Sebelum ini Dato’ Ustaz Kazim Elias ada berkongsi pengalaman dirinya disihir bila mana dirinya terjumpa abu gambarnya yang dibakar sehingga kakinya membengkak selepas terlangkah abu berkenaan.
Baru baik dari tidak menggunakan tongkat, baru ini sekali lagi Ustaz Kazim memperlihatkan mukanya yang seakan melepuh angkara “ain (pandangan mata) yang mana keadah rawatannya perlu mandi di hulu sungai mengadap matahari bagi membuang sihir berkenaan.
Hal ini mendapat perhatian dari Ustaz Wadi Anuar yang ada menziarahi Ustaz Kazim di rumahnya. Menurut penceramah terkenal ini, ketika berbual-bual itu, Ustaz Kazim menjelaskan sebab kenapa dirinya disihir. Ini bukan kali pertama, tapi sudah lima kali.
Perkongsian Ustaz Wadi ini dikongsikan di Tik Tok atas nama @bijakmentari. Perbuatan sihir sebenarnya sudah wujud ketika Rasulullah masih hidup di mana kekasih Allah yang maksud ini sendiri pernah disihir oleh seorang Yahudi bernama Labid bin Aksam dari Bani Zuraiq.
Ahli sihir ini telah mencuri sikat rambut Nabi SAW beserta rambut yang terdapat pada sikat berkenaan sebelum membuat satu patung menyerupai Nabi daripada lilin, lalu ditikam dengan sebelas bilah jarum dan disimpul dengan sebelas ikatan. Maka dicampakkan ke dalam telaga keluarga Zarwan di mana telaga Nabi SAW selalu mandi.
Maka setelah Nabi SAW mandi di telaga tersebut, ditakdirkan, baginda terkena sihir selama 40 hari. Inilah disebut Ilmu santau yang banyak di gunakan oleh bomoh-bomoh pada hari ini.
Dalam perkongsian ini, Ustaz Wadi menjelaskan, dirinya ada menziarahi Ustaz Kazim.
“Bila saya ziarah Ustaz Kazim yang disihir kali ke lima, saya pergi terus ke rumah dia.
Saya tanya dia, “Ustaz agak kenapa orang sihir Ustaz?
Ads
Dia kata “sebab saya tegur orang”
Dan dia kata kat saya hati-hati sebab ustaz pun banyak tegur orang. Dan saya rasa benda tu tak jauh. Memang saya pernah hadapi. Saya ada tegur orang, memang orang marah saya betul-betul.
“Macam baru ini saya ada tegur tentang suami-suami yang tidak memberikan nafkah kepada para isteri. Orang marah saya. Sebahagianlah. Daripada sejuta, ada 10 orang.
Katanya “Ustaz tahu tak ada video Ustaz membuatkan kami bergaduh, nie dah seminggu kami bergaduh. Isteri saya ungkit macam-macam.
Saya kata memang tak bagi nafkahkah?
Dia jawab, bukan tak bagi, kurang. Katanya lagi,pikiaq guna otak la sikit Ustaz, nak cakap tu, bukan semua orang berkemampuan nak bagi nafkah kat isteri. Ustaz cakap macam nie, kami dah bercerai ni. Siapa dia nak tanggung,” katanya orang itu.
Ads
Tambah Ustaz Wadi, Nabi pernah sebut.
“Cukuplah dosa seorang suami yang mengabaikan nafkah ke atas isterinya. Yang tu pun dah besar Nabi kata. Dah membuatkan seseorang suami yang mendirikan qiam 1000 rakaat, untuk masuk neraka bila dia abaikan isteri dia. Itulah pentingnya beri nafkah pada isteri. Kalau tak boleh masuk neraka,” jelasnya.
Cabaran dakwah masa akan datang, dimarahi orang islam sendiri
Dalam pada itu, Ustaz Wadi turut menjelaskan, cabaran berdakwah pada masa akan datang berbeza dan menyedihkan bila yang menegur itu, orang islam sendiri.
“Bila ramai dengar kamu, rupanya di belakang sana yang dengar kita pelbagai latar belakang. Ada yang sangat menyayangi kita dan ada yang sangat membenci kita. Bila dah ceramah saya tersebar ke merata-rata dalam Malaysia nie, kumpulan yang kedua telefon saya.
Ads
“Ustaz, kalau Ustaz nak cakap, tolong bercakap benda yang masuk akal.
“Dia kata dia itu islam. Saya islam Ustaz, saya beriman dengan rukun iman yang ke-6 tapi bila Ustaz cakap terlalu merapu, Nabi naik ke langit, naik buraq, pergi syurga, pergi tengok neraka, kami malu Ustaz.
“Cerita-cerita macam ini, kami malu dengan kawan-kawan kami yang belum islam. Lama dia bersembang, dia ajak kawan-kawan dia pulak untuk nasihatkan saya. Jangan cerita benda-benda yang luar daripada akal.
“Nabi mendengar batu dan pokok memberi salam. Dia kata, jangan lebih-lebih Ustaz.
“Batu mana boleh bercakap Ustaz? Ustaz tunjuk kat saya kejap. Ustaz batu mana bercakap.
“Tuan-tuan, ini bukan di Russia tau, ini di Malaysia. Telefon bertalu-talu. Bagi tahu supaya saya cakap ajaran Islam yang sebenar. Aik, ajaran Islam yang sebenar mana pulak dah, jenuh saya nak cari.
Perkembangan teknologi digital hari ini membuka ruang lebih luas untuk kita menambah ilmu. Ini termasuklah belajar membaca al-Quran menerusi internet atau aplikasi khas yang dicipta.
Sejauh manakah dibolehkan kita belajar membacanya melalui internet? Apakah hukumnya? Kita dapatkan penjelasan ustaz Azhar Idrus dalam hal ini. Ramai juga yang belajar tanpa guru sebenar.
Adakah kalau kita hendak belajar baca al-Quran mesti talaqi dengan guru?
Adakah boleh kalau belajar baca quran melalui internet?
JAWAPAN :
Belajar membaca al-Quran sangatlah dituntut oleh agama kerana orang yang belajar akan dapat membacanya dan mencapai ganjaran yang disediakan bagi orang-orang yang membacanya sebagaimana dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi ﷺ
Sekali pun di zaman sekarang ada kemudahan belajar daripada internet dan yang seumpamanya namun begitu pembelajaran yang terbaik ialah dengan bertalaqi dengan guru kerana murid dapat memperdengarkan bacaannya kepada guru supaya disahkan dan diperbetulkan mana yang kurang dan mana yang salah.
Guru yang mengajar pada zaman sekarang sangatlah ramai dan mudah didapati oleh kerana itu sebaiknya jangan hanya memadai belajar dari internet walau pun tidak diapat dinafikan melalui internet juga dapat diperolehi ilmu-ilmu tentang membaca Quran.
Berkata Syeikh Nuh Ali Sulaiman :
“Pusat belajar al-Quran sudah banyak di negeri kita sekarang Alhamdulillah dan seperti itu juga orang-orang yang mengajar akan al-Quran. Maka apabila pergi seseorang kepada salah seorang qari nescaya memungkinkan dia insyaAllah belajar akan al-Quran lalu dapatlah dia mengenal bagaimana membaca al-Quran dengan bacaan yang sahih dan dapat mengenali bagaimana cara menghafal al-Quran bagi yang mahu menghafalnya di dalam hati”
Dan perkara yang pentingnya ialah kitab Allah ini memerlukan belajar secara talaqi ertinya mendengar dari bacaan segala qari supaya mengenal ia akan lafaz yang sahih bagi setiap kalimah.
Dan barang siapa yang sukar baginya yang demikian itu bolehlah dia belajar dengan mushaf sambil mendengar kepada rakaman bacaan para qari membaca ayat al-Quran yang sempurna dengan suara mereka.
Dan sungguhnya Allah telah memudahkan bacaan dari dulu sampai sekarang sebagai menyempurnakan janji-Nya di dalam al-Quran sekira-kira berfirman Allah:
“Dan sungguhnya Kami telah mudahkan akan al-Quran itu bagi ingatan maka adakah yang mengambil iktibar?” Surah al-Qamar : Ayat 17
KESIMPULAN
Belajar membaca kitab Allah yang paling baik ialah dengan cara bertalaqi dengan guru kerana murid dapat mendengar bacaan guru dan murid dapat memperdengarkan bacaannya kepada guru supaya disahkan oleh guru adakah bacaan murid itu sahih atau sebaliknya.
Ada pun belajar dengan internet atau dari rakaman maka murid hanya boleh mendengar bacaan guru tetapi guru tidak boleh mengesahkan bacaan murid sama ada sahih atau sebaliknya.
Bagi mereka yang belum lagi ada kemudahan belajar dengan guru maka elok dia belajar dulu mendengar bacaan-bacaan yang sahih yang diperdengarkan di dalam internet atau yang seumpamanya dan apabila bertemu dengan guru hendaklah dia baca segala bacaan yang telah dia pelajari melalui internet atau rakamannya dahulu supaya diperbetulkan jika ada salah silapnya.
Setiap dari kita baik perempuan atau lelaki tidak terlepas dari mengalami masalah kenaikan berat badan. Jika berat badan berlebihan akan menyukarkan kita untuk melakukan pelbagai aktiviti dan salah satunya adalah menunaikan solat.
Namun itu bukan penghalang untuk kita tidak melakukan suruhan Allah yang wajib ini. Banyak cara untuk kurus dan paling senang adalah dengan menjaga pemakanan.
Seperti satu perkongsian di laman sosial twitter menggunakan akaun @FoodViralMY, yang memberi idea makanan untuk wanita berpantang. Tetapi juga untuk mereka yang nak kurus atau dalam proses diet juga sangat digalakkan.
Ini kerana makanan yang disajikan tidak berminak dan menggunakan konsep bakar, rebus dan goreng tanpa minyak. Paling penting disekalikan dengan buah-buahan dan salah satu kurma.
Tapi semua menu ini juga sesuai untuk orang yang nak kuruskan badan
Makanan disajikan buat terliur dan sesuai untuk orang diet
Ini 19 menu yang dikongsi:
Menu lain
Mesti disertakan dengan sayur dan ikan bakar atau rebus
Buah-buahan juga tak tinggal, salah satu kurma
Ayam dan ikan bakar juga sesuai dijadikan menu untuk yang nak diet
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tanggal 17 September lalu menjadi tanggal penuh bersejarah buat keluarga ini apabila menerima kehadiran Islam sebagai agama baru mereka. Siapa sangka hidayah Allah itu akhirnya jadi milik insan yang memang dikehendakiNya.
Jika memang itu yang sudah tertulis di lukh mahfuz, siapa kita mahu menolaknya. Beruntungnya keluarga ini apabila mereka sekeluarga dengan rela hati menerima Islam sebagai agama baru.
Dalam satu posting di muat naik di Facebook Muallaf Rawang memberitahu pengislaman Muhammad Khalid Marcus Wong dan keluarganya ini telah dilakukan di Pejabat Agama Selayang.
Assalamualaikum wbt dan Salam Jumaat kepada semua rakan muka buku.. #Throwback
Admin ingin merakamkan tahniah kepada saudara baru Muhamad Khalid Marcus Wong Dan sekeluarga kerana telah kembali ke agama fitrah, ISLAM .
Beliau Dan sekeluarga yg lahir dalam keluarga bukan Islam begitu tertarik Dan tercari2 akan pengertian Islam dalam agama.
Beliau tidak pernah lekang untuk mengikuti page muallaf rawang untuk mendapat lanjutan aktiviti2 yg muallaf lakukan Dan ikuti.
Alhamdulillah, pada tangga 17 September, 2019, beliau sekeluarga nekad Dan telah mengambil keputusan untuk mendekatkan diri kepada Islam sekaligus melafazkan dua kalimah syahadah. Dengan bantuan ustaz Amir Ng, beliau sekeluarga telah melafazkan dua kalimah syahadah di pejabat agama Selayang.
Semoga beliau sekeluarga dirahmati Dan diberkati Allah. Terus kan perjuangan Dan sentiasa beristiqomah ke arah kebaikan Dan Jalan diredhai Allah SWT.
Insha allah.. Amin
Netizen yang turut mengikuti page ini juga turut mengucapkan tahniah atas pengislaman keluarga ini yang dianggap beruntung kerana menerima hidayah Allah Maha Besar.
Mohamad ZunaidiAlhamdulillah..semoga Allah memberkati kita semua