Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumah tangga yang dibina. Maka sebab itulah suami isteri harus bersikap terbuka dan menerima segala perubahan, kelebihan serta kelemahan dengan positif.
Mengutamakan teguran yang baik dan membuat perbincangan untuk menguruskan keserasian jika berlaku masalah amat penting bagi menjaga kerukunan rumah tangga.
Rujukan kepada syariat penting buat pasangan suami isteri untuk dihayati, difahami serta diamalkan. Ia bertujuan bagi memperkukuhkan hubungan perkahwinan melalui kesepakatan pendapat berlandaskan hukum syarak.
Oleh itu persefahaman dan sikap toleransi suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan rumah tangga.
TIP TOLERANSI ANTARA SUAMI ISTERI
1. Isteri nak minta izin suami untuk bekerja, bukan sebab saja-saja. Tapi dengan niat nak tolong kurangkan beban suami semata. Lebih-lebih lagi, isteri ada ijazah kelas pertama. Tengok kawan-kawan sekuliah semua bekerjaya. Suami bertoleransi cuba penuhi kemahuan isteri.
2. Ada isteri yang teringin nak sambung belajar. Anak dah 2-3 memang dah tak terkejar. Tapi isteri ada impian nak kerja di universiti dan mengajar. Nak genggam segulung ijazah kedoktoran memang susah tak terucap dengan kata-kata. Kene banyak sokongan dari suami tercinta. Suami bertoleransi banyak berkorban sebab dia tahu betapa bahagianya hati isteri apabila tercapainya sebuah impian. Bahagia isteri adalah bahagia dia juga.
3. Simpan la bergaduh nak balik mana setiap kali raya. Mana-mana kampung pun kampung kita. Buat sistem giliran tu lebih adil dan saksama. Banyakkan toleransi bahagialah kita nanti.
4. Jika dilihat isteri dah tak ada idea memasak sampai dah berulang menu, suami ajak isteri makan di luar. Rehat memasak katanya. Nak belanja isteri dan anak-anak bukan tunggu anniversary saja. Bila-bila pun boleh buat hati mereka gembira.
5. Isteri teringin nak buat bisnes online, nak cari pendapatan sampingan. Nak majukan diri sendiri. Nak bekerja dari rumah sambil jaga anak-anak. Ada yang dah ada kerja hakiki, masih lagi nak berbisnes sebab nak cari duit tepi. Suami izinkan kerana ada toleransi. Inilah suami yang dicari-cari.
6. Suami ada harinya mahu pergi usrah. Berbincang tentang dakwah dan pembangunan ummah. Isteri hantar suami ke muka pintu dengan senyuman. Dalam hatinya ikhlas melepaskan. Moga-moga ada bahagian pahala untuknya dari Tuhan.
Isteri suka kalau suami senang dibawa bincang, mesti dia lompat bintang
Sumber kredit: FB: Nieza Termizi
VIDEO KASHOORGA: