Karektor individu ditentukan oleh bulan kelahirannya. Walau tidak seratus peratus tepat tetapi ia masih ada kena mengena.
Rahsia bulan kelahiran ini adalah hasil kajian dari Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah selama 25 tahun tentang sikap dan perwatakan seseorang mengikut bulan kelahiran mereka. Dan kajian ini adalah untuk individu lahir bulan Jun.
Dan ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan sahaja. Jangan ambil perkara ini terlalu serius.
Menurut kajian ini dikatakan individu yang lahir bulan Jun disifatkan sebagai seorang yang berfikiran jauh dan berwawasan. Malah mereka juga dikatakan seorang yang sikapnya mudah ditawan kerana bersikap baik.
Ads
Mempunyai perangai yang lemah lembut, mudah berubah sikap, perangai, idea dan juga mood. paling bagus, mereka ini mempunyai idea yang banyak, tetapi hati-hati kerana seorang yang sensitif.
Haqiem Rusli juga lahir pada Jun.
Mereka juga senang didekati kerana insan yang pandai membuat lawak, bergurau, senang untuk dibuat kawan dan pandai berkawan.
Ads
Tetapi awas ada juga sikap buruk mereka, antaranya cepat marah, mudah kecil hati dan juga seorang yang degil.
Ads
Lihat beberapa lagi sikap individu yang lahir bulan Jun ini mengikut kajian Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
Antara selebriti yang lahir pada bulan Jun adalah Wardina Safiyyah, Intan Ladyana, Johan Raja Lawak, Ning Baizura, Haqiem Rusli dan Aiman Tino.
JUN # berfikiran jauh & berwawasan # mudah ditawan krn sikap baik # berperangai yg lemah lembut # mudah berubah sikap,perangai,idea @mood # idea yg terlalu banyak dikepala # bersikap sensitif # otaknya aktif (sentiasa berfikir) # sukar melakukan sesuatu dgn segera # bersikap suka menangguh-nangguh # bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik # cepat marah & cepat sejuk # suka bercakap & berdebat # suka buat lawak & bergurau # otaknya cerdas berangan-angan # mudah berkawan & pandai berkawan # org yg sangat tertib # pandai mempamerkan sikap # mudah kecil hati # mudah kena selsema # suka berkemas # cepat rasa bosan # sikap terlalu memilih & cerewet # kurang mempamerkan perasaan # lambat nak sembuh apabila terluka hati # suka kepada barang yang berjenama # mudah menjadi eksekutif # kedegilan yg tidak terkawal # sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dua tahun sebelum ini, dia dikejutkan dengan berita sedih apabila kehilangan suami tercinta, dahan tempatnya bergantung hidup.
Dan setelah dia belajar menerima hakikat kehilangan pedih ini, sekali lagi penyanyi Nora Ariffin diuji Tuhan apabila menerima berita sedih kehilangan anak keduanya pula.
Pelantun lagu Di persimpangan Dilema menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan anaknya itu mengembuskan nafas terakhir sewaktu berada di rumahnya di Petaling Jaya Selangor.
“ALLAH uji saya sekali lagi. Saya nak bagitahu semua, anak saya Alif Johan baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya dan telah kembali ke Rahmatullah pada pagi tadi di rumah saya.
“Jenazahnya akan dikebumikan secepat mungkin pada hari ini. Ampun maaf atas semua kesalahannya. Saya diuji sekali lagi, saya reda Ya ALLAH,” kongsi Nora dalam tangisan.
Sementara itu ketika dihubungi Mstar Online pembantu peribadi Nora, Jaja memaklumkan Nora mendapat panggilan daripada pembantu rumah yang memaklumkan berita sedih itu ketika di majlis perkahwinan kenalannya di Singapura.
Tambahanya lagi Aliff pengsan semasa berada di rumah dan kemudian pembantu rumah memberitahu anaknya itu tidak sedarkan diri.
Allahyarham atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi, 20 tahun pernah menyertai sebuah pertandinga realiti anjuran sebuah stesen televisyen.
Penyanyi bersuara lunak ini pernah diuji kehilangan suaminya Johan Nawawi yang juga komposer ternama pada Mac 2017.
ctdk innalillahiwainnailaihiroji’un .. Salam Takziah Kak Nora ye.. Terus Sabar kerana hanya orang yang Sabar sentiasa di sisi Allah SWT.. Semoga Arwah bersama insan2 terpilih di sana
aarondwiaziz Salam Takziah Kak. Semoga ALLAH tempatkan mereka di kalangan orang orang yg dikasihi Ameen.
alifsatar salam takziah kak.. alif turut bersedih atas kehilangan anakanda kak nora.. met him once before, he was such a well mannered person. May Allah swt reward him the highest of jannah..
erniezakri Innalillahiwainnailaihirojiun. Moga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Aamin.
SUMBER: SINAR HARIAN & MSTAR ONLINE
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NORA
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Perselisihan keluarga antara anak dan ibu bapa memang biasa terjadi lantaran masing-masing mempunyai pandangan berbeza terhadap sesuatu perkara.
Akibatnya, kerana tidak mahu memperpanjangkan cerita, anak nekad untuk tidak mahu berbicara atau bersua muka kerana takut akan berlaku lagi perselisihan.
Mungkin dalam hal tertentu anak tidak bersalah dan terasa hati dengan tindakan ibu bapa. Perasaan susah memaafkan mula bersarang dan seterusnya mengambil keputusan tidak mahu menziarahi mereka. Bagi anak cukuplah dengan memberikan wang belanja bulanan dengan tanggapan telah tunaikan tanggungjawab sebagai anak.
Justeru sampai berapa lama mahu keadaan ini berlarutan? Enggan memaafkan dan tidak menzarahi mereka?
Allah berfirman dalam al-Quran surah al-Isra’ : Ayat 23
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan janganlah kamu semua menyembah melainkan Dia dan berbuat baiklah kepada dua ibu bapa.”
Allah SWT telah menegaskan bahawa semua hambaNya wajib berbuat baik kepada ibu bapa setelah mereka melaksanakan tanggungjawab menyembah Allah. Ini bermakna berbuat baik kepada orang tua adalah satu tanggungjawab besar dan berat, melihatkan kedudukannya setelah kewajipan menyembah Allah.
Jika orang tua kita sudah tiba pada usia tua atau emas, janganlah kita bersikap kasar terhadap mereka . Jangalah berkata “Ah!’ sekalipun. Jangan kita mengherdik mereka. Sedangkan mengeluarkan perkataan ‘Ah!’ pun tidak dibolehkan apatah lagi dengan memaki, apatah lagi dengan tidak menziarahi, jauh sekali ada rasa geram dan rasa nak marah.
Nak tunjuk muka kurang senang atau tidak suka kepada orang tua pun tak dibolehkan, apatah lagi kalau kita tak mahu memaafkan mereka.
Andai mereka bersalah sekali pun, kita WAJIB memaafkan mereka. Apa sebabnya? Sebabnya ialah kalau bukan kerana mereka, kita tidak akan lahir ke dunia ini dengan izin Allah. Apa yang kita dapat hari ini, semuanya adalah kerana orang tua kita. Bagaimana kita nak mengecap nikmat hidup kalau bukan dari redha mereka?
Apabila berlarutan rasa ego seperti ini, maka anak mengambil keputusan enggan menziarahi ibu bapa, Jika dahulu kerap, kini boleh dibilang setahun berapa kali sahaja berjumpa malah ada yang bertahun tidak menziarahi orang tua.
Jadi, apakah hukumnya jika anak sekadar memberi wang belanja tanpa datang menziarahi ibu bapa?
Ketahuilah oleh kita bahawa, memberi wang belanja yang ditanggung oleh anak, hukumnya WAJIB. Berbuat ihsan kepada orang tua, hukumnya WAJIB. Bila mana anak tidak menziarahi ibu bapa kerana geram dan marah akan mereka, di sini, si anak telah DERHAKA kepada orang tuanya. Sejahat-jahat orang tua, mereka tetap mempunyai hak untuk kita hormati.
Dalam kemelut seperti ini, sejauh mana batasan anak untuk tidak perlu taat kepada mereka? Jika ibu dan ayah kita menyuruh anak berbuat mungkar dan maksiat, maka anak tidak perlu mentaatinya.
Jika orang tua suruh berbuat maksiat, jangan ditaati, tetapi tetaplah berbuat baik kepada mereka. Walaupun tidak taat kepada orang tua yang menyuruh berbuat maksiat, kita tetap perlu hormati mereka. Kedudukan orang tua adalah pintu kepada anak untuk menuju ke syurga atau neraka.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Maksudnya: “Dalam bulan Rejab terdapat hari dan malam yang mana berpuasa pada hari tersebut dan mendirikan malamnya (Qiyamullail) adalah seperti seseorang yang berpuasa setahun selama 100 tahun dan berqiyamullail selama 100 tahun. Hari tersebut adalah 3 hari terakhir daripada bulan Rejab dan padanya juga dibangkitkan Muhammad SAW.”
JAWAPAN:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Bulan Rejab merupakan salah satu daripada bulan yang istimewa buat umat Islam. Ini kerana, ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban.” [al-Bukhari (4054)]
Syeikh Mustafa al-Bugho mengatakan perkataan Mudhor ini dinisbahkan kepada satu kabilah yang dinamakan Bani Mudhor kerana kabilah ini amat menjaga akan pengharaman bulan tersebut berbanding bulan-bulan lain ketika menta’liqkan hadis ini di dalam Sahih al-Bukhari.
Selain itu, Imam al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas RA yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan juga adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. [Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 130/4]
Berdasarkan soalan di atas, riwayat Salman al-Farisi RA tersebut ada diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman dan Fadhail al-Awqat. Akan tetapi, Imam al-Baihaqi menyatakan bahawa sanad hadis tersebut adalah dhaif.
Adapun berkaitan status hadis ini adalah munkar sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalni bahawa hadis ini teramat munkar. [Lihat: Tabyin al-‘Ajab, 31] Tambahan pula, Syeikh Ibn Arraq al-Kinani menyatakan di dalam sanad terdapat perawi yang didhaifkan oleh Ibn Ma’in dan . [Lihat: Tanzih al-Syariah, 161/2]
Untuk itu, kami katakan bahawa riwayat atau hadis ini adalah tidak sahih dan kita tidak boleh sama sekali untuk menyandarkannya kepada Nabi SAW.
Di sini kami nyatakan beberapa pendapat para ulamak berkaitan kelebihan bulan Rejab, antaranya ialah:
Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Tidak ada disebut di dalam hadis yang sahih (yang boleh dibuat hujjah) akan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, berpuasa daripadanya disebabkan sesuatu perkara yang tertentu dan solat yang khusus”. [Tabyin al-‘Ajab, 9]
Imam al-Syaukani pula berkata: “Tidak ada disebut berkaitan amalan pada bulan Rejab secara khusus di dalam sunnah yang sahih, juga yang hasan dan juga yang dhaif (dhaif ringan). Bahkan, kesemua yang diriwayatkan berkaitannya secara khusus adalah palsu lagi dusta dan teramat dhaif”. [al-Sail al-Jarrar, 297]
Imam Ibn Rejab berkata: “Tidak ada yang sahih pada kelebihan berpuasa di bulan Rejab yang khusus daripada Nabi SAW dan juga tidak ada yang khusus daripada sahabat Baginda SAW”. [Faidh al-Qadhir, 210/4]
Untuk itu, bulan Rejab tidak mempunyai apa-apa kelebihan yang khusus daripada hadis-hadis yang sahih seperti amal ibadat tertentu. Walaupun begitu, ini tidak menghalang seseorang itu untuk melaksanakan amalan seperti berpuasa, solat sunat, bersedekah dan lain-lain lagi dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu. Ini kerana, ia termasuk atau bulan Rejab termasuk di dalam bulan-bulan haram yang mana diketahui akan kelebihan bulan-bulan haram berbanding bulan-bulan yang lain.
Kata Abu Bakar al-Warraq:
“Bulan Rejab adalah bulan untuk bercucuk tanam, bulan Sya’ban pula adalah bulan untuk menyiram tanaman dan bulan Ramadan pula adalah bulan untuk memungut hasil.” [Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 121/1]
PENUTUP
Sempena kemasukan bulan Rejab ini, marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan baik kita dan semoga Allah SWT sentiasa memberi kita taufiq dan hidayahNya dalam setiap amalan yang kita lakukan agar ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan juga sunnah Rasulullah SAW. Amin.
Wallahua’lam
Sumber Kredit: Mufti Wilayah Persekutuan. Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
VIDEO:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jangan normalisasikan maksiat demikian teguran Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi yang juga Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains...