Waktu doa mustajab antaranya adalah pada bulan Ramalan ini. Doa yang dipanjatkan pada masa ini adalah lebih dekat untuk dimakbulkan.
Dalam bulan yang mulia ini juga ada lima waktu yang terbaik untuk kita berdoa dan tidak harus kita biarkan ia berlaku begitu saja.
1. Waktu sahur
Ramai yang mungkin menganggap sahur sekadar waktu untuk mengisi perut sebelum berpuasa, tetapi sebenarnya ia juga merupakan masa yang sangat mustajab untuk berdoa. Waktu sahur termasuk dalam sepertiga malam terakhir, yang disebut sebagai saat paling sesuai untuk bermunajat.
Rasulullah SAW bersabda: “Pada sepertiga malam terakhir, Allah dengan kemurahan dan kasih sayang-Nya melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya, lalu Dia berfirman: ‘Barang siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku akan perkenankan, barang siapa yang meminta kepada-Ku, Aku akan berikan, dan barang siapa yang memohon keampunan, Aku akan mengampuninya.” (HR Bukhari, No. 1145)
Oleh itu, selain bersahur, luangkan beberapa minit untuk berdoa dan memohon apa sahaja kebaikan yang diinginkan.
Ads
2.Sepanjang hari berpuasa
Sepanjang hari berpuasa juga merupakan waktu mustajab untuk berdoa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Tiga doa yang tidak akan ditolak: doa seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.” (HR Ibnu Majah, No. 1752).
Ini bermakna setiap detik dalam keadaan berpuasa adalah peluang untuk berdoa dan memohon pertolongan serta keberkatan daripada Allah SWT. Sama ada sedang bekerja, belajar, atau berehat, setiap Muslim boleh mengambil kesempatan ini dengan memperbanyakkan doa dalam hati atau secara lisan.
3. Saat berbuka puasa
Saat berbuka puasa bukan hanya waktu untuk menikmati hidangan selepas seharian berpuasa, tetapi juga detik yang mustajab untuk berdoa. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu, ketika saat dia berbuka, terdapat doa yang tidak akan ditolak.”(HR Ibnu Majah, No. 1753).
Oleh itu, sebelum menyuap makanan pertama, ambillah beberapa saat untuk berdoa dengan penuh pengharapan dan keikhlasan.
Ads
4. Ketika solat tarawih dan sujud
Ramadan tidak lengkap tanpa solat tarawih yang dilakukan pada waktu malam. Selain mendapat pahala solat berjemaah, waktu ini juga merupakan peluang untuk berdoa, terutama di antara rakaat solat atau selepas selesai solat.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Seorang hamba paling dekat dengan Tuhannya ialah ketika dia dalam keadaan sujud, maka perbanyakkanlah doa.” (HR Muslim, No. 482).
Begitu juga ketika sujud dalam solat, kerana dalam keadaan ini seseorang berada paling dekat dengan Penciptanya. Ambil kesempatan untuk memohon keampunan, hidayah, dan segala kebaikan dalam kehidupan.
5. Malam Lailatul Qadar
Salah satu keistimewaan Ramadan adalah adanya malam Lailatul Qadar, yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Qadr, ayat 3: “Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.”
Ads
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang beribadah pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”
(HR Bukhari, No. 1901; Muslim, No. 760).
Pada malam ini, doa yang dipanjatkan sangat mustajab, dan peluang untuk diampunkan segala dosa terbuka luas. Oleh itu, perbanyakkan doa dan ibadah pada malam-malam ini agar tidak terlepas peluang istimewa ini.
Moga dengan memahami waktu-waktu mustajab ini, kita boleh mengatur ibadah dan doa dengan lebih berkesan.
Dalam perniagaan secara online, review atau ulasan daripada pengguna sangatlah membantu meningkatkan jualan.
Namun malangnya atas dasar melariskan produk ada yang sanggup melakukan fake review termasuk oleh peniaga sendiri. Mereka memberi komen membeli dan berpuas hati dengan produk yang dibeli sedangkan mereka adalah peniaga barangan tersebut.
Dalam hal ini apakah hukum melakukan perbuatan tersebut? Mufti Pulau Pinang memberikan penjelasannya. Moga memberi panduan kepada peniaga online dan pembeli juga.
Penipuan dalam jual beli boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan antaranya penipuan yang telah dirancang oleh penjual itu sendiri kerana ingin melariskan produknya atau menarik perhatian bakal pembeli untuk mendapatkannya.
Para ulama fiqh menyebutkan bahawa perbuatan menipu sebegini disebut sebagai al-tadlis. Antara persamaan yang disifatkan pada cara penipuan tersebut adalah wujudnya unsur perancangan daripada penjual sendiri untuk menipu pelanggan dan mencipta persepsi bahawa barang dagangannya itu bagus, berkualiti dan sebagainya.
Selain itu, penipuan ini juga boleh membawa kepada satu amalan jual beli yang diharamkan syarak iaitu al-Najsh (النجش). Al-Najsh ialah orang yang sengaja menawarkan harga belian yang tinggi sedangkan dia tidak berniat membelinya. Tujuannya supaya orang lain merasakan barangan tersebut bernilai tinggi dan mereka akan membelinya dengan harga yang lebih mahal. [Rujuk al-Mu’tamad fi Fiqh al-Shafi’i jil. 3 hlm. 61].
Ia juga sejajar dengan larangan daripada Nabi SAW:
Maksudnya: “Nabi SAW melarang najsh.” (Jika jual beli tersebut berlangsung, ia tetap sah). [Riwayat al-Bukhari 2035 dan Muslim 1516]
Sama seperti menipu, haram dan dilarang
Sehubungan dengan itu, perbuatan ulasan palsu (fake review) ini adalah sama seperti menipu pelanggan yang boleh disertakan juga penyembunyian kecacatan dan keaiban pada barang jualan oleh penjual. Maka perbuatan tersebut termasuk dalam al-Ghish atau al-Najsh yang dilarang dalam syarak.
Berdasarkan daripada keterangan di atas, kami menyimpulkan bahawa perbuatan ulasan palsu (fake review) adalah perbuatan yang haram dan dilarang dan sesiapa yang melakukannya wajib bertaubat kepada Allah.
Pelaku yang telah melakukan perkara sedemikian perlulah memadam ulasan tersebut atau memaklumkan kepada para pelanggan di platform jualan tersebut bahawa beberapa ulasan adalah palsu yang ditulis oleh dirinya sendiri.
Berlaku jujur untuk bertaubat mungkin akan menyebabkan kerugian sementara pada rekod jualan, tetapi lebih baik kerugian yang sedikit di dunia berbanding azab yang lama di akhirat.
Sebagai hamba-Nya yang daif, kita sangat digalakkan untuk mengangkat tangan berdoa kepadaNya setiap kali selepas solat. Malah sangat afdal juga berdoa pada hari-hari tertentu misalnya ketika hujan turun.
Cepat atau lambat doa itu dimakbulkan terpulang pada Dia. Hanya Dia yang Maha Pemurah, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.
Namun ada baiknya jika kita berdoa itu selit terus nama mak kita. Perkongsian wanita ini Ikhfa Musa yang memberitahu kalau berdoa patut jual nama mak, insya-Allah doa akan dimakbulkan olehNya.
JUAL NAMA MAK
Hari tu terdengar phone conversation suami aku dengan mak bapak. Sambil2 berborak tu, laki aku loudspeaker sebab senang kakak nak mencelah borak dengan aki dia. Terdengar mak kata
” abang, kalau nak berdoa apa-apa jual nama mak”
Aku tak faham.
Mak sambung lagi..kalau abang doa nak bawak efa pergi umrah, doa macam ni. ” Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk bawak isteri aku pergi umrah.Semoga aku dapat bawak mak sekali”. Kalau abang nak beli rumah..doa mcm ni..” Ya Allah, lancarkanlah urusan beli rumah aku agar bila mak aku dtg melawat nanti dia selesa”. Mak cakap insyaa Allah doa tu naik serta merta tanpa hijab.
Foto Dari: FB Ikhfa Musa
Then mak share tentang satu ceramah yang dia pergi . Ada sorang sahabat Nabi ni, rupa dia gelap..badan gemok. Tapi dia ada isteri yang sangat cantik. Sahabat2 Nabi tanya pada dia mcm mana dia boleh dapat isteri yang cantik sgt mcm ni?. Dia pun kata ” Setiap hari aku berdoa pada Allah..Ya Allah kurniakanlah aku isteri yang mana bila mak aku pandang wajahnya, mak aku terus berasa sayang dan kasih padanya”.
Nampak tak? Lepas ni bila nak doa dah bolehla selit nama mak yang mana masih ada mak tu. Kalau dah takde ibu macam aku ni, gunalah nama Ayah. Nama mak mertua & bapak mertua pun boleh. Darjat diorang sama and takde beza pun. Lagipun tanpa doa mak ayah tak kemana kita semua kan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Berdoa adalah salah satu cara yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Berdoa juga merupakan salah satu cara seseorang memohon atau meminta sesuatu kepada Allah. Agar keinginan kita dimakbulkan oleh Allah SWT, terlebih dahulu kita perhatikan adab berdoa atau tata cara berdoa yang sepatutnya.
BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA:
1. Angkat tangan ke paras dada
2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3.“apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب . Titik ba terletak di hati kita.
4. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
5. Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
6. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw
7. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya
8. Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan
Sumber: JAKIM Cawangan Sabah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?