Islam mengharuskan umatnya berniaga tapi mestilah mematuhi etika jual beli dan berlaku jujur. Namun begitu tak dinafikan kerana mahu meraih keuntungan ada yang sanggup melakukan perkara yang bercanggah dengan agama.
Antaranya menggunakan ilmu ‘pelaris’. Meski kita sudah berada di tahun 2024 hakikatnya ada yang menggunakan azimat, tangkal mahupun jin untuk memastikan perniagaan terutama restoren dikunjungi ramai.
Dalam hal ini Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan meletakkan benda-benda fizikal sebagai pelaris contoh menabur beras, syiling, garam dan sebagainya bagi menarik pelanggan serta melariskan perniagaan adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Hal ini kerana pergantungan seseorang akan beralih kepada pelaris, bukannya kepada Allah SWT, ia adalah satu amalan khurafat yang boleh membawa kepada mensyirikkan dan menyekutukan Allah.
Ia termasuk juga penggunaan tangkal. Sesungguhnya Islam melarang sebarang penggunaan tangkal. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud R.A., Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan ‘tiwalah’ itu adalah syirik.
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh ‘Uqbah bin ‘Amir, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Siapa yang menggantungkan tangkal, nescaya Allah SWT tidak akan selamatkannya dari tangkal itu. Dan siapa yang memakai azimat, nescaya Allah SWT tidak sempurnakan azimat itu.
Tanda kedai makan guna ilmu pelaris
Akan tetapi tak mustahil juga kita sendiri mungkin pernah berkunjung ke restoren ini. Supaya tidak ‘termakan’ di kedai atau restoren seperti ini seorang ustaz dari Pusat Rawatan Al Idrus berkongsi tanda-tanda sesebuah kedai menggunakan ilmu pelaris.
Kesan makan makanan ‘berpelaris’
Hari ini ustaz Shafiq nak share tanda-tanda kedai ada pelaris. Hal ini sangat penting terutama bagi mereka yang suka makan di luar. Ini kerana kesan dari memakan makanan yang berpelaris akan menyebabkan kesihatan dan ibadah kita akan terganggu.
Kenapa begini? Kerana selalunya jin pelaris akan meludah dan menjilat makanan kita. Sudah pastilah makanan itu kotor. Dari pandangan mata zahir kita tak nampak. Namun bagi yang boleh melihat, sudah pasti sangat jijik
Kenapa pakai pelaris?
Itulah kepercayaan mereka untuk mengaut keuntungan dan memastikan pelanggan berselera tanpa mengira batas keimanan demi dunia yang sementara ini.
Dari mana mereka dapat pelaris? Selalunya mengikut pengalaman pesakit ustaz, kebanyakan dari negara jiran. Mereka menyediakan lagi bahan-bahan dan kaedah untuk buat pelaris.
Selalu bahan apa digunakan? Ada pelbagai bahan yang mereka gunakan. Antaranya tangkal di gantung, dimasukkan serbuk khusus dalam makanan, dan yang paling jijik ada yang gunakan seluar dalam dan baju dalam dimasukan dalam sup atau gulai.
Bagaimana nak terhindar dari jin pelaris?
Ada cara sebenarnya, ustaz share kaedah dan petuanya;
1. Melangkah kedalam kedai dengan memberi salam dan membaca bismillah 5. Jika ada pelaris kamu pasti akan merasakan makanan tak sedap sehingga melihat pun nampak jijik. Padahal orang lain makan berselera( inilah ilmu rasa yang Allah kurniakan bagi mereka yang beriman )
2. Membaca bismillah 5 sebelum makan dan tiup dalam makanan atau minuman. Selalunya jika ada pelaris makanan atau gelas itu akan tunjukkan hal pelik. Salah satunya berasap dalam gelas.
Sumber: Pusat Rawatan Al Idrus & Mstar
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI