Kita sudah terbiasa menyebut Waalaikumussalam setiap kali kawan memaklumkan ada orang memberi salam kepada kita.  Waalaikumussalam bermaksud “segala sejahtera ke atas kamu”.

Namun Waalaikumussalam ternyata  bukanlah perkataan tepat cara menjawab salam yang disampaikan kepada kita sebaliknya ia perlu dijawab lain dan masa yang sama kita perlu tahu sama ada lelaki atau perempuan yang menyampaikan salam kepada kita.

Dari satu perkongsian di Tik Tok @hafiiz_hussin, Ustaz ini berkongsi cara menjawab salam yang betul setiap kali orang menyampaikan salam kepada kita.

Menurut Ustaz Hafiiz, kita kena tahu siapa yang menyampaikan salam kepada kita. Lelaki atau perempuan?

Kalau lelaki, kita seharusnya menjawab”Alaika Waalaihissalam” yang bermaksud Alaika (ke atasmu (lelaki) dan Waalaihissalam (dan ke atasnya salam sejahtera).

IKLAN

Katanya lagi, ramai yang menjawab Waalaikumussalam setiap kali orang berkirim salam namun cara menjawab itu salah (kurang tepat).

“Mungkin ramai yang tak tahukan cara yang sebetulnya kita nak jawab salam orang yang kirim salam pada kita,” katanya menambah kalau orang yang berkirim salam itu lelaki dan yang menyampaikan salam itu juga adalah lelaki, maka cara jawabnya ialah ”Alaika Waalaihissalam”.

IKLAN

“Tapi kalau yang menyampaikan itu adalah perempuan maka cara jawabnya adalah “Alaiki Waalaihissalam”. Alaiki bermaksud ke atasmu (perempuan) dan Alaihassalam (dan ke atasnya perempuan salam sejahtera)

“Bezanya pada “ka” bagi lelaki dan “ki” bagi perempuan.

IKLAN

Seterusnya kalau yang menyampaikan salam itu juga perempuan maka kata Ustaz Hafiiz cara jawabnya ialah “Alaiki Waalaihissalam”. Dan kalau yang berkirim salam itu adalah perempuan dan yang menyampaikan salam itu adalah lelaki maka cara jawabnya adalah “Alaika Waalaihassalam”.

“Jadi bezanya di sini adalah “Alaika” untuk lelaki dan “Alaiki” untuk perempuan. Dan kalau yang berkirim salam itu adalah lelaki akan jadi “Alaihissalam”. Kalau perempuan akan jadi “Alaihassalam”.

Bagaimana pun jawapan Waalaikumusalam itu tidaklah salah tapi ia merujuk kepada ramai.

https://www.tiktok.com/@hafiiz_hussin/video/7013658131183963418?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI