Lagi beberapa hari kita akan bertemu dengan Syawal mulia. Dan kepada yang belum berkesempatan membazar zakat fitrah bolehlah berbuat demikian.
Tidak ada alasan untuk skip mmebayarnya walaupun kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Menyedari perkara ini kebayakan pusat zakat dan majlis Agama Islam meminummkan pungutan zakat melalui amil, jadi terpaksalah membayarnya secara online.
Namun ramai yang agak musykil dengan new normal ini kerana jarang dibuat dan tiada lafaz akad. jadi bagaimana dengan status pembayaran zakat ini adakah sah atau sebaliknya.
Lazimnya jika pembayaran dibuat menerusi e-zakat di pusat zakat mengikut pihak berkuasa negeri masing-masing, kita akan disuruh baca lafaz ketika berzakat.
Pegawai Hal Ehwal Islam di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Muhammad Fahmi Rusli memberikan penjelasan kepada soalan itu menerusi Twitter miliknya baru-baru ini.
Jelas beliau, membayar zakat secara dalam talian adalah sah hukumnya walaupun akad tidak dilafazkan.
“Umumnya, zakat adalah sama seperti keseluruhan ibadah yang lain yang memerlukan kepada niat.
“Niat ini pula, wajibnya di dalam hati dan bukannya menerusi lafaz di lidah,” ujar beliau.
Seperkara lagi, Ustaz Muhammad Fahmi menjelaskan, zakat merupakan kategori sedekah.
“Ia sama keadaannya dengan hibah. Memadai serah dan terima,” katanya.
Begitulah jawapan ringkas beliau. Semoga jawapan tadi meleraikan kekusutan ramai orang tentang perkara ini.
Sebenarnya ada lima waktu menunaikan zakat fitrah yang kita wajib tahu:
1. Waktu wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadan sehingga terbit matahari satu Syawal.
2. Waktu afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
3. Waktu sunat
Sepanjang bulan Ramadan
4. Waktu makruh
Selepas solat Hari Raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
5. Waktu haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal
Kepada mereka yang belum melunaskan lagi zakat fitrah, jangan lupa bayar ya.
(Sumber: @fahmirusliMFR & laman web Lembaga Zakat Selangor)
Artikel Berkaitan: Rupanya Tak Semua Ibu Mengandung & Menyusukan Anak Perlu Bayar Fidyah, Ustaz Ini Jelaskan Sebabnya