Awal tahun ini menyaksikan penularan virus COVID-1 yang melanda negara dan kini sudah memasuki gelombang kedua.
Dan kita disarankan untuk menjaga kesihatan tidak kira di mana berada dengan memastikan anggota badan terutama tangan dan sentiasa memakai mask untuk mengelak masalah dari terus berleluasan.
Namun bagi Ustazah Asma Nasa, penyebaran wabak ini tidak menghalang tugasnya untuk terus berdakwah.
Malah beliau turut memberitahu langkah pencegahan dan berjaga-jaga sebelum memulakan kuliah, terutama apabila bersalam dengan orang ramai.
COVID-19 (Siri 1)
Sekarang menjadi rutin, apabila selesai kuliyah atau ceramah saya akan buat pengumuman, elakkan bersentuhan jika tidak perlu, contohnya bersalaman dan lebih lagi peluk cium pipi. Kita tidak kenal siapa dan datang daripada mana.
Saya juga tidak mahu menjadi penyebab kepada penularan wabak ini. Bayangkan jika ada jemaah yang hadir ada kontak dengan mana² kes, kemudian bersalaman peluk cium dengan saya, kemudian saya pula bersalaman peluk cium pipi dengan lebih ramai yang hadir. Bagaimana kita nak jejak semua kontak ini.
Saya lebih selesa mengangkat tangan di dada sebagai tanda hormat, sayang dan mesra. Cukuplah dengan kita dah saling berkasih sayang di hati walaupun daripada jauh.
Siapa yang sudah biasa, memang daripada sebelum berlaku wabak ini, saya suka berpesan kepada yang ingin bersalam tak perlu berpeluk cium pipi atas banyak faktor, ianya akan mengambil masa yang lama, saya akan lenguh leher bila pusing kiri dan kanan dengan kadar kekerapan beratus kali, mungkin ribu kali dalam satu² sesi, ramai yang gelak bila saya sebut begini kerana mereka juga tahu penat .
Suami juga beri peringatan
Sebenarnya ia lebih kepada faktor kesihatan dan keselamatan, saya sendiri kerap sakit, adalah lebih bimbang jika saya bawa balik penyakit ke rumah sedangkan ada anak kecil. Kekerapan bertemu dengan ratus atau ribu orang dalam sehari, menyebabkan suami saya memberi peringatan dan arahan yang lebih jelas dan ketat demi kebaikan semua.
Saya mohon maaf jika ada yang berkecil hati dengan pengumuman yang selalu dibuat dihujung ceramah atau kuliyah, memang ada yang mengatakan saya sombong dan kurang mesra alam.
Harus berhati-hati apabila berjumpa orang ramai
Jika ikut sunnah, kita dituntut memberi ucapan salam dan berjabat tangan. Namun memang benar, ada ketikanya Nabi SAW memeluk para Sahabat apabila telah lama tidak bertemu, tetapi ia bukan rutin sepertimana menjadi budaya masyarakat kita hari ini.
Sebenaranya, pesanan ini bukan hanya khusus dalam situasi saya sahaja. Kita semua harus berhati² dalam apa jua keadaan sekarang ini. Sepulang daripada mana² tempat berjumpa orang ramai, maka ambil langkah berjaga².
Berusaha, berhati² dan berdoalah semoga wabak covid-19 boleh dibendung dengan efisien oleh semua pihak. Doakan kesembuhan mereka yang dijangkiti, dan ketenangan semua pihak yang terlibat dengan pesakit.
Ya Allah.. Kami berdosa, kami lemah, kami tiada daya tiada upaya melainkan semuanya datang datang daripadaMu semata. Bantulah kami ya Allah, berilah petunjuk dan pertolongan Mu, semoga kami semua kembali kepadaMu dalam Husnul Khatimah…
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI