Subhanallah Alhamdulillah, kedatangan Ramadan membawa rahmat dan keampunan yang tidak terhingga oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
Betapa cepatnya masa berlalu, sedar atau tidak, kita telah memasuki fasa terakhir di bulan Ramadan.
Antara ganjaran yang Allah SWT janjikan ialah keampunan, dibukakan pintu-pintu Syurga, dibebaskan daripada Neraka, dimakbulkan doa dan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar.
Firman Allah SWT:
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكّٰٮهَا﴿9﴾ وَقَدۡ خَابَ مَن دَسّٰٮهَا﴿10﴾
Terjemahannya: “Sesungguhnya berjayalah bagi orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih supaya bertambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya rugilah bagi orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih tetapi susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).”
(Surah al-Syams: 9 dan 10)
Walau bagaimanapun, sungguh masih ramai yang tidak merasakan apa-apa dengan keberadaannya di bulan Ramadan ini.
Amatlah rugi bagi mereka yang berpeluang bertemu dengan Ramadan, tetapi tidak memperoleh keampunan daripada Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم صَعِدَ الْمِنْبَرَ فَقَالَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنَّكَ صَعِدْتَ الْمِنْبَرَ فَقُلْتَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ فَقَالَ إِنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ
Maksudnya: “Ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda: “Amin, Amin, Amin (sebanyak 3 kali).” Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin, amin.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril a.s. telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Jibril berkata: Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin.”
(HR Ibnu Hibban. Status Hadis: Sahih)
Antara golongan yang dikategorikan sebagai orang yang rugi dalam bulan Ramadan:
Daripada Abi Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda:
السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ فَلَا تَدَعُوهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ
Maksudnya: “Makan sahur itu berkat, maka janganlah kalian tinggalkan meskipun salah seorang daripada kalian hanya minum seteguk air, kerana sesungguhnya Allah 'azza wajalla dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur.”
(HR Ahmad. Status Hadis: Sahih)
Seterusnya, daripada Amru bin al-‘As, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ
Maksudnya: “Perbezaan antara puasa kita dengan puasanya Ahli Kitab (Yahudi atau Nasrani) adalah makan sahur.”
(HR Muslim. Status Hadis: Sahih)
Firman Allah SWT:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا
Terjemahannya: “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajud sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
(Surah al-Isra’: 79)
Manakala hadis daripada Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: “Sesiapa yang melakukan qiam (mendirikan) Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu.”
(HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a.:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ
Maksudnya: “Nabi SAW merupakan orang yang paling pemurah dengan kebaikan dan sifat pemurahnya semakin memuncak dalam bulan Ramadan, ketika Jibril menemui Baginda.”
(HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)
Selain itu, hadis daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(HR al-Tirmizi. Status Hadis: Hasan Sahih)
4. MELAKUKAN PEMBAZIRAN KETIKA BERBUKA PUASA
Firman Allah SWT:
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوْٓا إِخْوَانَ الشَّيٰطِينِ ۗوَكَانَ الشَّيْطٰنُ لِرَبِّهٖ كَفُورًا
Terjemahannya: “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya.”
(Surah al-Isra’: 27)
5. MENUNGGU WAKTU BERBUKA PUASA TANPA BERDOA
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a. berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ
Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka, doa yang tidak akan ditolak.”
(HR Ibnu Majah. Status Hadis: Hasan)
Terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: اَلْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
Maksudnya: “Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak iaitu pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi.”
(HR Ibnu Majah. Status Hadis: Hasan)
6. TIDAK MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA SETELAH MASUK WAKTUNYA
Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Sahl bin Sa’ad r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الفِطْرَ
Maksudnya: “Manusia itu akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagimana mereka mempercepatkan berbuka puasa.”
(HR al-Bukhari dan Muslim. Status Hadis: Sahih)
7. TIDAK MENJAGA LISAN DAN PERBUATAN
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW:
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلّٰهِ حَاجَةٌ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَه
Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya.”
(HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)
Dalam sebuah hadis yang lain ada menyebut, Abu Hurairah r.a. menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda:
قَالَ اللَّه عَزَّ وَجَلَّ: كُلُّ عملِ ابْنِ آدَم لَهُ إِلاَّ الصِّيَام، فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ. وَالصِّيَام جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَصْخَبْ، فَإِنْ سابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ، فَلْيقُلْ: إِنِّي صَائمٌ
Maksudnya: “Allah berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah untuk diri mereka kecuali puasa. Sesungguhnya ia untuk Ku dan Aku yang akan membalasnya. Puasa itu perisai. Seandainya seseorang berpuasa pada suatu hari, janganlah dia berkata perkataan yang kotor dan meninggikan suara. Seandainya seseorang mencelanya atau mengajaknya bergaduh, katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa.”
(HR Ibnu Hibban. Status Hadis: Hasan)
8. TIDAK MEMBACA ATAU MENDENGAR BACAAN AL-QURAN
Nabi Muhammad SAW bersabda:
الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ
Maksudnya: “Puasa dan al-Quran kelak pada hari kiamat akan memberi syafaat kepada seorang hamba. Puasa berkata, “Duhai Rabb, aku telah menahannya daripada makan dan nafsu syahwat di siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya.” Dan al-Quran juga berkata, “Aku telah menahannya daripada tidur di malam hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya.” Baginda melanjutkan sabdanya: “Maka mereka berdua (puasa dan al-Quran) pun akhirnya memberi syafaat kepadanya.”
(HR Ahmad. Status Hadis: Hasan)
Begitu juga dengan hadis yang lain, Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ
Maksudnya: “Tidaklah sekelompok orang berkumpul di suatu masjid (rumah Allah) untuk membaca (bertadarus) al-Quran, melainkan mereka akan diliputi ketenangan, rahmat dan dikelilingi para malaikat, serta Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya.”
(HR Muslim. Status Hadis: Sahih)
9. MENINGGALKAN SOLAT SUNAT TARAWIH
Nabi SAW bersabda:
إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (bersolat tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang qiam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam).” (HR al-Tirmizi. Status Hadis: Hasan Sahih)
10. MENINGGALKAN SOLAT SUNAT WITIR
Nabi SAW pernah mewasiatkan kepada Abu Hurairah r.a. untuk melazimi solat sunat witir sebelum beliau melelapkan mata. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Abu Hurairah r.a.:
أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Maksudnya: “Kekasihku (iaitu Muhammad SAW) mengingatkanku supaya melakukan tiga perkara iaitu berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat dhuha dan melakukan solat witir sebelum tidur.” (HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)
Begitu juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Jabir r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ خَافَ أَنْ لاَ يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ
Maksudnya: “Sesiapa yang takut tidak terbangun pada saat akhir malam, dia hendaklah bersolat witir lebih awal, dan sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk bangun pada akhir malam dia hendaklah bersolat witir pada akhir malam. Sesungguhnya solat pada akhir malam disaksikan (dihadiri oleh para malaikat) dan itu adalah yang afdhal.”
(HR Muslim. Status Hadis: Sahih)
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Ramadan datang hanya sekali;
Rebutlah peluang yang Allah bagi;
Hadiah bernilai daripada Ilahi;
Belum tentu kita dapat bertemu lagi.
Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang yang rugi seperti yang telah disebutkan.
Wallahua'lam.
Rujukan:
1) https://muftiwp.gov.my/…/4502-irsyad-al-fatwa-khas…
2) https://muftiwp.gov.my/…/3400-irsyad-al-fatwa-khas…
3) https://muftiwp.gov.my/…/798-irsyad-al-hadith-siri-ke…
4) https://muftiwp.gov.my/…/3734-al-kafi-1393-tatacara…
5) https://muftiwp.gov.my/…/3158-al-kafi-1131-bolehkah…
Semoga bermanfaat buat semua.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.
ASMA' BINTI HARUN
#TarbiahRamadan
#UAHSahabatDuniaAkhirat