‘Ustazah Asma tegur kurangkan reka baju seksi, 10 customer minta deposit balik.’ Rico Rinaldi percaya rezeki datang dari Allah bukanlah daripada manusia.
Benarlah hendak berubah ke arah kebaikan bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi melibatkan sesuatu yang telah menjadi darah daging iaitu pekerjaan kita yang selama ini kita lakukan saban hari.
Ikuti luahan Rico Rinaldi yang mendapat ujian hebat bila ada di antara kliennya mula meminta deposit balik pabila dia mula berhijrah.
Artikel Berkaitan: Jangan Ambil Mudah Kerana Rasa Sama Jantina, Ini 4 Batasan Aurat Sesama Wanita Perlu Tahu
Ustazah Asma Tegur
Kalau semua nak tahu, bila aku buat keputusan ini sebaik sahaja aku dapat penjelasan dari Ustazah Asma’ Harun hampir 10 orang customer mintak deposit booking balik. Fuh! Satu tamparan hebat pernah aku alami.
Bayangkan satu customer kau boleh dapat paling busuk RM3500 hingga RM5000 adalah paling basic untuk baju nikah. Tapi semua minta cancel. Time hantar text dekat manager aku tentang ‘hijrah kecil’ aku, hati aku sangat kuat dan yakin. Tapi tak sangka rezeki tu terus ‘hilang’ sekelip mata.
Kurangkan Reka Baju Seksi
Tapi tak, aku percaya seperti mana yang ustazah cakap, rezeki yang berkat tu bukan manusia yang bagi, tapi Allah. Rezeki berkat tu luas, dia bukan banyak tapi dia boleh bawa ke syurga.
Kau bayangkan rezeki tak berkat itu macam mana? Ok kau banyak duit, then kau beli rumah, kereta, bagi asnaf bagi sedekah tapi semua itu tak berkat. Benda yang patut jadi pahala ke alam barzah mungkin boleh jadi sebaliknya. Takut memang takut.
10 Customer Minta Deposit Balik
Aku cuba istiqomah dan aku amat mengharapkan doa dan sokongan korang. Benda ini kita tak tahu kan? Bahkan kalau aku sudah akad dengan customer itu pun contohnya, “Saya buat baju seksi awak ni tapi saya tak nak tanggung dosa ya.” Tapi sebenarnya aku jugak yang buat baju itu.
Tak apalah, slow-slow aku belajar dan harapanya customer akan faham. Semua orang boleh tengok video pencerahan ustazah ini dekat IG aku (tengok kat feed). Semoga kita semua dapat masuk syurga sama-sama.
View this post on Instagram
Rico Rinaldi Percaya
Tuan, puan dan juga sahabat yang saya hormati, kami dan Tuan Rico Rinaldi ditakdirkan Allah SWT satu jemaah dalam menunaikan ibadah Haji baru ini, rupanya beliau merupakan salah seorang pereka fesyen yang dikenali dan punya kedudukan yang tersendiri.
Allahuakbar, bukan mudah keputusan dan tindakan yang dilakukan, begitu juga dengan ramai lagi sahabat kita yang sedang menempuh jalan hijrah yang payah. Mari bersama menyokong beliau dan sesiapa sahaja dengan apa cara yang ada, insyallah kita akan turut mendapat bahagian pahala dalam perjuangan mereka ini.
Rezeki Datang Dari Allah
Banyak persoalan Tuan Rico bertanya kepada kami suami isteri, saya cuba menjawab dengan berhati-hati berdasarkan syariat Ilahi. Bukan ada kepentingan sendiri untuk dijaga, melainkan amanah diri yang akan ditanya nanti.
Jemaah kami dibimbing oleh Ustaz alFadhil Ustaz Johari Abdul Wahab, turut sama termasuk abang kandung kepada Tuan Rico iaitu Tuan @Reduan Shah Putra dan kakak iparnya Puan @Ernaayarnee Nur Julaimi dan adik iparnya Tuan @Safwan Ismail. Mereka ini pengasas kepada Dexandra.
Saya mendoakan buat semua yang sedang menempuh jalan sukar dalam hijrah, terus melangkah demi langkah walau payah, kerana hujungnya pasti Indah. Pasti indah tanpa ragu. Tidak di dunia, insyallah di Syurga
Sahabatmu yang sedang berjuang bersamamu..
Asma’ binti Harun
Baca Juga Di Sini:
Betapa Allah Jaga Aib Wanita, Rambut Yang Dipotong Tetap Dianggap Aurat
Sumber : Ustazah Asma Harun, Facebook Rico Rinaldi, Instagram Rico Rinaldi
Follow kami di Facebook , Website , Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI