Menyebut tentang pendakwah ini, dirinya amat popular dan tidak asing bagi kita. Gaya dakwahnya yang santai membuatkan Ustaz Abdul Somad Batubara bin Bakhtiar atau UAS cukup dikenali dan disayangi ramai baik di negara ini mahu pun negara kelahirannya.
Jika tahun lalu, ramai menzahirkan rasa terkejut mendengar berita perceraian rumahtangganya bersama Mellya Juniarti yang dibina 11 tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mizyan Hadziq Abdillah namun kini ruang isi hati pendakwa berusia 44 tahun ini sudah diisi oleh seorang gadis sunti berusia 19 tahun.
Media Indonesia berusaha mencari sosok tubuh bakal isterinya yang sangat cantik berketurunan Arab. Berasal dari Jawa Timur, Fatimah Az Zahra Salim Barabud yang lahir pada 1 Oktober 2001 dikatakan pelajar pondok pesantren berasal dari Desa Kepuhkembeng, Peterongon, Daerah Jombang Jawa Timur.
Hal ini sudah disahkan oleh Ketua Daerah Ketua Bahagian Bimbingan Komuniti Islam Pejabat Kemenag Jombang, Ustaz Ilham Rohim.
Majlis nikah kedua pasangan berbeza usia 24 tahun ini bakal diadakan pada Mei namun tiada tarikh dan lokasi nikah dinyatakan.
Media mula dapat menghidu hubungan ini semalam selepas beredarnya surat kebenaran nikah yang tertulis bakal pengantin lelaki adalah dirinya dan bersatus duda manakala di borang pengantin perempuan tertulis nama Fatimah Az Zahra berusia 19 tahun dan masih gadis. Malah dikatakan pasangan ini sudah membuat daftar perkahwinan pada 1 Mac lalu.
Kisah Ustaz Abdul Somad sering menjadi tumpuan kerana selepas bercerai dengan Mellya, UAS dikatakan bakal bernikah dengan personaliti popular Korea, Ayana Moon namun sehingga itu keduanya tidak memberi kenyataan secara terbuka.