Ustaz Kazim Akui Lepuh Di Mukanya Berkaitan Penyakit ‘Ain, Muka Berubah 50-70 Peratus Dari Wajah Asal

Share

Baru-baru ini kami kongsikan perihal kesihatan Dato Ustaz Kazim Elias (DUKE) yang dilihat mengenakan bedak sejuk di bahagian mukanya.

Dari perkongsian itu, Ustaz Kazim Elias memaklumkan bahagian mukanya agak panas dan terasa pedih. Bukan itu saja, ia meninggalkan lepuh-lepuh di seluruh mukanya selain bibirnya yang kemerah-merahan bertukar kehitaman.

Selang beberapa hari, sekali lagi dari perkongsian bersama Tik Tok @CaZs Production, Ustaz Kazim dilihat berkongsi keadaan wajah terkininya (tanpa penggunaan bedak sejuk) dengan Dai Ahmad Ibrahim.

Dapat dilihat mukanya kelihatan seakan melepuh (bertompok-tompok) bahkan memang jelas bahagian bibirnya agak kehitaman. Bukan saja wajahnya tapi juga di bawah dagunya turut dilihat tidak selicin kulitnya yang dahulu.

Jelas Ustaz Kazim dalam perkongsian itu, katanya inilah dia. Saya pun tak reti nak jawab macam mana. Jadi tuan-tuan boleh tengok sendirilah.

“Besarkan, inilah dia. Saya rasa mungkin berubah 50-70 peratus dari wajah saya yang asal. Nampak lainkan.

“Itu sajalah yang dapat saya bagitahu kalau orang tanya. Kesihatan saya. Tengok muka, inilah dia. Tengok dekat mata saya.Tengok hujung mata saya. Tengok bawah bibir saya, tengok bibir saya, habis jadi hitam.

“Saya pun berpendapat, penyakit yang saya hadapi ini pun ada kaitan dengan benda-benda yang berkaitan dengan ‘ain, Ustaz Ahmed’. Jadi sebab itu saya sedang buat rawatan. Insya Allah kalau tak sembuh juga rawatan-rawatan biasa nie, insya Allah saya kena mandi di sungai pada waktu Subuh untuk menyembuhkan penyakit ‘ain.

“Mungkin, saya rasa saya lebih terkena kepada penyakit ‘ain. Salah satu rawatan untuk penyakit áin ialah mandi di sungai pada waktu Subuh mengadap ke arah hulu sungai. Setiap hari selama beberapa hari kita buat, insya Allah.

BACA SINI :- DULU BERTONGKAT, KINI MUKA USTAZ KAZIM LEPUH-LEPUH DAN PEDIH. “MUNGKIN ORANG TAK BAGI KELUAR TV ATAU MEDIA SOSIAL KOT

Penyakit ‘ain ini bahaya tak?

Dalam perkongsian itu, Ustaz Kazim saat bercerita mengenai penyakit ‘ain berkata, Rasulullah SAW menyebut, di antara penyakit yang paling banyak membawa kematian ialah penyakit ‘ain. Yang paling cepat sekali mati. Mati bukan penyakit biasa seperti.

Saya nampak diri saya lebih kepada penyakit ‘ain. Penyakit kata, orang yang mempunyai hasad dengki. Jadi cukup bahaya. Jadi tuan-tuan, doakan saya. Insya Allah.

Apa dia penyakit ‘ain?

Penyakit ‘ain adalah disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat hasad dengki atau iri hati.

“Ia juga akibat rasa takjub terhadap apa yang dipandang walaupun tanpa sekelumit pun rasa iri hati, tidak kiralah sama ada daripada orang soleh atau orang yang dicintai sekalipun.

Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitab Fathul Bari pernah berkata bahawa: “Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.

Bahkan Rasulullah SAW bersabda: “Al-‘ain itu haq (benar).” (Sahih al-Bukhari). Ia bukan berkaitan sihir (sihir antara dengan syaitan) tapi ‘ain lebih kepada pandangan mata yang disertai hasad dengki.

Published by
almaswa Haji Che Ros