Untung Jika Ada Ramai Anak Perempuan…Pelindung Ibu Bapa Dari Api Neraka, Buka Jalan Ke Syurga

Share

Anak pertama perempuan, ingat yang kedua lelaki tapi perempuan juga. Yang ketiga dan keempat pun sama, perempuan.

Anak perempuan yang berderet jangan dianggap satu kekurangan sebaliknya harus dipandang sebagai satu rezeki yang dikurniakan Allah kepada ibu bapa terpilih.

Terdapat banyak kelebihan jika mempunyai ramai anak perempuan. Jadi jangan mengeluh, kerana dari melalui anak inilah ibu bapa akan beroleh banyak kebaikan.

Pelindung Dari Api Neraka

“Siapa yang diuji dengan kehadiran anak perempuan, maka anak itu akan menjadi pelindung baginya di neraka”. (HR Ahmad).

Jika seorang pasangan suami diberi anugerah oleh Allah seorang anak perempuan dan mendidik mereka ini ke jalan Allah, menjadi anak solehah maka akan menjadi pelindung kedua orang tuanya dari api neraka.

Dekat Dengan Rasulullah

“Siapa yang menanggung nafkah dua anak perempuan sampai baligh, maka pada hari kiamat antara saya dan dia seperti ini. beliau menggabungkan jari jarinya”. (HR Muslim). Rasulullah juga memiliki anak perempuan yang amat disayangi dan solehah, yakni Fatimah Az Zahra.

Jalan Masuk Syurga

“Siapa yang memiliki anak perempuan, dia tidak membunuhnya dengan di kubur hidup hidup, tidak menghinanya, dan tidak lebih mengutamakan anak laki laki, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga”. (HR Abu Daud).

Allah menjamin syurga bagi ibu bapa yang memiliki anak perempuan dan melayani anak tersebut dengan baik serta tidak membezakan kasih sayangnya dengan anak lelaki. Ciri-ciri wanita penghuni syurga ialah yang menerima anugerah Allah berupa anak perempuan dengan bahagia dan mendidiknya semata-mata kerana Allah.

Pelindung di Hari Kiamat

“Siapa yang memiliki 3 anak perempuan, lalu dia bersabar, memberinya makan dan minum, dan pakaian dari hasil usahanya, maka semuanya akan menjadi pelindungnya pada hari kiamat”. (HR Ibnu Majah).

Jelas dari hadis tersebut bahawa seseorang yang dianugerahi Allah 3 anak perempuan dan mendidik mereka menjadi anak solehah akan dilindungi ketika hari kiamat kerana kebaikannya pada ketiga anaknya.

Khabar Gembira Dari Allah

“Apabila mereka diberi khabar gembira dengan kelahiran anak perempuan, merah padamlah wajahnya dan dia sangat marah… ketahuilah betapa buruknya apa yang mereka tetapkan itu”. (QS An Nahl : 58-59).

Dikurniakan anak perempuan sesungguhnya adalah sebuah khabar gembira dari Allah. Bagi orang yang menolak perkara tersebut akan dipandang hina oleh Allah. Ini kerana Allah amat memuliakan perempuan dengan pelbagai syariat-Nya demi menjaga golongan ini.

Jalan Untuk Berbuat Baik

“Tidaklah seorang muslim yang memiliki dua anak perempuan yang telah dewasa lalu dia berbuat baik pada keduanya kecuali akan dimasukkan ke syurga”. (Shahih Al Adabil Mufrad). Memiliki anak perempuan merupakan peluang atau ladang pahala yang besar dalam Islam.

 

Published by
Team Kashoorga