Ramai bersimpati dengan ujian menimpa Dato Ustaz Kazim Elias yang disihir semenjak 1997 lagi hingga kini. Banyaknya doa-doa termakbul, dirinya masih sihat dan mampu menyampaikan ceramah hingga ke hari ini.

Di sebalik ujian menimpa terutama selepas tularnya kisahnya menderita disihir, tular gambaran orang-orang menyihirnya yang dilukis oleh seorang individu  di akaun Tik Tok hingga mendapat tontonan 2.6 juta orang.

Di sebalik kejadian ini, Dato Ustaz Kazim Elias yang ditemui di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf sebentar tadi meminta agar lukisan gambaran itu dipadamkan kerana ia boleh mendatangkan fitnah.

“Saya dah minta pemiliknya padamkan gambaran dilukisnya itu. Tak boleh buat begitu kerana ia boleh mendatangkan fitnah. Masa sama perbuatan ini dilarang dalam agama. Bayangkan kalau orang mempercayainya dan membuat berbagai-bagai andaian bila melihatnya. Sebab itu saya minta ia dipadamkan.

Ads

“Isu saya disihir ini sudah lama, sejak 1997 lagi. Saya sudah reda melaluinya. Bukan saya alaminya tapi anak perempuan yang nombor empat juga kena. Sakit kepala 24 jam bila balik ke rumah. Tapi kalau duduk di kampus, sakit kepala itu hilang. Ke pakar dah, rawatan doktor pun dah. Nak kata migrain semua doktor sahkan tiada penyakit tu tapi sakit kepala sentiasa. Di tangannya sentiasa ada minyak angin,” kongsinya sambil menambah dirinya sendiri diuji dengan tidak boleh tidur.

Jelas Dato Ustaz Kazim lagi, setakat ini sudah 9 doktor termasuk pakar kulit ditemuinya dan semuanya mengesahkan dirinya tidak masalah kulit.

“Sebab itulah saya tak setuju dengan pandangan seorang doktor yang mengatakan saya terkena eczema. Jumpa dan rawat saya pun tak pernah, bagaimana tengok dari gambar saja dah cakap ianya eczema. Saya dah jumpa 9 doktor termasuk pakar dan tiada pula mengatakan itu eczema.

Ads

Tambahnya lagi, dirinya sentiasa berpesan pada anak-anak agar terus kuat dalam melalui ujian kehidupan ini.

“Sebab itu, walau sakit saya suka kalau dapat undangan ceramah. Bila dapat pegang mic terus semua masalah dan kesakitan saya hilang. Lagi satu paling penting saya dapat tidur semasa perjalanan. Itulah tidur saya paling lena. Kalau di rumah saya tak dapat lelapkan mata langsung,” katanya yang kelihatan agak sihat.

Ads

Begitu gembira dengan kerja-kerja dakwahnya, Dato Ustaz Kazim Elias yang membuka Pusat Pendidikan Al-Barakah di kawasan kediamannya memaklumkan setakat ini ada lebih kurang 200 warga emas menetap di situ.

“Untuk menampung keperluan warga emas ini, lebih kurang RM200,000 diperlukan dalam sebulan termasuk bil utility, makan minum, perubatan. Dari duit-duit ceramah inilah digunakan untuk membiayai pondok wakaf ini untuk mereka belajar ilmu agama. Sebab itulah saya begitu bersemangat untuk berceramah untuk membiayai mereka. Masa yang sama kalau ada yang ingin memberi sumbangan wakaf amat dialu-alukan.

Bagi yang ingin berwakaf boleh salurkan ke akaun Maybank atau nama Pusat Pendidikan Al Barakah di akaun 569972050503 atau CIMB 8601222121.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI