Siapa yang tidak mengenali wanita kecil molek ini. Auranya bukan sahaja kerana kecantikan rupa paras anugerah Allah yang dimiliki, tetapi juga kegigihan bergelar seorang usahawan.
Vivy Yusof yang juga dikenaki sebagai Personaliti Media Sosial, sangat popular dengan jenama fesyen online yang terkenal hingga di mata dunia, FashionValet.
Bukan itu saja, beliau juga menjadi tulang belakang kepada kumpulan Duck Group yang cukup viral mengeluarkan jenama hijab digemari ramai dUCk Scarf.
Bergelar seorang usahawan pastinya Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof tidak terkecuali menerima tempias dugaan dan rintangan dalam dunia perniagaan.
Dan pastinya untuk menjaga keselamata diri, Vivy Yusof turut mengamalkan ayat-ayat suci a-Quran sebagai pelindung diri.
Menurut Vivy, setiap malam sebelum tidur beliau akan mengamalkan bacaan Surah 3 Qul dan Ayat Kursi bagi mengelakkan diri dari sebagai gangguan atau ancaman bahaya.
“Biasanya dalam dunia perniagaan mesti ada banyak cabaran yang ups and down, jadi dari segi doa-doa yang Vivy amalkan, tiada yang luar biasa. Vivy lebih suka amalkan bacaan Surah 3 Qul dan Ayat Kursi sebelum masuk tidur.
“Ini sebab dalam dunia bisnes ini bagi Vivy, kita kerja macam mana pun Allah yang tentukan.
Memang kita akan berhadapan dengan banyak sikap dengki, cabaran dan kita kena lindungi diri kita dari segala ancaman ini.
“Vivy tak percaya sangat untuk baca untuk ekstra-ekstra ayat semua, Vivy lebih percaya kepada kitab Al-Quran terutama kelebihan Surah 3 Qul dan Ayat Kursi tadi. Insya-Allah,” ujarnya ketika ditemui ketika pelancaran hijab terbaru dUCk X Barbie di butik dUCk di One Utama baru-baru ini.
Vivy yang dilihat menangis sewaktu majlis pelancaran memberitahu beliau tidak menyangka dirinya menjadi sebegitu emosi sewaktu melihat dUCK mampu berkolaborasi dengan salah satu jenama terkemuka dunia, Barbie.
Ads
“Ini merupakan antara kejayaan terbesar bagi dUCK sebab Barbie itu sendiri sangat besar dan kukuh. Kita membesar dengan mainan Barbie jadi saya sangat bangga bukan sahaja pada dUCK, malah pada semua wanita berhijab di luar sana.
“Melihat Barbie mengiktiraf wanita beragama Islam yang bertudung, itu sudah menjadi satu faktor eksklusiviti yang buatkan saya cukup menghargai dan bangga,” katanya yang sering dilihat menjadi inspirasi buat wanita di luar sana.
Koleksi dUCK x Barbie yang terdiri daripada tudung selendang dan empat segi, beg tangan, kosmetik serta twilly. Koleksi tudung yang diberi nama Groundbreaker, Trendsetter, Creator, Explorer, Dreamer dan Believer boleh didapati pada harga RM300.
Dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan sehingga hujung Mac ini pasti ramai yang mengisi masa senggang dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan selain fokus beribadah.
Salah satunya adalah menyediakan hidangan buat ahli keluarga dan paling viral ketika ini adalah menu kopi viral “Dalgona Coffee’ dek kerana COVID-19.
Dikatakan kopi dari aplikasi Tik Tok ini adalah berasal dari Korea Selatand dan menjadi trend terkini di media sosial kerana video cara membuatnya yang cukup popular.
Apa yang membuatkan kopi ini viral adalah kerana hanya menggunakan tiga bahan dapur yang memang ada di rumah, iaitu Nescafe, Gula dan Susu.
Dikatakan rasanya juga setanding kopi di restoran jenama antarabangsa terkenal dan sangat digemari terutama bagi penggemar kopi.
Malah cara membuatnya juga amat mudah dan anda boleh merasainya keenakannya kala berehat di rumah bersama keluarga.
Ia diberi nama ‘dalgona’ bersempena makanan jalanan Korea yang diperbuat daripada gula dan soda penaik (baking soda). Senang cerita Dalgona Coffe ini merupakan rasa kopi latte yang dicampur dengan rasa manis snek dalgona.
Ayuh ikuti caranya melalui perkongsian seorang pengguna akaun di twitter @ASH(Foodhunter) cara membuat Dolgona Coffee ini.
Hanya guna tiga bahan utama
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap dari kita dambakan syurga Allah. Justeru untuk masuk ke salah satu dari lapan syurga ini, kita haruslah memperbanyakkan amal ibadah selain mengharap rahmat dari Allah SWT.
Berikut di senaraikan 12 amalan ringan namun pahalanya sangat besar bagi yang melakukannya. Sangat rugi jika kita tidak mengamalkannya dalam hidup yang semakin singkat ini.
Apa dia 12 amalan ringan tapi pahalanya sangat besar ini?
Pertama: Zikir Subhanallah wa bihamdihi, Subhanallahil azim
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi `, Baginda bersabda,“Dua kalimat yang ringan di lisan, namun berat ditimbangan, dan disukai Ar Rahman iaitu “Subhanallah wa bi hamdih, subhanallahil ‘azhim” (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Agung). (H.R. Bukhari no. 6682 dan Muslim no. 2694)
Kedua: Mengikut muadzin di dalam azannya.
“Dari Abdullah bin Amr bin Ash meriwayatkan bahawa dirinya telah mendengar Nabi Muhammad SAWbersabda, “Jika kalian mendengar dari seorang muadzin maka ucapkanlah seperti apa yang dia ucapkan, kemudian berselawatlah kalian atasku kerana sesungguhnya barang siapa yang berselawat atasku satu kali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali, kemudian mintalah kalian kepada Allah untukku Al Wasilah kerana sesungguhnya ia adalah kedudukan di dalam, tidak pantas mendapatkannya melainkan untuk seorang hamba dari hamba-hamba Allah dan aku berharap akulah orangnya (yang mendapatkan itu), maka barang siapa yang memohonkan untukku Al Wasilah maka halal bahagiannya syafaat.” (H.R. Muslim).
Ketiga: Wudhu dengan sempurna dan membaca doa.
Dari Umar bin Khattab r.a, Nabi ` bersabda, “Barang siapa yang berwudhu dengan sempurna, kemudian selesai wudhu dia membaca: Asyhadu allâ ilâha illallâh wa anna muhammadan abduhu wa rasûluh (Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang sebenar) melainkan Allah, dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah Pesuruh Allah (Rasulullah) maka akan dibukakan untuknya pintu surga yang jumlahnya lapan itu dan dia boleh masuk dari pintu mana saja yang dia sukai.” (H.R. Muslim)
Keempat: Membaca ayat Kursi setiap selesai solat dan ketika hendak tidur.
Ertinya, “Abu Umamah al-Bahily aberkata, “Rasulullah ` bersabda, “Barang siapa yang membaca ayat Kursi setelah setiap solat fardu, nescaya tidak ada yang menahannya masuk syurga melainkan kematian” (H.R. an-Nasâi dan disahihkan oleh al-Albani di dalam kitab Shahih al-Jami’, no. 6464)
Kelima: Membaca al-Qur’an.
Dari Abdullah bin Mas’ud a, Nabi ` bersabda, “Barang siapa yang membaca satu huruf dari al-Qur’an maka dia mendapat satu pahala kebaikan. Dan setiap satu pahala itu dilipatkan menjadi 10 kali….” (H.R. at-Tirmidzi, ath-Thabrani dan dinilai shahih oleh al-Albani)
Keenam: Bershalawat atas Nabi
“Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barang siapa yang berselawat ke atasku satu selawat maka nescaya Allah berselawat ke atasnya sepuluh selawat, dihapuskan darinya sepuluh dosa dan diangkatkan untuknya 10 tingkatan.” (H.R. an-Nasâi dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’, no. 6359).
Ketujuh: Membaca zikir ketika masuk pasar.
Dari Abdillah bin Amr bin ‘Ash a, Nabi `bersabda, “Barang siapa yang masuk pasar kemudian dia membaca: “Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku wa lahul hamdu, yuhyii wa yumiit, wa huwa hayyun laa ya yamuut, bi yadihil khoir, wa huwa ‘ala kulli sya-in qodiir”.
(Tiada sembahan yang benar kecuali Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nyalah segala kerajaan/kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, Dialah yang maha hidup dan tidak pernah mati, di tangan-Nyalah segala kebaikan, dan Dia maha mampu atas segala sesuatu]”, maka allah akan menuliskan baginya satu juta kebaikan, menghapuskan darinya satu juta kesalahan, dan meninggikannya satu juta derjat – dalam riwayat lain: dan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga – ”[HR at-Tirmidzi (no. 3428 dan 3429), Ibnu Majah (no. 2235), ad-Daarimi (no. 2692) dan al-Hakim (no. 1974) dari dua jalur yang saling menguatkan. Dinyatakan hasan oleh imam al-Mundziri (dinukil oleh al-mubarakfuri dalam kitab “’Aunul Ma’bud” 9/273) dan syaikh al-Albani dalam kitab “Shahihul jaami’” (no. 6231).)
Kelapan: Solat sunat dua rakaat sebelum solat Subuh.
Dari ‘Aisyah i, Nabi ` bersabda, “Dua rakaat sebelum subuh lebih baik dari pada dunia dan seisinya.” (H.R. Muslim)
Kesembilan: Mengajak orang lain untuk melakukan kebaikan.
Dari Abu Hurairah a, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa yang mengajak kepada kebaikan maka dia mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. Dan barang siapa yang mengajak orang lain untuk melakukan kesesatan dan maksiat maka dia mendapat dosa sebagaimana dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun.” (H.R.Muslim)
Kesepuluh: Beristighfar untuk kaum beriman baik lelaki ataupun perempuan.
“Dari Ubadah bin Shamith aberkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,“Barang siapa yang meminta ampun untuk kaum beriman lelaki dan perempuan, maka nescaya Allah mencatatkan baginya dengan setiap lelaki dan perempuan beriman satu kebaikan.” (H.R. Ath-Tahbarani dan dihasankan oleh al-Albani di dalam kitab Shahih al-Jami’, no. 6026)
Kesebelas: Menjawab azan dan membaca do’a setelah azan.
Dari Jabir bin Abdillah a, Nabi ` bersabda, “Barang siapa yang mendengarkan azan dan kemudian dia membaca doa ini, Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.Wassolatil qaimah.Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.Innaka laatukhliful mi’ad.
(Ertinya : Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
Keduabelas: Zikir di masjid setelah solat Subuh hingga matahari terbit lalu solat dua rakaat.
Dari Anas bin Malik r.a Nabi SAWbersabda, “Barang siapa yang solatt Subuh berjemaah, kemudian tetap duduk di masjid sampai terbit matahari, kemudian solat dua rakaat maka dia mendapat pahala haji dan umrah, sempurna, sempurna.” (H.R. At-Tirmidzi dan dinilai hasan oleh al-Albani).
Betapa mudahnya untuk kita merasai kasih sayang dan redha Allah.Rugi jika di hayat bersisa ini kita tidak merebut peluang begini. Moga Allah memberikan kita petunjuk.Aamiin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hidu bau makanan tak batal puasa, tapi jangan berlebihan bimbang makruh kerana perbuatan tersebut berlawanan dengan hikmah berpuasa.
Selain isu merasa makanan, menghidu bau makanan juga seringkali menjadi kekeliruan ibu-ibu yang menghabiskan masa memasak di dapur. Adakah puasa kita terbatal apabila terlalu terdedah dengan asap atau bau makanan.
Ikuti perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi menjawab kemusykilan ini:
Soalan:
Apakah hukum seseorang itu menghidu bau makanan atau asap daripada masakan? Adakah ia boleh membatalkan puasa?
Jawapan:
Hukum menghidu bau makanan ketika puasa adalah tidak membatalkan puasa. Namun begitu, sekiranya seseorang itu sengaja berlebihan menghidu bau tersebut, maka hukumnya adalah makruh atas sebab berlawanan dengan hikmah puasa itu sendiri.
Maksudnya: “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).”
Sebagai seorang individu Muslim yang mukalaf, kita dituntut untuk mengerjakan ibadah puasa dengan menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari kerana Allah SWT.
Tapi Jangan Berlebihan
Antara perkara-perkara yang membatalkan puasa tersebut adalah memasukkan ain (sesuatu jirim) ke dalam rongga melalui saluran terbuka seperti mulut, hidung, qubul dan dubur sama ada lelaki atau perempuan.
Al-Imam al-Syirbini ada menyatakan bahawa sesuatu yang terkeluar daripada (maksud) ain iaitu kesan (suatu perkara) seperti bau atau angin disebabkan menghidu (sesuatu) dan juga kepanasan atau kesejukan sesuatu dengan sebab merasa.
Al-Imam Ibn Hajar al-Haitami turut berkata: “Masuknya asap yang mengandungi bauan bukhor (kayu gaharu) atau selain daripadanya ke dalam rongga adalah tidak membatalkan puasa, sekalipun ia dilakukan dengan sengaja.”
Bimbang Makruh
Berdasarkan penjelasan di atas hukum menghidu bau atau asap hidangan makanan, pada dasarnya hukum mencium atau menghidu bau-bauan ketika puasa adalah harus dan tidak pula membatalkan puasa seseorang.
Namun begitu, sekiranya seseorang itu dengan sengaja menghidu bau tersebut secara berlebihan, maka makruh hukumnya.
Hal ini kerana, seseorang individu Muslim yang berpuasa dituntut untuk menjauhkan dirinya daripada perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu dan syahwat di bulan Ramadan.
Kashoorga: Sebaiknya jauhkan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Memasuki bulan Syaaban ini menandakan Ramadan semakin menghampiri. Menurut Ustazah Asma' Harun banyak kelebihan yang terkandung di bulan ini namun ramai yang masih terleka...