Kata orang, bila kita buat baik Allah akan membalas dengan seribu kebaikan.Ternyata kebaikan Ustaz Ebit Lew yang sentiasa meluangkan masanya membantu masyarakat di dalam negara mahupun negara luar dibalas dengan seribu kebaikan apabila berkongsi dirinya dilantik sebagai Duta Muhibbah Palestine / Palestine Goodwill Ambassador. Berita gembira bercampur terharu ini dikongsikan oleh Ustz Ebit Lew di page fbnya sebentar tadi.
Terharu sebak syukur rasa bila dianugerahkan sebagai Duta Muhibbah Palestine / Palestine Goodwill Ambassador. Saya cuma buat sedikit usaha berbanding ramai orang. Kami dijemput meeting bersama Menteri dan Timbalan Menteri dari Kementerian Luar Palestine, Kementerian Pembangunan Palestin, Kementerian Kebudayaan dan Belia.
Mereka menyambut dan melayan dengan sangat. Terharu rasa. Allahuakbar. Kita cuma orang kecil dan bukan sesiapapun. Cuma niat nak menolong sahaja. Kami berbincang untuk program-program di Palestin di masa akan datang.
Semuanya syahid. Berapa banyak bangunan diletupkan. Anak kecil terkorban. Jadi ini bina satu tempat untuk mengingat jati diri mereka dan semua yang telah berkorban.
Semoga menjadi asbab kebaikan. Terima kasih kerajaan Palestine. Terima kasih kementerian Luar Palestine dan semua rakyat Palestine. Terasa bagai semua keluarga. Terima kasih doa semua rakyat Malaysia. Terima kasih DS Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra. Terima kasih Kedutaan Besar Malaysia Mesir. Terima kasih PM Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.
Ads
Menjunjung kasih HRH Crown Prince of Johor yang bersama misi ini dan selalu mendoakan. Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
Ads
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
Ads
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Bila menyebut tentang Masjid Al Aqsa di Palestin ramai membayangkan masjid dengan kubah berwarna emas. Malah dalam carian di internet juga akan memaparkan gambar ini. Namun perlu kita ketahui ia bukanlah Masjid Al-Aqsa dan ramai yang tersalah anggap.
Struktur tersebut adalah Qubbat As- Sakhrah atau dikenali sebagai Dome of the rocks (kubah batu) dan ia berbeza dengan Masjid Al Aqsa. Sebenarnya terdapat banyak masjid di tapak yang kita kenali sebagai Masjid Al Aqsa.
Ramai juga yang mengangangap Masjid Al Aqsa sebagai bangunan paling selatan masjid ini dengan kubah berwarna perak gelap tapi itu sebenarnya Masjid Qibli. Ia mendapat nama kerana berada di kedudukan paling dekat dengan kiblat.
Al-Aqsa seperti yang dimaksudkan dalam al-Quran merujuk kepada seluruh plaza di Baitulmaqdis termasuk masjid, arena, gerbang, air pancut, menara dan banyak mercu tanda keagamaan dan bersejarah lainya.
Seluruh tanah di sebalik dinding kompleks ini dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa juga disebut sebagai al Haram as Sharif.
6 Keistimewaan Masjid Al Aqsa yang perlu dijaga oleh umat Islam
1.Tempat hijrah para Nabi, Rasul
Allah SWT memberitahu kita bahawa Masjid Al-Aqsa adalah tempat para Nabi dan Rasul berhijrah. Seperti ayat yang Allah berfirman:
Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan janganlah kamu lari ke belakang (kerana takut akan musuh), maka kamulah orang-orang yang rugi. (QS. al-Maidah ayat 21)
3. Termasuk dalam tiga masjid yang boleh dituju untuk beribadat
Berdasarkan hadis Abu Hurairah radhiyallahu’anhu bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
لا تشد الرحال إلا ثلاثة مساجد: المسجد الحرام والمسجد الاقصى ومسجدي
Jangan bepergian kecuali ke tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidil Aqsa dan masjidku (Masjid Nabawi). (HR Bukhari dan Muslim)
4. Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Kaabah
Barro bin ‘Azib berkata:
InsyaAllah شرشهرا، ثم صرفه نحو القبلة
Kami solat bersama Nabi dan menghadap BaitulMaqdis selama enam belas atau tujuh belas bulan. Kemudian Nabi mengubah arah kiblat (ke Kaabah). (HR Bukhari dan Muslim)
5. Tempat persinggahan dalam perjalanan Rasulullah SAW semasa Isra Mi’raj
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku telah didatangi oleh sebuah kenderaan Buraq, seekor binatang putih yang tinggi, lebih tinggi dari keldai dan di bawah Bighal, laju langkahnya sepantas sekelip mata. . Kemudian saya mendakinya sehingga saya sampai ke Baitul Maqdis.” (HR Muslim)
6.Dajjal tidak akan masuk
Rasulullah SAW pernah melaporkan bahawa Masjidil Aqsa mempunyai keutamaan tersendiri seperti Masjidil Haram di Mekah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid Thursina iaitu Dajjal tidak akan memasukinya.
My #QuranTime merupakan program kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) serta TV AlHijrah sebagai penyiar utama. Program ini bersiaran di TV AlHijrah pada jam 12 hingga 1 tengah hari secara langsung setiap hari bermula 8 Jun 2020.
Pada permulaannya, program ini adalah kesinambungan Malaysia #QuranTime yang mula diperkenalkan pada 20 Mac 2020 di platform TV AlHijrah dengan tujuan memberi pengisian rohani bagi rakyat Malaysia yang terkurung (Perintah Kawalan Pergerakan) di rumah bagi pencegahan penularan wabak Covid-19.
Al-Quran menjadi penawar duka kepada rakyat, pemimpin dan negara yang kemurungan akibat pandemik Covid-19, tekanan politik, ekonomi dan bencana alam dalam tempoh musim PKP selama dua tahun tersebut bermula 18 Mac 2020.
Pada waktu itu, Malaysia #QuranTime mentadabburi ayat-ayat dan surah pilihan yang dilihat telah menjadi satu fenomena luar biasa di Malaysia di mana orang ramai mula tertarik dengan pengisiannya serta sentiasa ternanti-nantikan program ini bersiaran ke udara.
Hasil sokongan dan permintaan tinggi daripada kalangan rakyat Malaysia kini yang semakin ketagih untuk mempelajari al-Quran, maka pihak WUIF dan TV AlHijrah meneruskan kerjasama untuk menerbitkan program My #QuranTime.
Bakal Jadi Fenomena
Program tersebut memberi pendekatan bertadabbur serta baca, faham dan amal seluruh isi kandungan al-Quran bermula dari muka surat 1 hingga muka surat 604.
My #QuranTime dijayakan dengan penglibatan asatizah daripada pelbagai latar belakang pendidikan. Ia bersiaran langsung dari studio TV AlHijrah, bahkan orang ramai juga boleh mengikuti secara atas talian di platform Facebook My #Qurantime dan YouTube My #QuranTime Official.
Sehingga kini, lebih 15 juta penonton dari Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia dan Selatan Thailand mengikuti My #QuranTime di TV AlHijrah dan media sosial.
My #QuranTime merupakan program tadabbur al-Quran tahap asas agar mudah difahami oleh masyarakat umum. Selain itu, ia menjadi pemangkin masyarakat untuk mendekati al-Quran pada tahap tahap lebih tinggi.
My #Qurantime Sasar
Program sejam bersama al-Quran (Baca, Faham & Amal) setiap hari amat penting dalam memupuk kerangka fikir dan sistem operasi diri berlandaskan al-Quran dan Hadis. Ini selari dengan misi WUIF, “MengQurankan bangsa mengikhlaskan ummah” pada 1500H.
Selain itu, program ini dilihat satu kejayaan besar hingga wujudnya budaya ketagih al-Quran: baca, faham & amal al-Quran. Uniknya, ia dilakukan di Malaysia dan bukan dari negara-negara Arab.
Bahkan program ini merentasi pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat, termasuk golongan muda, warga emas, pekerja, peniaga, tidak bekerja mahupun pesara.
Tambahan ramai peminat setia My #QuranTime yang berada di luar negara mengikuti program ini secara konsisten bermula halaman pertama sehingga halaman terakhir al-Quran.
Selain itu, My #QuranTime telah mencetuskan budaya infak dan wakaf dalam kalangan peserta melalui Tabung Gerakan Al-Quran yang bersiaran di TV AlHijrah dan Facebook Quran Hour.
5,000 Peserta
Tanggal 7 Oktober 2022 merupakan hari dan surah terakhir ditadabbur pada My #QuranTime Episod 838 (Malaysia #QuranTime 69 episod & My #Qurantime 769 episod) program ini bersiaran.
Dengan berakhir episod My #QuranTime 1.0, WUIF dan TV AlHijrah menganjurkan program khas bagi menghargai pengikut setia My #QuranTime iaitu Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime yang julung kali diadakan pada 8 Oktober 2022.
Seramai 5 ribu peserta dijangkakan menyertai acara khatam yang bertemakan “Kerinduan & Kenangan terindah bersama al-Quran”, menjelang sambutan Maulidur Rasul 1444H di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada pukul 11.30 pagi hingga 1 tengah hari.
Ia menjadi platform penyatuan para asatizah dan peserta yang datang dari pelbagai latar belakang.
Sertai Majlis Konvokesyen
ALLAH SWT berfirman: “Dan telah sempurna firman Tuhanmu (al-Quran) dengan benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah firman-Nya. Dan Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-An’am: 115)
Ayat al-Quran tersebut sering dibacakan ketika majlis khatam al-Quran. Ia bermaksud al-Quran terpelihara daripada sebarang pengubahsuaian. Jika kita menjaga al-Quran dan bawa al-Quran dalam kehidupan, ALLAH SWT akan menjaga kita.
Khatam berasal daripada perkataan Bahasa Arab ‘khotama’ (ختم) yang bermaksud menutup. Justeru, khatam Al-Quran bermaksud menghabiskan bacaan Al-Quran 30 juzuk sama ada secara bacaan atau melalui tadabbur.
Amalan berhimpun ketika majlis khatam al-Quran adalah disunatkan oleh para ulama iaitu dengan menghimpunkan ahli keluarga atau sahabat-handai ketika majlis tersebut. Hal ini berdasarkan kepada amalan para salaf terdahulu.
Antaranya, sebuah riwayat yang menyebutkan mengenai Anas bin Malik RA, “Adapun Anas apabila beliau mengkhatamkan al-Quran, beliau akan menghimpunkan anaknya serta ahli keluarganya lalu berdoa bersama mereka.” (Riwayat Al-Darimi, 3517)
Melalui My #Qurantime, orang ramai kini semakin memahami isi kandungan al-Quran dalam bahasa Arab. Ia membawa perubahan kehidupan bagi pencinta al-Quran.
Selain itu, My #QuranTime mencetuskan budaya infak dan wakaf dalam kalangan peserta melalui Tabung Gerakan Al-Quran yang bersiaran di TV AlHijrah dan Facebook Quran Hour.
Impak program My #QuranTime kepada masyarakat antaranya sebanyak 19,664,240 naskhah al-Quran wakaf telah diagihkan dan lebih 6,000 Quran Corner di pelbagai organisasi seperti hospital, agensi kerajaan, syarikat swasta, balai polis, kolej, universiti, sekolah, rumah ngaji, pusat tahfiz, dan masjid.
Sumbangan sebanyak RM5 ribu daripada dana Tabung Gerakan Al-Quran turut diagihkan kepada Rumah Ngaji di seluruh negeri setiap bulan bagi membantu penggerak menjalankan aktiviti untuk mendekatkan masyarakat kepada al-Quran melalui baca, faham dan amal.
Kashoorga : Semoga majlis ini menjadi platform penyatuan para seluruh umat Islam yang datang dari pelbagai latar belakang.
‘Bapa dapat hidayah, bimbing anak-anak sekali.’ Kevin Zahri sebenarnya mualaf, dalami islam pada usia 12 tahun.
Benarlah hidayah itu milik Allah, Kevin Zahri antara insan yang terpilih. Dibesarkan dalam agama Kristian, kemudian sekembalinya ke tanahair diminta untuk mengikuti ajaran secara tiba-tiba sudah tentu bukan sesuatu yang mudah.
Tetapi dirinya tak melatah apabila diajukan soalan berkaitan dengan isu ini, sebaliknya menjelaskan perkara ini dan tenang apa yan berlaku dalam hidupnya sejak kecil.
Kevin Zahri yang merupakan jurulatih kecergasan dan pakar pemakanan kerap kali muncul di laman sosial TikTok berkongsi tentang tip kesihatan dan gaya hidup sihat.
Baru-baru ini, dia menjawab persoalan yang diajukan warganet termasuk berhubung agama dan mendedahkan dirinya adalah saudara baru atau mualaf.
Kevin yang dibesarkan di luar negara mengakui mendalami agama Islam sekembalinya ke Malaysia.
Bimbing Anak-Anak Sekali
“Nama saya bukan Kevin Zahri bin Abdul Ghaffar tetapi Kevin Nicolai Christopher Zahri (ketika itu).
“Bapa saya seorang Muslim dan berbangsa Melayu manakala ibu pula beragama Kristian berasal dari Jerman. Ibu saya yang mengajarkan kami tentang agama.
‘Kami ke gereja, saya menyertai koir dan membaca buku seperti Injil ketika kecil,” tuturnya menyentuh tentang kehidupan pada masa lalu.
Kevin Zahri Sebenarnya Mualaf
Namun ternyata hidayah itu milik Allah. Segala berubah selepas beliau mengikuti bapanya pulang ke Malaysia pada tahun 1991. Ketika itu Kevin baharu berusia 12 tahun.
“Ketika itu bapa saya mendapat hidayah tentang keagamaan sendiri dan wujud rasa tanggungjawab untuk memimpin anak-anak.
“Bapa cuba mendedahkan kepada kami kepada agama Islam dengan bimbingan ustaz,” kata Kevin.
Lelaki yang turut dikenali dengan nama Cikgu Fitness Malaysia itu mendedahkan dia pada peringkat awalnya sukar menerima perubahan berkaitan agama Islam.
“Saya tidak menerimanya pada hari yang pertama dan mengambil masa mempersoalkan tentang agama A dan agama B.
“Diharapkan dalam video yang lain saya akan kongsikan tentang penghijrahan sebagai seorang mualaf. Apa pun alhamdulilah saya seorang muslim kini,” katanya.
Pada Usia 12 Tahun
Pendedahan jurulatih berusia 43 tahun itu menerima reaksi positif daripada warganet. Rata-rata mereka memberikan sokongan dan mengucapkan kesyukuran dan memuji tindakan dirinya menjawab pertanyaan yang diajuka oleh peminatnya.
Ujar mereka:
-“Masya-allah, Tabarakallah, bapa coach mendapat hidayah dan membimbing anak-anak, Alhamdulillah.”
-“Suka cara dan penerangan coach, terperinci dan tenang walaupun soalan agak sensitif.”
-“Pernah tengok Coach Kevin khatam al-Quran.”
-“Alhamdulillah. Moga terus berjuang sampai syurga tuan Kevin!”
-“Alhamdulillah, sebaik-baiknya begitulah perjalanan hidup seseorang mualaf.”
-“Syukur ayah Coach sedar kesilapan dan berusaha untuk betulkan apa yang salah.”
Kevin berkahwin dengan Rio Elani pada tahun 2010 dan perkongsian hidup mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
Kashoorga : Biar lambat tapi kita tahu dan mahu berubah kepada kebaikan serta kembali kepada Allah SWT.
Dalam Islam seorang isteri dilarang untuk keluar dari rumah tanpa mendapat keizinan daripada suaminya terlebih dahulu.Bagaimanapun timbul persoalan adakah pengecualian dalam larangan itu? Sebagai...