Beriman kepada hari akhirat merupakan salah satu rukun dari rukun iman. Kiamat akan terjadi selepas kesemua tanda-tanda muncul dan Allah memerintah kepada Malaikat untuk meniup sangkakala yang akan mematikan seluruh makhluk.
Tiupan sangkakala ini telah dinyatakan di dalam al-Quran melalui firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah – gerun gementar – makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah; dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh. Surah al-Naml (87).
Saat manusia dikumpulkan di Padang Masyhar, masanya sangat panjang dan ramai manusia berkeluh kisah menanti masa di hadapan Allah taala.
Diceritakan, ramai manusia merayu merintih kepada Allah SWT untuk memberi mereka peluang kembali ke dunia untuk memperbaiki keimanan dan melakukan amal soleh seperti digambarkan di dalam Al-Quran.
Ads
Allah SWT berfirman (yang bermaksud):
“Dan (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, mereka berkata: Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ( ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh, Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin”. (As-Sajadah: 12).
Di sebalik berbilion manusia dikumpulkan di Padang Masyhar, dalam keadaan matahari sejengkal di atas kepala lalu cara bagaimana Nabi Muhammad yang memberi syafaat mampu kenal kepada umatnya?
Ads
Jelas Ustaz Wadi Anuar, satu cara Nabi kenal umat ialah melalui tanda putih bercahaya pada wajah, kaki dan tangan yang merupakan anggota yang terkena air wuduk. Cahaya inilah yang membezakan antara satu manusia dengan manusia yang lain.
Dalam satu hadith dinyatakan,
Maksud: “Aku berharap bahawa kalian boleh melihat saudara-saudara kalian.” Mereka (para sahabat) berkata: “Bukankah kami adalah saudara-saudaramu, wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Kalian adalahsahabat-sahabatku, saudara-saudara kamu adalah mereka yang belum datang (lahir) saat ini.” Mereka berkata: “Bagaimana engkau mengetahui orang yang belum ada saat ini, wahai Rasulullah?”
Ads
Baginda kemudian menjawab: “Tidakkah engkau melihat, jika seseorang memiliki kuda bertanda putih pada muka dan kaki-kakinya berada di antara kuda-kuda hitam pekat, bukankah ia boleh mengenali kudanya?” Mereka kemudian mengiyakan. Lalu Baginda menyambung lagi: “Mereka akan datang dengan wajah putih bersinar dan kaki serta tangan yang bercahaya pada bahagian air wuduk. Aku akan menunggu mereka di telaga.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 249).
Jumhur ulama seperti Imam Nawawi juga menyebutkan bahawa anggota badan yang berwuduk akan mengeluarkan cahaya dan cahaya inilah yang akan menyebabkan Baginda mengenalinya.
Namun untuk mendapatkan cahaya keputihan itu, setiap kali mengangkat wuduk, kita mesti melebihkan anggota yang dibasuh.
Kata Ustaz Wadi, misalannya basuh tangan, naikkan sedikit atas dari paras siku dan lain-lain anggota. Inilah salah satu cara Nabi kenal kita sebagai umatnya.
Sumber video : Tik Tok @NurulSheila Zainalabidin
Semalam merupakan Sambutan Maulidur Rasul untuk junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Ramai yang menititpkan ucapan dan berselawat kepada baginda Rasulullah.
Salah seorangnya adalah penyanyi Datin Alyah turul berkongsi tentang kebesaran Yang Maha Esa dan keperibadian baginda Rasulullah menerusi akaun Instagram miliknya.
“Membaca kisah Beliau Membuat saya berfikir tentang kebesaran Allah swt.Insan yg terpuji dari segala pekara.
“Dialah utusan Allah swt & Dialah kekasih Allah swt…
“Terima kasih ya Allah swt kau kirimkan seorng insan yg sempurna cara hidupnya,Didikannya,Sunnahnya,tutur katanya dan segala galanya utk kita teladani juga menginsafi…
Masuk waktu tengah hari mata mulalah mengantuk tapi kebiasaannya kita tak melayan perasaan ini kerana perut mahu diisi juga pada waktu ini.
Tapi sebenarnya sangatlah elok kalau kita tidur sebentar sebelum masuk waktu Zohor atau pun dipanggil qailullah. Tak perlu lama antara 10-30 minit saja. Waktu rehat ini banyak manfaatnya malah dinyatakan dalam al-Quran sendiri.
Sabda Rasulullah SAW:
Riwayat ai-Tabrani:
“Lakukanlah Qailullah kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailullah.”
Hadis juga ada menyebut:
“Syaitan tidak melakukan Qailullah, oleh itu orang-orang mukmin yang melakukan Qailullah atau tidur sejenak sebelum Zohor selama 10 hingga 40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.”
Kebaikan Qailullah
1. Satu minit Qailullah bersamaan 45 minit waktu tidur malam
Qailulah (القيلولة) bermaksud tidur sebentar pada pertengahan siang hari selama 10 hingga 30 minit sebelum masuknya waktu solat Zohor. 1 minit Qailullah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur pada waktu malam.
2. Memudahkan untuk bangun malam
Qailullah pada waktu tengah hari memudahkan untuk bangun malam dan berqiamulail. Tidur sebentar ini bukan sahaja dapat memperbetulkan kualiti tidur seseorang malah ia memberi kesegaran yang sama seperti sebelum tidur malam, pada tahap neuro-kognitif.
3. Rehat selama enam hingga lapan jam
Menurut kajian, setelah berjaga selama 6 hingga 8 jam, manusia perlu berehat. Kebiasaannya sebagai umat Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat Subuh. Jika dikira dari waktu Subuh hingga jam 12 tengah hari, ia sudah cukup 7 hingga 8 jam kita berjaga. Jadi, Qailullah amat sesuai dengan fitrah tubuh manusia.
4. Lebih cergas selepas bangun tidur
Menurut pengamal Qailullah, selepas bangun dari Qailullah, mungkin akan terasa pening sedikit selama 5 hingga 20 minit. Namun selepas itu, berlaku perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.
Walau bagaimanapun ada waktu-waktu yang dilarang untuk tidur iaitu Hailulah dan Ailulah. Hailulah adalah tidur sehabis solah Subuh. Tidur selepas Subuh dilarang kerana ia boleh menyekat rezeki yang Allah turunkan pada pagi hari.
Ailulah pula tidur selepas melaksanakan solat Asar. Waktu ini dilarang kerana ia ‘menghadirkan’ pelbagai jenis penyakit seperti gila, sesak nafas, gelisah dan murung.
Oleh itu bagi mengekalkan kesegaran sepanjang hari, amalkan Qailullah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tahukah kamu? Ada sebuah kota yang dijamin penduduknya tak boleh terjangkit wabak penyakit berkat doaRasulullah SAW. Kota apa agaknya?
Kota itu adalah Madinah Almunawarah yang dulunya bernama Yatsrib. Dalam kenyataan sejarah, Yatsrib adalah sebuah kota yang mudah sekali terserang wabak.
Keadaan ketika itu kemungkinan disebabkan lingkungan-lingkungannya yang tidak bersih, suhu udara yang tidak sihat, dan air bersih yang sukar didapati.
Daerah kumuh yang suhu udaranya tidak stabil serta sulit mendapatkan air bersih, tentunya akan sangat mudah terkena wabak penyakit.
Namun, wabak penyakit yang dijamin Rasulullah tidak akan berjangkit kota suci Madinah adalah wabak tha’un, iaitu sejenis bengkak yang ditimbulkan oleh aliran darah yang melebihi paras normal, atau tersumbatnya aliran darah itu.
Jika hal ini terjadi pada salah satu anggota badan maka anggota badan itu akan rosak dan tidak berfungsi. Ada yang mendakwa bahawa wabak tha’un ini adalah wabak yang disertai dengan gangguan jin.
Adapun virus-virus ringan yang disebabkan kerana secara ekstrem kurang menjaga kebersihan atau imunitas tubuh terganggu, ini boleh saja terjadi di tempat manapun. Termasuk di Kota Madinah Almunawarah.
Namun, sampai saat ini di Kota Madinah belum pernah ada kejadian yang menewaskan puluhan atau ratusan penduduknya kerana wabak seperti tha’un.
Hal ini menjadi bukti kemukjizatan doa Rasulullah seperti yang disebutkan dalam riwayat berikut:
” Sesungguhnya Kota Madinah itu dipagari oleh para malaikat, di setiap jalan masuknya terdapat dua malaikat yang menjaganya. Tidak masuk di dalamnya wabah tha’un dan tidak juga Dajjal.” (HR. Bukhari dan Imam Ahmad)
Beberapa riwayat lain menceritakan tentang doa Rasulullah SAW setelah hijrah ke Madinah. Bagindamemohon kepada Allah agar Kota Madinah terbebas dari wabah tha’un dan kelak dilindungi dari Dajjal, yakni makhluk yang kemunculannya menjadi salah satu tanda dekatnya hari kiamat.
Wallahualam
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai dalam kalangan lelaki yang memilih untuk berambut panjang. Tiada masalah tentang hal ini namun perlu diingat ketika solat rambut tersebut sebaiknya dilepaskan dan...