“Untungnya Isteri Yang Bantu Suami Kongsi Rezeki, Allah Buka Pintu Syurga Buat Mereka”
Februari 23, 2020
Share
Biasanya kita dengar suami yang memberi duit belanja atau nafkah ke pada isteri. Tetapi sebenarnya tidak salah jika para isteri mahu membantu pihak suami.
Bukan kerana suami tidak ada duit, tetapi untuk memberi kebahagiaan atau berkongsi kegembiraan kepada insan tercinta.
Dan ketahuilah para isteri, Allah mengira jasa suami yang berusaha dan juga membuka pintu syurga buat para isteri yang membantu suaminya.
“Abang ada duit nak pergi kerja?”
Suami senyum sahaja.
“Ini untuk abang. Yang lebih tu untuk abang makan. Makan tau. Jangan beli jajan!”
‘Eh, nanti kat ofis awak nak makan. Duit minyak pun cukup dah ni’.
Suami bagi balik duit.
“Takpe. Allah kan ada. Yang penting, abang tu” balas isteri.
Dan mereka berdua pun meneruskan perjalanan untuk ke tempat kerja.
Allah mengira jasa suami yang berusaha.
Allah membuka pintu syurga buat isteri yang membantu suaminya.
Anak-anak mereka yang bersekolah dan di taska, Allah minta malaikat menjaganya.
Kerana, sekeluarga selalu memberi, kurang meminta.
Sekeluarga tidak menjadikan takut pada dunia dalam hati mereka.
Nikmat yang Allah beri, mereka gunakan untuk sama membahagi.