Perginya di bulan Rejab, di Kota Madinah Al Munawwarah ketika menunaikan ibadah umrah. Mulianya pemergian insan ini. Aktivis Muslim Care Malaysia dan juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Norazli Musa, 52, meninggal dunia di Madinah pada 5.30 pagi waktu Malaysia atau 12.30 tengah malam, waktu tempatan pada tanggal 12 Mac.

Berita mengenai pemergiannya dimaklumkan ahli keluarga dan rakan yang turut bersamanya mengerjakan umrah di sana. Allahyarham yang turut dikenali sebagai Ustaz Azli Taliban ke Madinah sejak 2 Mac lalu untuk mengerjakan umrah bersama keluarganya selain bagi menghadiri konvokesyen anaknya di Universiti Madinah.

Ustaz Azli Taliban ‘Hati Kering’ Yang Sangat Berani, Buat Solat Jemaah Di Kaki Lima Di Tengah Bandar Beirut

“Sebelum berangkat, Allahyarham sempat mohon maaf kepada semua kenalan melalui media sosial dan mesej.

Ustaz Azli Taliban ‘Hati Kering’ Yang Sangat Berani, Buat Solat Jemaah Di Kaki Lima Di Tengah Bandar Beirut

Melalui catatan di laman Facebook Fakhrurrazi Hussin  lelaki ini berkongsi cerita tentang pengalamannya ketika bekerjasama dengan Allahyarham Ustaz Norazli.

CATATAN PENGALAMAN BERSAMA UST NORAZLI. Ustaz Norazli HATI KERING YANG SANGAT BERANI!!

Malam ini saya masih lagi teringat-ingat akan Al Marhum Ust Azli. Sangat beruntung!!.. Perginya ketika beribadah. Dalam keadaan istiqamah memperjuangkan Islam. Disolatkan ribuan orang. Disemadi di bumi Rasulullah..Pemergiannya didoakan ribuan orang. Hampir semua group whatsapp ustaz-ustaz mendoakan beliau.

Ustaz Azli Taliban ‘Hati Kering’ Yang Sangat Berani, Buat Solat Jemaah Di Kaki Lima Di Tengah Bandar Beirut

IKLAN

Sungguh saya cemburu..

PERNAH BERMUSAFIR BERSAMA

Saya tidaklah begitu rapat sangat-sangat dengan Ust Azli. Tetapi kalau jumpa boleh bersembang seperti anak dan ayah.. Pernah bermusafir bersama mengenal insan hebat ini di Syria dan pedalaman Sabah.

Saya mula kenal rapat Ust Azli ketika menuntut di Syria. Sebelum itu hanya kenal-kenal begitu sahaja. Seorang Ustaz lantang berjambang memimpin kepimpinan Pemuda PAS Pusat ketika itu. Ust Azli bersama rombongan pemuda datang ke Syria untuk membawa bantuan kemanusiaan ke kawasan pelarian Palestin di Lubnan.

Saya diamanahkan oleh pihak persatuan pelajar Malaysia untuk mengurus dan membawa rombongan ini ke Beirut. Memandangkan orang lain sedang sibuk dengan peperiksaan, saya dan sahabat saya Adnan Embee je yang agak free ketika itu terpaksa menerima amanah persatuan dalam keadaan saya belum pernah ke Lubnan. Pertama kali ke Lubnan diminta bawa rombongan. Cuak habis!!.

Masa tu Beirut tengah panas iklim politiknya. Sehari sebelum kami bertolak ada menteri tak silap saya menteri perindustrian Lubnan kena bom!. Kawan-kawan persatuan nasihatkan jangan masuk Lubnan. Bahaya!. Tapi rombongan pemuda tetap nak masuk.

IKLAN

Ramai kawan-kawan yang berpesan sebelum ke sana. Masuk sana jangan buat muka mutadayyin (watak kuat agama) sangat. Dengan maklumat itulah saya berpesan kepada ahli rombongan lebih-lebih lagi ketika sampai ke check point imegresen Lubnan. Jangan pakai kopiah. Buat muka pelancong. Ingat lagi Ust Dr Ustaz Riduan Mohd Nor bergurau dengan Ust Azli, enta kena potong janggut enta!, balas Ust Azli, mati pun ana tak potong!. Saya yang student ini hanya boleh tumpang gelak. ?

JANTUNG MACAM NAK PECAH BERDEGUP

Rupanya dia buat sungguh!. Dekat palang imegresen Lubnan. Dia pakai kopiah dan lurut-lurut janggutnya. Menunjuk-nunjuk pada anggota keselamatan yang menahan kereta kami. Jantung saya macam nak pecah berdegup. Sudahlahhh!!. Saya ingat lagi anggota keselamatan tu sebut “taliban!”. Ajaibnya kami dilepas dan diberi jalan!. Ust Azli dan rombongan pakat gelak ramai-ramai sebab anggota tu sebut taliban!!. Saya dalam hati macam nak menangis cuak!. Hati kering betul diorang ni!.

Tak habis di situ. Waktu tunggu wakil Hamas sampai di tempat teksi meletakkan kami tengah-tengah bandar Beirut. Waktu asar dah nak habis. Kami belum solat lagi. Intai masjid tak nampak. Tanya orang sekeliling tak tahu masjid kat mana. Akhirnya Ust Azli buat kering lagi. Jom solat atas kaki lima ni. Pakat buat jemaah di kaki lima tengah-tengah pusat bandar metropolitan Beirut. Bayangkanlah!!. Dengan janggut panjang berkopiah. Dia jadi imam. Berjemaah tengah bandar. Kotak-kotak barang bantuan kami susun banyak-banyak tepi kaki lima. Kami jadi tumpuan.

DITAHAN ANGGOTA POLIS

Habis solat, van polis sampai dengan anggota-anggotanya siap senjata nak tahan kami. Pegang tangan Ust Azli. Nasib baik dalam masa yang sama wakil Hamas sampai!. Ust Azli rilex saja. Senyum-senyum lagi. Adoiii!!..

IKLAN

Cerita sampai kami selamat ni panjang lagi. Ringkasnya rupanya ada orang tempatan curiga tengok kami bawa kotak banyak-banyak. Tempat tu pulak hari sebelumnya ada ugutan bom. Kena report. Cepat pulak anggota keselamatan dia sampai. Adoii!, mana kami tahu!.

Ustaz Azli Taliban ‘Hati Kering’ Yang Sangat Berani, Buat Solat Jemaah Di Kaki Lima Di Tengah Bandar Beirut

Cuma nak cerita beraninya Ust Azli ni. Tenang dan rilex sahaja apa situasi.

Almarhum juga suka sangat bergurau. Ingat lagi waktu kami bawa rombongan berjalan di Kota Lama Rom di Busra Syria. Ust Azli boleh main cak-cak dengan Ust Dr Riduan Mohd Nor dan Abg Zul Wahijan. Lari-lari celah dinding main cak-cak!!. Saya yang student ni macam “eh gini rupanya ukhuwah pimpinan-pimpinan pemuda ni ya”. Kat Malaysia kaki demo ceramah berapi. Kat sini macam budak-budak. Menambah respect saya. Ada comelnya disitu.. ??☺️

Panjang pulak menulis tengah malam ini.. Malam pertama beliau di alam barzakh.. Semoga penuh kebahagiaan menuai hasil jerih perjuangan wahai Ustaz.. Saya seperti terbayang beliau gelak-gelak di alam sana..☺️☺️☺️

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه.

Sumber kredit: Fakhrurrazi Hussin  dan memorikini.com

https://www.youtube.com/watch?v=fLF5PTR6NMA&t=15s

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI