Al-Quran itu panduan kehidupan manusia. Bahkan kitab suci ini tetap terpelihara mukjizatnya sepert disebut Allah dalam surah Al-Hijr ayat 9 bermaksud :-
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-zikr (Al-Quran), dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. (Surah al-Hijr : 9).
الر ۚ كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِن لَّدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ
Maksudnya: “Alif, Lam, Ra. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun rapi ayat-ayatnya, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu yang diturunkan daripada sisi Allah Yang Maha Mendalam pengetahuan-Nya.” (Surah Hud : 1).
Dek mujizatnya, di sebalik banjir buruk yang melanda di Selangor, di sebalik rumah tenggelam hingga mencecah bumbung, kalamullah ini tidak basah sama sekali.
Hal ini dikongsikan oleh Ustazah Asma’ Harun yang berkongsi momen istimewa dua buah Al-Quran langsung tidak basah di rumah pemiliknya walau air banjir mencecah bumbung.
Penceramah ini berkongsi, ketika bersama sukarelawan Sahabat Amal Care (SAC) melawat serta memberi bantuan kepada mangsa banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat hari ini.
Asma yang juga Pengasas dan Penaung SAC berkata, ketika dia melawat sebuah rumah mangsa banjir yang dikenali Raja Hanasah, dua buah al-Quran langsung tidak dibasahi air dan berada dalam keadaan elok.
“Pengalaman Puan Raja Hasnah yang sungguh menakjubkan di mana dua buah al-Qurannya tidak dibasahi air walaupun paras banjir sudah mencecah bumbung rumah.
“Menurut beliau (Raja Hasanah), ayat terakhir yang dibaca sebelum berlakunya banjir adalah surah al-Quraisy,” katanya di laman Facebook hari ini.
Bahkan berdasarkan surah Al-nQuraisy itu, ia membawa maksud :-
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)
(laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),
Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,
Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.
Pada hantaran sama, Asma turut berkongsi kisah seorang lelaki dikenali Haji Saad yang sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan ahli keluarga walaupun bantuan daripada pihak luar masih belum diterima.
“Katanya, harta benda boleh dicari tapi tidak pada nyawa,” ujar lelaki itu kepada Asma.
Pada masa sama, Asma memberitahu pihaknya bersama beberapa agensi kerajaan lain telah membantu penduduk untuk mencuci kediaman dan kawasan yang terjejas dengan banjir
“Kawasan pembersihan yang pertama dilakukan adalah di surau kerana kebiasaannya ia menjadi tempat tumpuan mangsa-mangsa banjir berkumpul untuk berehat dan solat.
“Bantuan dari segi keperluan asasi turut diagihkan iaitu sebanyak 100 kit makanan, 50 kit mandian, 100 kit ibadah lelaki dan perempuan serta 50 kit tidur,” ujarnya. Sumber : Kosmo Online
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI