Uruskan mak, ayah jadi ladang pahala buat anak. ‘Bukan berkira buat sistem giliran, tapi elak adik-beradik gaduh semasa sendiri apabila ramai yang cuba lari daripada tanggungjawab.
Benarlah kata orang, mak ayah mampu menjaga anak sepuluh orang, tetapi anak 10 orang belum tentu dapat menjaga mak dan ayahnya.
Pabila anak makin membesar dan mak ayah makin menua, masing-masing ada tugas dan komitmen masing-masing apabila bekeluarga. Namun itu tak bererti mereka boleh lari daripada tanggungjawab.
Malang sungguh bagi ibu-bapa yang tidak menyedari bahawa anak-anak mereka telah dewasa tetapi lebih malang lagi bagi anak-anak yang terlupa bahawa ibu-bapa mereka telah semakin tua.
Ads
Aku ada lima adik, aku nombor dua. Kakak aku sudah meninggal dunia. Bila sudah ramai adik-beradik ini wajib ada sistem peraturan yang tak membebankan satu sama lain.
Jadi Ladang Pahala Buat Anak
Aku cipta satu sistem giliran untuk urusan mak ayah kami. Bila ayah mak perlukan bantuan, kalau yang empunya giliran tak boleh buat, dia wajib bayar ‘gaji’ pada ahli yang sanggup ambil giliran dia.
Siapa saja boleh beri sejuta alasan untuk mengelak, sibuk kerjalah, anak tak ada orang jagalah, kereta belum servislah, belum gajilah. Ahhh macam-macam alasan. Sedangkan mereka berdua itulah satu-satunya ibu bapa kita.
Bukan Berkira Buat Sistem Giliran
Mak ayah adalah tanggungjawab bersama untuk jaga kebajikan mereka. Mereka ladang pahala buat kita selagi mereka masih hidup.
Ads
Bila tak buat sistem giliran begini, yang bujanglah yang selalu diambil kesempatan. Kena ambil cuti sedangkan dia juga ada komitmen hutang bulanan. Tidak adil untuk dia.
Dan ini bukan kes berkira perihal urusan mak ayah, aku nak elakkan pergaduhan adik beradik atas sebab ketidakadilan. Siapa nak pahala lebih silakan buat. Tapi nak ‘lari’ dari tanggungjawab tak boleh!
Bila ada sistem giliran begini, tak la keluar ayat
” Asyik aku je kena cuti bila ada hal mak ayah”
Kashoorga: Menjaga tanggungjawab seorang anak membalas jasa kedua ibu bapanya.
Penampilan golongan transgender yang jauh berani daripada wanita sejati sering kali menarik perhatian. Dengan pakaian seksi, mendedahkan bahagian tubuh mereka yang nampak seperti wanita sudah tentu mengundang lirikan mata baik kaum lelaki mahupun wanita.
Timbul persoalan apakah hukumnya memandang golongan ini yang berpakaian ‘menjolok mata’? Ikuti penjelasan Ustaz Syed Shahridzan Ben Agil dalam satu perkongsiannya di laman sosial Facebook
Lihat boleh tapi tak perlu lah lama-lama
Terdapat istilah bahasa Arab yang dikenali sebagai “Amrad” atau disebut “Syab Amrad”. Apakah maksud istilah ini?
Menurut kitab “al-Qamus al-Muhit” maksud “Amrad” ialah lelaki yang tiada misai dan janggut.
Manakala menurut perbahasan fuqaha’, “Amrad” bermakna lelaki yang tiada janggut. Amrad juga termasuk lelaki tanpa misai dan janggut yang mana wajahnya cantik seperti wanita.
Jadi golongan amrad dalam istilah Alam Melayu amat sesuai dikaitkan golongan transjantina.
Apakah hukum melihat wajah dan aurat golongan transjantina? Menurut Mazhab Syafi’ie seperti yang dinyatakan oleh Imam Nawawi dalam karangan beliau “Raudah al-Tolibin”
“Lelaki melihat lelaki hukumnya harus pada keseluruhan badan kecuali di antara pusat dan lutut. Tetapi haram melihat lelaki amrad dan selainnya dengan terbitnya rasa ‘teringin’”
Menurut penjelasan Imam Nawawi bahawa haram melihat golongan amrad samaada muka dan juga tubuh mereka dengan ada rasa seronok. Bahkan pengharaman ini tiada khilaf dalam kalangan ulama dari mana-mana mazhab sekali pun.
Perkara ini dinyatakan di dalam “Mausuah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah”: “Para ulama fiqh bersepakat ke atas pengharaman melihat wajah amrad dengan rasa ‘syok’”
Dalam rujukan yang sama dijelaskan juga: Para ulama fiqh bersepakat tentang pengharaman melihat pada amrad dengan tujuan berlazatan dan menikmati keindahannya.
Tiada beza antara amrad yang comel atau tidak. Bahkan telah dinyatakan oleh ulama Mazhab Hanafi dan Syafi’ie bahawa melihat golongan amrad dengan rasa ‘teringin’ lebih besar dosanya daripada melihat wanita kerana ia (amrad) tidak halal sama sekali (untuk golongan lelaki berbanding perempuan)
Kesimpulannya, haram lelaki melihat wajah dan tubuh badan golongan transjantina penuh keteringinan sama ada berwajah cantik atau tidak, apatah lagi wajah dan anggota badan yang mirip dengan wanita.
Bayangkan melihat wajah golongan amrad hukumnya haram apatah lagi melihat tubuh badan atau aurat mereka yang juga mirip kepada bentuk badan wanita.
Bahkan di sisi Syafi’iyyah lebih haram dan besar dosanya melihat golongan ini berbanding wanita kerana amrad sama sekali tidak boleh dinikahi oleh golongan lelaki
Cara buat rayuan haji! Baru-baru ini Tabung Haji telahpun mengeluarkan surat haji kepada mereka yang terpilih untuk mengerjakan haji pada tahun 2025. Begitu pun bagi yang tidak terpilih, jangan putus asa, anda masih lagi mempunyai peluang untuk membuat rayuan bagi mengerjakan ibadah ini tahun hadapan.
Ini kerana Tabung Haji telah pun membuka peluang untuk membuat rayuan haji bermula 19 Disember 2024.
SITUASI: Iqbal memerhatikan teman sebiliknya menunaikan solat Subuh pada satu pagi. Dia mendapati bahawa temannya itu tidak membaca doa Qunut semasa rakaat kedua dan tidak melakukan sujud sahwi di akhir solat.
Apabila ditanyakan, temannya hanya tersenyum dan menyatakan bahawa solat tidak batal walaupun meninggalkan doa Qunut dengan sengaja dan tidak melakukan sujud sahwi.
Ustaz Khairul Naim Mansor menghuraikan persoalan ini.
Perkara ini telah dibahaskan oleh para ulama sekian lamanya. Secara ringkas, saya ingin cuba menghuraikan padangan-pandangan ulama tentang perkara ini.
Pertama: Ada di antara mereka yang mengatakan bahawa ia terus-menerus menjadi sunnah pada solat subuh pada waktu ketika bencana atau tiada berlaku apa-apa. Pendapat ini adalah daripada Imam Malik, Imam Syafie, Ibnu Abi Laila, Hasan bin Solah, Abu Ishaq al-Ghazali dan al-Auza’ie serta ramai lagi. Termasuk juga daripada sahabat yang berpandangan sedemikian seperti Abu Bakar al-Siddiq,Umar al-Khatab, Uthman bin ‘Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra’ bin Azib.
Antara dalil yang paling kuat sebagai hujah bagi pandangan ini adalah “Terus-menerus Rasulullah s.a.w qunut pada solat subuh sehingga Baginda wafat.” (Abdul Razzaq dalam Musannaf 3:110 no 4964, Ahmad 3:162 dan banyak lagi).
Namun terdapat beberapa kritikan pada perawinya sehingga dianggap bahawa hadith ini lemah dan tidak boleh dijadikan hujah. Ini kerana ada juga yang mengatakan Qunut itu mempunyai lebih daripada 10 makna pengertian iaitu doa, khusyuk, ibadah, taat dan lain-lain sebagaimana yang diriwayatkan Ibnu Hajar dan Ibnu Arabi.
Manakala dalam hal waktu solat yang lain ada juga dinyatakan bahawa “tidak ada qunut dalam solat lima waktu kecuali solat subuh. Melainkan jika berlakunya bencana maka dibolehkan dalam semua solat sekiranya imam menyukai.” (al-Umm 1 : 205)
Kedua: Ada di antara mereka seperti Abu Hanifah, Sufian al-Thauri dan lain-lain daripada ulama Kufah yang berpendapat qunut pada solat subuh tidak disyariatkan kerana sudah ter’mansukh’.
Ketiga: Ulama yang berpendapat qunut hanya disyariatkan pada Qunut nazilah dan boleh dilakukan pada solat subuh dan solat-solat lain. Ini merupakan pandangan daripada Imam Ahmad, Al-Laith bin Sa’ad, Yahya bin Yahya al-Laithi dan ahli-ahli fiqh daripada para ulama hadith. Ada juga daripada mereka yang mengatakan tidak ada dalil sahih yang mengkhususkan solat subuh secara terus menerus dan ada riwayat yang menunjukkan qunut subuh disyariatkan daripada perlakuan sahabat yang sahih namun tidak boleh dijadikan pembuktian dalil daripada riwayat tersebut. Ada pun jika ada perlakuan yang jelas daripada mereka ianya pula lemah dan tidak boleh digunakan untuk berhujjah.
Selain itu, Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan bahawa di dalam Zaad al-Ma’ad Qunut tidak disyariatkan terus-menerus. Ini kerana andai ia dilakukan pastinya akan diriwayatkan dengan begitu banyak daripada para sahabat namun ternyata ia hanya diriwayatkan dalam hadith yang lemah. Maka meninggalkannya adalah tidak menjadi kesalahan.
Manakala jika kita mengikut pandangan Mazhab Syafie Qunut subuh dikira sebagai sunat ab’adh kerana selalu dilakukan oleh Nabi s.a.w dan apabila meninggalkannya atau terlupa, disunatkan untuk melakukan sujud sahwi dan tidak mengapa jika tidak melakukannya.
Ini adalah merujuk hadith yang menerangkan keadaan Nabi s.a.w yang melakukan sujud sahwi ketika meninggalkan tahiyat awal. Para ulama meng’qiyas’kan sujud sahwi yang disebabkan terlupa dan dengan meninggalkannya secara sengaja berdasarkan samanya illat (alasan) hukum iaitu terlupa atau lalai (khalal). Justeru itu, meninggalkan Qunut dan tahiyat awal dianggap sama.
Walau bagaimanapun, ada pendapat kecil yang mengatakan bahawa tidak sunat sujud sahwi jika meninggalkan dengan sengaja. Pendapat ini disanggah ulama kerana kelalaian dengan sengaja itu lebih utama untuk diganti dengan sujud sahwi dari sebab lalai atau terlupa.
Ustaz Khairul Naim Mansor merupakan penyunting Al-Quran di Jabatan Penerbitan Al-Quran Karangkraf dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Dan Kesusasteraan, Universiti Yarmouk, Jordan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...