Tidak dinafikan,setiap pasangan yang baru berkahwin pasti akan mengalami sedikit masalah kewangan.
Maklumlah baru sahaja mengeluarkan belanja untuk majlis perkahwinan, jadi simpanan menjadi sedikit susut ketika di awal perkahwinan.
Namun bagi mereka yang tinggal di Selangor jangan risau kerana kerajaan negeri baru-baru ini mengumumkan akan memberi insentif sebanyak RM300 setiap seorang buat pasangan yang baru berkahwin bagi mereka yang mendaftar kursus kekeluargaan anjuran kerajaan negeri.
Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata kursus di bawah program Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) itu dilaksanakan bagi menangani kes penceraian dalam kalangan belia.
Namun begitu perlu diingatkan ianya adalah untuk golongan belia di bawah 40 tahun dan perkahwinan kali pertama.
Pemohon juga mestilah merupakan anak kelahiran Selangor atau telah lama bermastautin di negeri ini.
Pemohon dan pasangan perlu menghadiri kursus selama setengah hari secara bersama untuk mendapatkan intensif RM300.
Kursus itu merangkumi aspek pengurusan kewangan, pengurusan emosi dan kemahiran keibubapaan yang mana ditekankan bagi memenuhi keperluan ilmu rumah tangga.
Pendaftaran dibuka kepada mereka yang telah berkahwin bermula 1 September 2018 sehingga 31 Disember 2019. Pendaftaran permohonan itu boleh dibuat menerusi laman sesawang igems.yawas.my, bermula 18 November ini sehingga 31 Jun 2020.
Namun, bagi yang berkahwin bermula 1 Januari 2020 hingga seterusnya, permohonan hanya dibolehkan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh pernikahan.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Tingginya Ego Kita, Banyak Bersedekah Tapi Kurang Bayar Zakat
Ramai suka bersedekah tapi kurang prihatin untuk bayar zakat. Hukum agama terbahagi kepada wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Bagaimanapun ada sebahagiannya ditentukan mengikut keadaan semasa.
Namun yang paling utama harus kita ingat ialah, didahulukan perkara yang wajib hukumnya kemudian baru dituruti amalan lain mengikut hierarki hukum.
Salah satu amalan wajib yang mesti kita laksanakan dan patuhi tanpa ada kompromi ialah berzakat. Ia adalah antara rukun Islam yang paling penting.
Hukum berzakat mempunyai dalil-dalil mu’tamad (القطع) dari sudut petunjuk (الدلالة) dan sabitnya. Ia menjadikan hukumnya itu jelas dan mudah diketahui dari sudut agama.
Oleh itu, hukum orang yang menafikan wajib berzakat adalah kafir.
Ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ
Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat.
(Surah al-Baqarah: 43)
Oleh kerana perintah mendirikan solat adalah wajib, begitu juga menunaikan zakat adalah wajib. Ini kerana perintah dan arahan menunaikan zakad dengan sighah fi’il amar atau suruhan. Perintah mengeluarkannya disebut berulang-ulang kali dalam al-Quran pada 23 tempat.
Dalam satu ciapan di akaun twitter Faisal Rahim seorang Amil zakat, beliau ada mengulas tentang kesilapan ketara umat Islam hari ini apabila bersangkutan dengan berzakat. Menurutnya, antara kesilapan ramai muslim sekarang, mereka BANYAK BERSEDEKAH tetapi rupanya ZAKAT dia masih BELUM SELESAI.
Artikel berkaitan: Perniagaan Rugi, Perlukah Bayar Zakat Juga? Kena Tahu Supaya Bisnes Berkat
Artikel berkaitan: Nak Simpan Atau Pakai, Zakat Emas Wajib Bayar. Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Kira Zakat Emas!
Mengulas lanjut tentang ini, Faisal berkata, kita selalu bersedekah dan tolong orang, tapi TIDAK PERNAH KIRA jumlah sebenar yang patut dikeluarkan. Kebanyakannya suka utamakan perkara SUNAT melebihi yang WAJIB.
“Lagi sayang kalau beliau seorang pemurah, selalu sedekah kat masjid, belanja kawan-kawan makan, rajin bagi duit kalau ada iklan orang susah dan lain-lain, tapi bayar zakat tak cukup. Sepatutnya kena bayar zakat RM1,000, tapi cuma bayar RM500. Sedekah beliau setiap bulan? RM1,500,” ulasnya dalam ciapan.
Kenapa jadi begitu? Sebab lumrah manusia tidak suka dipaksa dan disuruh. Walaupun ia arahan dari Allah. Ego kita terlalu tinggi.
Tapi kena selalu ingat, walau berapa banyak sedekah dikeluarkan & solat sunat kita buat, ia TAKKAN SAMA dengan ibadah wajib solat dan berzakat. Betapa Allah tekankan kepentingannya sehingga ia adalah rukun yang wajib kepada semua umat Islam yang cukup syarat untuk menunaikannya.
Berikut ada persoalan daripada netizen:
Soalan: Salam tuan. Macam mana nak kira kita perlu berzakat atau tidak. Saya ada guna kalkulator dekat situ tulis tidak perlu bayar zakat pendapat lagi. Dan bagaimana zakat pelaburan sebagai contoh ASB?
Jawapan: Selain pendapatan, harta (perniagaan, simpanan, saham, emas dll) lain menyumbang kekayaan semasa kita. Semua tu kena disatukan. Lebih nisab, kena 2.5%. Kiraan zakat ASB ada kat pinned tweet saya. Ini contoh kiraan lain di Selangor. (https://www.zakatselangor.com.my/zakat-simpanan/)
Soalan: Untuk kadar pengiraan zakat perniagaan, saya ada baca di laman sesawang zakat.com.my, menyatakan hanya untuk syarikat berstatus Sdn Bhd, Enterprise dan lain-lain sahaja perlu bayar. Kalau macam saya berniaga secara online, bisnes kek secara kecil-kecilan tanpa ssm, bagaimana cara untuk kira?
Jawapan: Kalau perniagaan kecil-kecilan yang tiada audit, penyata kewangan lengkap biasanya dikira sebagai zakad pendapatan sahaja. Keuntungan-modal. Balance itu tertakluk untuk dibayar.
Kashoorga: Berzakat amat penting bagi membolehkan kita menyucikan segala rezeki yang kita peroleh. Kita tak tahu sumber rezeki itu dari mana asalnya. Mungkin kita sangka semuanya halal, tetapi hakikat sebenarnya ia datang dari sumber meragukan. Tunaikanlah kewajipan ini. Lebih bayar tak apa jangan kurang.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Di Sebalik Tabir Laporan Pandemik Covid 19, Satu Hari Di Team Data CPRC Kebangsaan.
Setiap petang pastinya kita ternanti-nanti laporan perkembangan semasa pandemik Covid 19 negara yang dibacakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah Namun kita tak tahu pun kisah sebalik tabir laporan yang disiapkan itu.
Siapakah mereka? Pastinya barisan frontliners yang hebat kerana laporan yang diberikan sangat terperinci dan lebih penting mudah difahami masyarakat umum.
Penghargaan buat mereka ini turut dirakamkan oleh Tan Sri Dr. Noor Hisham dalam entri facebooknya susulan satu kisah pendek oleh Dr. Mohamad Fadli Khairi yang terlibat dalam menyiapkan data laporan yang dikatakan perlu disiapkan tidak sampai empat jam sebelum sidang media diadakan.
Tiada kata yang sesuai diberikan buat semua frontliners ini hanyalah ucapan jutaan terima kasih dan terima kasih. Kita ikuti catatan Dr. Fadly dalam entrinya itu, bagaimana dia dan pasukannya bekerja setiap hari semenjak pandemik diwartakan.
Artikel berkaitan: Saya Doa Allah Beri Kesembuhan Pada Rakyat Malaysia. Turut Disahkan Positif Covid-19, Dr Zulkifli Titip Doa Buat Semua
Artikel berkaitan: Patut Diiktiraf Doktor Terbaik Dunia, Cara Dr Noor Hisham KKM Tangani COVID-19 Selari Dengan Kaedah Ibnu Sina
Hari kami bermula setiap hari pada pukul 8 pagi. Tepat pada waktunya Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) akan memulakan mesyuarat pagi dengan semua pemegang taruh dalam pengurusan covid di KKM termasuk ketua-ketua bahagian dan pakar-pakar perubatan.
Isu-isu semasa yang berlaku, perincian kes harian, kluster aktif, keadaan hospital, klinik kesihatan, logistik, sampel dan sumber manusia akan dibincangkan seterusnya langkah-langkah yang perlu diambil akan diperhalusi.
Kemudian semua orang akan kembali ke pasukan masing-masing. Saya sendiri akan kembali ke team data. Team kami diketuai oleh Dr Hazlina Yahaya,
Dr Shahrul dan terdiri daripada beberapa orang pegawai dari pelbagai bahagian KKM.
Hanya Dr Hazlina dan Dr Shahrul merupakan anggota tetap dari cawangan survelan, bahagian kawalan penyakit manakala kami semua merupakan pasukan bantuan yang dikumpulkan khas untuk pengurusan data bagi krisis covid ini.
Tugas kami bermula daripada menerima perlaporan dan notifikasi kes positif dari pukul 12 pm semalam hingga ke 12 pm pada hari ini. Setiap maklumat yang diterima akan di teliti dan di lakukan verifikasi untuk memastikan ketepatan dan kesahihan data. Setiap nama pesakit juga akan diberi nombor kes sebagai ‘deidentification’ bagi membolehkan analisa data dan kerahsiaan data pesakit terjaga.
Setiap data positif yang disiasat akan dikenal pasti tentang maklumat sosiodemografi, kadar CT value, punca jangkitan, jenis saringan dan risiko penyebaran kes kepada masyarakat. Kami juga akan mengenal pasti hubungan epidemik (epid link) antara satu kes dengan kes yang lain terutama apabila ia melibatkan hubungan antara negeri.
Sekiranya ada, perbincangan akan diumumkan dengan negeri dan daerah untuk mengumumkan kluster tersebut. Tujuan kluster diumumkan adalah supaya tindakan proaktif dan saringan lebih giat boleh dilakukan di daerah dan lokaliti yang terlibat.
Pukul 4 hingga 5 adalah waktu-waktu genting untuk kami. Semua data perlu dimuktamadkan supaya boleh diumumkan sewaktu sidang media Tan Sri KPK. Proses verifikasi dan counter check dilakukan bagi memastikan tiada kesilapan yang berlaku.
Ada beberapa orang ditugaskan untuk menyiapkan teks ucapan Tan Sri KPK dan akan mengumpul semua data yang penting untuk dimasukkan. Semua proses perlu berlaku dengan cepat dan tepat.
Antara yang menjadi cabaran apabila bilangan kes harian yang sangat tinggi menyukarkan urusan analisa data. Apa pun yang berlaku, zero error dan 100% accuracy sentiasa jadi matlamat kami.
Data yang sama ini juga akan diserahkan kepada pasukan-pasukan lain untuk analisa yang lebih terperinci. Analisa data ini lah yang akan digunakan untuk membuat keputusan penting bagi mengekang penularan wabak covid.
Setiap hari selain sidang media Tan Sri KPK, pasukan ini juga akan menghasilkan laporan harian linelisting akhir. Semua kes juga akan digeocode bagi klasifikasi mukim, daerah dan juga digunakan oleh team mysejahtera untuk hotspot tracking. Begitulah akhirnya satu hari berakhir dan keesokannya kitaran yang sama akan bermula semula.
Kami cuba sebaik mungkin untuk memberikan penyelesaian terbaik supaya negara ini dapat menang dalam peperangan menentang musuh Covid19. Namun, ini semua tidak bermakna tanpa kerjasama daripada semua pihak yang lain.
Sumber Artikel: Dr Fadly Khairie
Team Data @ Bilik Kaca CPRC Kebangsaan
Kashoorga: Mewakili rakyat Malaysia, kami mengucapkan jutaan terima kasih buat team CPRC dan semua frontliners yang terlibat menangani pandemik Covid 19 ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian dan semoga semuanya dilimpahi kurniaan rezeki dan rahmat Allah.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Diuji Covid Stage 4, Uncle Kentang Terharu Ramai Doakan Kesihatannya
Terkenal dengan sikap baik budi dan sentiasa ringan tangan membantu golongan susah, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau mesra disapa Uncle Kentang kini diuji dengan Covid-19 tahap 4.
Dalam perkongsian di fbnya, Uncle Kentang memaklumkan dirinya disahkan positif Covid tahap 4 dan kini sedang mendapat rawatan di Hospital Serdang.
“Sila doakan untuk saya sembuh. Categori 4A Covid positif. Bubuh oksigen”, kongsinya.
Walau diuji dengan kesakitan, dirinya masih berbuat kebajikan dengan memaklumkan, mana-mana individu susah yang memerlukan bantuan ambulan boleh menghubungi nombor diberikan iaitu untuk kes Covid hubungi 012-2423360. Untuk ambulan hubungi 011-550521488. Masa yang sama, dirinya memaklumkan pengoperasian pejabat ditutup empat hari termasuk talian hotlinenya kecuali bagi perkhidmatan ambulan.
Dirinya sempat menasihati orang ramai menjaga diri, tidak berpesta dan sentiasa menggunakan pelitup muka sentiasa.
Sebaik memaklumkan dirinya diuji dengan Covid-19, Uncle Kentang memaklumkan ada ribuan mesej masuk dan mendoakan kesejahteraanya.
“Terima kasih sungguh. Terharu saya. Beribu mesej masuk mendoakan saya sembuh. Kini saya tak sempat jawab. Bila sembuh saya akan balas mesej anda. Love all of you”.
Sehari sebelum mengetahui dirinya diuji positif, Uncle Kentang memaklumkan kesibukan dirinya melakukan kerja-kerja amal dan membuat pemeriksaan kesihatan.
Tulisnya :-
Mungkin penat. Tempoh hari bawa ambulan dari KLGH ke Palong 5 Felda Gemas, lepas itu terus shoot ke Kg Paum Jelebu untuk agih dana banjir dan terus shoot semula balik ke Puchong. 8 jam bawa ambulan pada kelajuan tinggi. Memang penat.
Semalam kena gerimis dan masuk bilik air con sejuk bukan kepalang. Aku mengigil. Lepas itu terus demam panas. Adui, aku order Laksa kari semalam, tibai. Terus kerongkong sakit dan bengkak. Adui. Down terus. Off semua phone.
Hari ini sakit kerongkong tiada. Demam pun dah reda. Mungkin Tuhan suruh rehat.
Pagi ini ada meeting bolasepak kompleks 3K Sunway. Lunch appointment lagi. Nak ke Nanding agih dana banjir. Nak lawat kubur buat kepuk dan batu nisan di Dengkil.
Nak tolong satu uncle India bayar bil letrik di Pandan Cahaya Ampang. Nak hantar kerusi roda untuk machik miskin di Selayang. Nak ke Seremban bagi modal untuk lelaki India berniaga. Nak ke Jenderam hantar makanan. Adui… adui…jadual padat.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI