‘Uruskan Anak & Rumah Itu Sedekah Pada Keluarga.” Isteri Tak Perlu Ada Duit Sendiri Kalau Nak Bersedekah

Share

‘Uruskan anak & rumah itu sedekah pada keluarga.” Isteri tak perlu ada duit sendiri kalau nak bersedekah kerana sedekah bukanlah dalam bentuk duit semata-mata.

Suri rumah yang uruskan anak dan keluarga sepanjang hari sepanjang waktu, sudah pasti banyak ganjaran pahalanya. Setiap titik peluh yang mengalir adalah sedekah seorang isteri kepada keluarga tanpa dia sedar.

Ramai yang menganggap wanita yang tak bekerja perlu ada duit sendiri dan jangan bergantung harap pada suami semata-mata kerana bimbang jika sesuatu yang buruk berlaku.

Artikel Berkaitan: ‘Niat Kongsi Duit Gaji Pertama Dengan Mak, Rupanya Tersalah Transfer’. Menangis, Bila Pemilik Akaun Suruh Sedekah!

Uruskan Anak & Rumah

Ikuti perkongsian Sri A’jilah Mohd Samsir ini dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan:

Tolonglah jangan buat macam ini. Ia menyakitkan dan buat orang lain rasa terdesak.

Kisahnya, beberapa hari lepas, saya ada join satu bisnes talk ini. Saja nak topup ilmu, nak boost up energy, dan nak cari circle yang lebih kurang sama minded dengan kita.

Penceramah itu ulang beberapa kali ayat yang sama. Memang saya ingat sangat, ayat nilah yang buatkan saya gelabah dan stres dengan hidup saya 10 tahun dulu. Waktu tu, baru kenal bisnes online dan dropship segala bagai ini.

Itu Sedekah Pada Keluarga

Kebanyakan founder, akan mengulang ayat yang sama berkali-kali. Mungkin niat diorang ni, nak bagi kita semangat berbisnes tapi ayat yang disebut tu menyakitkan sangat.

“Takkan nak bergantung kat suami saja!”

“Takkan nak harapkan duit suami. Kita pun kena ada pendapatan sendiri. Kena pegang duit sendiri.”

“Sekurang-kurangnya ada duit sendiri untuk beli mainan anak-anak. Tak adalah asyik minta kat suami saja.”

“Macam mana nak sedekah banyak-banyak kalau masih harapkan duit suami?”

“Kalau suami mati, baru menyesal tak mula sekarang!”

Isteri Tak Perlu

5 ayat durjana inilah yang membuatkan saya sibuk dengan telefon dalam keadaan anak kecil-kecil yang perlukan perhatian sangat-sangat.

Duduk terngiang-ngiang dalam kepala ini, kita tak mahu bergantung pada suami semata. Dah set dalam kepala, ‘aku nak ada duit sendiri.’

Lama kot saya dalam fasa huru-hara cari duit ini. Lebih kurang empat tahun! Saya pulak memang sudah biasa pegang duit sendiri dari zaman universiti. Buat degree dan master pun tetap buat home tuition juga. Punyalah suka bau duit tu.

Lima ayat itu berlegar dalam kepala saya yang membuatkan kita cuba nak berdikari, tak mahu bergantung pada suami sendiri.

Sudahnya, saya stres gila-gila. Pantang dengar anak menangis, terus naik hantu. Saya susah tidur, kerap jatuh sakit, dan cepat sangat down.

Baca Di Sini: 

Sedekah Selipar & Rela Balik Berkaki Ayam, Ramai Kagum Keluhuran Hati Pemuda Ini

Malaikat Kenal Orang Suka Bersedekah, Nama Selalu Disebut Penghuni Langit

Ada Duit Sendiri

Akhirnya, tok laki pun berbulu kot tengok bini dia macam orang tak betul, naik angin je kerjanya. Terus dia azankan bini dia ni.

“Kalau isteri tak nak bergantung pada suami, buat apa nak ada suami, buat apa berkahwin? Kalau isteri tak nak minta duit suami, macam mana nak tolong mudahkan urusan suami bagi nafkah?”

Pedas betul tapi sangat masuk akal. Isteri yang minta duit pada suami itu, sebenarnya sedang mudahkan urusan suami dalam bab beri nafkah. Lagipun, itukan suami kita, mintak sajalah!

Kalau Nak Bersedekah

Paling pedas yang saya akan ingat sampai mati, bab sedekah tu.

“Awak sibuk nak cari duit sendiri untuk mudah bersedekah padahal setiap kali awak potong bawang, awak uruskan anak-anak, awak sapu rumah, semua itu sedekah awak pada keluarga. Banyak pahala! Awak tak nampak ke?”

Zassssssss!

Macam kena tikam. Pedih betul rasanya.

Sibuk nak bersedekah duit padahal sedekah tu bukan dalam bentuk duit semata.

Bersedekah Tak Kena Cara

Tolong jangan gunakan perkataan ‘sedekah’ tu untuk jerat suri rumah yang memang sudah menggunung kerja rumah yang tak penah habis. Sedangkan semua kerja rumah itu pun sudah menjanjikan banyak pahala.

Memang ada isteri yang dirinya memang Allah lorongkan untuk beri manfaat pada ummah. Dia tak lekat dekat rumah, sibuk ke sana sini. Itu cara dia, bahagian dia.

Kita yang duduk dekat rumah ni, bukan tak boleh cari duit lebih, tapi janganlah ada mindset mengarut macam lima dekat atas itu. Huru-hara hidup kau nanti.

#SriAjilahSamsir

Kashoorga : Wanita nak cari duit tambahan boleh tapi jangan sampai huru-hara hidup hingga keluarga terabai.

Sumber : Sri A’jilah Mohd Samsir

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Nur Syazwani Mehat