asma

Sebagai ibu hubungan kita pastinya akan jadi lebih rapat dengan anak perempuan, lebih-lebih lagi jika anak sulung.

Malah kita boleh menjadi kain baik dan berkongsi apa sahaja membabitkan perihal perempuan tanpa rasa segan.

Artikel Berkaitan: “Jangan Jadi Isteri Malang Buka Aib Suami, Kerana Dosanya Lebih Besar Dari Dosa Suami Pemalas” – Pesan Ustazah Asma Harun

Seperti perkongsian Ustazah Asma’ Harun yang rapat dengan anak sulungnya, anak perempuan.

Tak Manjakan Anak Sulung, Sejak Kecil Ajar Urus Keperluan Adik-Adik Termasuk Bab Solat – Ustazah Asma’ Harun
Bersama anak sulung.

Hubungan ibu dan anak ini sangat rapat, malah sebagai anak sulung, Atikah sudah terbiasa menolong kedua ibu bapanya (jika ada urusan di luar) dalam menguruskan adik-adik yang lain, termasuk bab solat.

Ikuti perkongsiannya yang boleh dijadikan panduan dalam mendildik anak-anak.

SubhanAllah.. Jalan berdua dengan anak sulung, ada orang belakang jeles (Abinya) snap gambar senyap². Anak pertama, ada orang kata yang paling manja, tapi Atikah seperti tak sempat nak manja lama, berturut adik²nya lahir sorang demi sorang.

Ads

Dah biasa daripada kecil tolong Umi Abi dalam menguruskan banyak perkara. Atikah (14tahun) terpaksa cepat matang dan cekap buat banyak perkara. Tinggalkan 6 adik²nya untuk dijaga (bukan tempoh lama) dah jadi biasa.

Atikah juga bantu fahamkan adik² yang belum mengerti kenapa Umi Abi sibuk sangat, bantu pastikan rutin ibadah dan kerja harian tetap berjalan ketika Umi Abi tinggalkan beberapa hari anak² bersama dengan penjaga.

Tak Manjakan Anak Sulung, Sejak Kecil Ajar Urus Keperluan Adik-Adik Termasuk Bab Solat – Ustazah Asma’ Harun
Keluarga besar Ustazah Asma Harun

Selalu hati kecil saya bimbang, sungguh saya bimbang bila membaca ramai Ibu Bapa yang meluahkan kesedihan apabila tiba satu saat anak sulung berubah sikap, mula memberontak, mula rasa Ibu Ayah tidak adil dan menzaliminya dengan pelbagai tugasan, bahkan ada yang meluahkan rasa benci pada Ibu Ayah. Allahu Allah.. saya doakan semua Ibu Ayah kuat dalam mendidik anak² di zaman yang sungguh mencabar ini.

Artikel Berkaitan: “Suami Adalah Anugerah Tercinta & Moga Matiku Dalam Redhamu” – ‘Surat Cinta’ Ustazah Asma Harun Buat Imamnya

Ads

Kesabaran, ketenangan dan kelembutan kami juga seringkali roboh saat diuji dengan kerenah dan sikap anak². Jika benar kami dah melampaui batasan, kami akan merendahkan diri memohon maaf daripada anak², ia tidaklah menjatuhkan maruah, bahkan kita sedang memberi kefahaman bahawa meminta maaf itu adalah satu akhlak yang akan memuliakan seseorang.

Saya sebenarnya ibu yang tegas, namun pujian dan teguran cuba diberikan seimbang pada anak². Dalam kesibukan tetap cuba seimbangkan dengan aktiviti santai bersama seperti, masak², main basikal, badminton, karom, tengok rancangan yang bagus, dll.

InsyaAllah ada rezeki, saya nak kongsi tips parenting, kami bukan Ibu Ayah yang terbaik, tapi cuba jadi yang baik untuk Dunia dan Akhirat bersama. Menjadi anak kepada UAH bukan suatu yang mudah untuk anak² kami lalui, ada tekanan dan ujian yang kami perlu bersama dengan anak² hadapinya.

Ads
Tak Manjakan Anak Sulung, Sejak Kecil Ajar Urus Keperluan Adik-Adik Termasuk Bab Solat – Ustazah Asma’ Harun
Bagai adik dan kakak.

Atikah 161cm

Umi 158cm

Sekian penjalasan, sebab ramai bincang

Asma’ binti Harun

#UAHSahabatDuniaAkhirat

Artikel Berkaitan: “Walau Penat Atau Sakit, Masakan Istimewa Tetap Terhidang” – Terharu Dipuji Suami, Ustazah Asma Harun Sebak Menangis!

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI