Kerohanian

Untung Besar Kalau Bercinta Selepas Nikah. Halal & Banyak Kejutan

Share

Islam menganjurkan nikah kepada pasangan lelaki dan perempuan yang cukup syaratnya bagi menyempurnakan suruhan agama.

Bernikah adalah lesen mendapatkan kebahagiaan cinta dan kasih sayang selain sebagai menghalalkan ikatan hubungan dua jiwa.

Bercerita tentang nikah, dalam zaman moden hari ini, ramai pasangan muda lebih selesa untuk bercinta sebelum nikah dengan alasan ingin mengenali hati budi sebelum berumahtangga.

Namun, bukan perkara mustahil atau pelik apabila ada pasangan memilih untuk bercinta selepas nikah.

Ini selari dengan hukum Islam agar terpelihara daripada perbuatan mungkar dan mengelak dari terjadinya zina.  Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran an Nur: 30

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (QS An-Nur : 30)

Bercinta sebelum bernikah adalah haram di dalam Islam kerana boleh jadi bila lelaki dan wanita yang berdua-duaan dan berpandang-pandangan maka diantaranya akan ada godaan yang lebih.

Mampukah anak-anak yang masih muda menjaga batasan sewaktu keluar  bersama teman lelaki atau wanita? Sebab itulah Islam jelas tidak menganjurkan gaya hidup bercinta sebelum nikah. Apa yang lebih baik adalah bercinta selepas nikah atau berkahwin.

Berikut adalah kelebihannya, dunia dapat, akhirat pun selamat.

1. Selamat Dari Dosa Zina
Bercinta selepas kahwin pasangan akan terhindar dari dosa zina, atau dosa-dosa aktiviti yang mendekati zina.
2. Hidup Penuh Kejutan; Terasa Bahagia Dan Tak Bosan

Ini lah masanya pasangan akan lebih kenal mesra antara satu sama lain. Setiap hari yang dilalui penuh kejutan.

Berbanding jika bercinta sebelum bernikah, pasangan sudah mengenali dan mungkin berasa cepat bosan kerana sudah mengetahui sikap pasangan semasa bercinta dahulu.

Bagi pasangan yang baru menikah tanpa bercinta, mereka akan merasakan nikmatnya kebahagiaan bersama tanpa bosan kerana baru melalui keindahan masa bercinta dan berkasih sayang. Ini baru betul-betul merasa pasangan pengantin baru.

3. Menikmati Indahnya Masa ‘Berkenalan’ Setelah Menikah
Perasaannya lebih tenang kerana hubungan telah halal berbanding jika bercinta sebelum bernikah.
Gambar sekadar hiasan
4. Nikmat Berkasih Sayang Secara Halal
Pasangan yang bercinta selepas nikah akan menikmati hubungan berkasih sayang yang halal. Tidak perlu ada rasa bimbang dan ragu kerana apa sahaja yang dilakukan untuk kecap kebahagiaan akan diredhai Allah. Maka di sinilah untungnya bercinta selepas nikah.

Walaubagaimanapun, jangan lah disebabkan kelebihan ini, kita terburu-buru hendak bernikah. Perlu ada usaha awal untuk kenal pasti kriteria bakal suami atau isteri yang baik menurut Islam. Memang tak mudah dan harus mengerti terlebih dahulu apa matlamat untuk bernikah. Ingat ya bukan semberono sahaja buat keputuan bernikah.

 

Published by
Team Kashoorga