran Surah An-Nur yang mempunyai maksud memberi kelegaan pada kita.

Peganglah pada kata-kata itu, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Jadi janganlah risau, jodoh kita Allah jaga dan kita kena jaga diri kita sendiri. Pasti Allah jaga jodoh kita.

Dan percayalah satu hari nanti Insya-Allah kita akan dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik juga.

ARTIKEL BERKAITAN: Untungnya Berjodoh Dengan Insan Kelahiran Bulan Jun. Mudah Berkawan, Suka Bergurau & Banyak Idea!

KREDIT: INSTAGRAM FURQAN FAWWAZ

Published by
Siti Zurina Mat Saman