‘Ustazah Asma tegur kurangkan reka baju seksi, 10 customer minta deposit balik.’ Rico Rinaldi percaya rezeki datang dari Allah bukanlah daripada manusia.
Benarlah hendak berubah ke arah kebaikan bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi melibatkan sesuatu yang telah menjadi darah daging iaitu pekerjaan kita yang selama ini kita lakukan saban hari.
Ikuti luahan Rico Rinaldi yang mendapat ujian hebat bila ada di antara kliennya mula meminta deposit balik pabila dia mula berhijrah.
Kalau semua nak tahu, bila aku buat keputusan ini sebaik sahaja aku dapat penjelasan dari Ustazah Asma’ Harun hampir 10 orang customer mintak deposit booking balik. Fuh! Satu tamparan hebat pernah aku alami.
Bayangkan satu customer kau boleh dapat paling busuk RM3500 hingga RM5000 adalah paling basic untuk baju nikah. Tapi semua minta cancel. Time hantar text dekat manager aku tentang ‘hijrah kecil’ aku, hati aku sangat kuat dan yakin. Tapi tak sangka rezeki tu terus ‘hilang’ sekelip mata.
Kurangkan Reka Baju Seksi
Tapi tak, aku percaya seperti mana yang ustazah cakap, rezeki yang berkat tu bukan manusia yang bagi, tapi Allah. Rezeki berkat tu luas, dia bukan banyak tapi dia boleh bawa ke syurga.
Ads
Kau bayangkan rezeki tak berkat itu macam mana? Ok kau banyak duit, then kau beli rumah, kereta, bagi asnaf bagi sedekah tapi semua itu tak berkat. Benda yang patut jadi pahala ke alam barzah mungkin boleh jadi sebaliknya. Takut memang takut.
10 Customer Minta Deposit Balik
Aku cuba istiqomah dan aku amat mengharapkan doa dan sokongan korang. Benda ini kita tak tahu kan? Bahkan kalau aku sudah akad dengan customer itu pun contohnya, “Saya buat baju seksi awak ni tapi saya tak nak tanggung dosa ya.” Tapi sebenarnya aku jugak yang buat baju itu.
Tak apalah, slow-slow aku belajar dan harapanya customer akan faham. Semua orang boleh tengok video pencerahan ustazah ini dekat IG aku (tengok kat feed). Semoga kita semua dapat masuk syurga sama-sama.
Tuan, puan dan juga sahabat yang saya hormati, kami dan Tuan Rico Rinaldi ditakdirkan Allah SWT satu jemaah dalam menunaikan ibadah Haji baru ini, rupanya beliau merupakan salah seorang pereka fesyen yang dikenali dan punya kedudukan yang tersendiri.
Allahuakbar, bukan mudah keputusan dan tindakan yang dilakukan, begitu juga dengan ramai lagi sahabat kita yang sedang menempuh jalan hijrah yang payah. Mari bersama menyokong beliau dan sesiapa sahaja dengan apa cara yang ada, insyallah kita akan turut mendapat bahagian pahala dalam perjuangan mereka ini.
Rezeki Datang Dari Allah
Banyak persoalan Tuan Rico bertanya kepada kami suami isteri, saya cuba menjawab dengan berhati-hati berdasarkan syariat Ilahi. Bukan ada kepentingan sendiri untuk dijaga, melainkan amanah diri yang akan ditanya nanti.
Jemaah kami dibimbing oleh Ustaz alFadhil Ustaz Johari Abdul Wahab, turut sama termasuk abang kandung kepada Tuan Rico iaitu Tuan @Reduan Shah Putra dan kakak iparnya Puan @Ernaayarnee Nur Julaimi dan adik iparnya Tuan @Safwan Ismail. Mereka ini pengasas kepada Dexandra.
Ads
Saya mendoakan buat semua yang sedang menempuh jalan sukar dalam hijrah, terus melangkah demi langkah walau payah, kerana hujungnya pasti Indah. Pasti indah tanpa ragu. Tidak di dunia, insyallah di Syurga
Sahabatmu yang sedang berjuang bersamamu..
Asma’ binti Harun
Sebentar tadi sekali lagi Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan sekali lagi dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 28 April ini.
Bercakap melalui perutusan khas yang disiarkan secara langsung melalui media rasmi kerajaan, Muhyiddin menegaskan keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada petugas kesihatan untuk memerangi sepenuhnya penularan pandemik koronavirus (Covid-19) di negara ini.
Menurutnya, keputusan itu juga dibuat setelah mengambil kira nasihat dikemukakan Kementerian Kesihatan (KKM) dan pakar perubatan meskipun pelaksanaan PKP sebelum ini membantu kerajaan mengawal penularan Covid-19 ke tahap stabil.
“Dengan usaha-usaha yang telah dibuat, kes-kes positif Covid-19 adalah terkawal pada kadar tujuh peratus, iaitu di bawah ‘benchmark’ 10 peratus yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Namun begitu, kita tidak boleh mengambil mudah situasi yang sedang berlaku. Penularan wabak ini masih di peringkat pertengahan dan memerlukan tindakan pencegahan serta kawalan yang berterusan.
Sehubungan itu, berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan PKP untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April 2020,” katanya.
Sumber: BERNAMA
Muhyiddin turut menegaskan tindakan perlanjutan tempoh PKP ini adalah selaras dengan pandangan WHO yang menyarankan negara-negara di dunia supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal.
“Sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila perintah kawalan pergerakan ditamatkan,” katanya dalam siaran langsung tadi.
Dalam pada itu, juara Qariah tahun lalu, Farhatul Fairuzah ada muat naik posting mengenai perlaksanaan PKP yang dilanjutkan lagi ini.
Menurutnya dia sebagai rakyat berterima kasih kepada PM dan sentiasa akan berada di belakang walau dengan apa dugaan yang melanda. Ini adalah yang terbaik untuk Malaysia kerana menurutnya (merujuk pada satu ayat al-Quran) selepas kesusahan itu asa kesenangannya.
Farhatul Fairuzah
Tempoh PKP dilanjutkan Posted @withregram • Kami serahkan segala nya pada Mu Allah, .
Thank You PM kami semua sentiasa di belakang walau dengan apa dugaan yg melanda.Sesungguhnya ini yg terbaik untuk Malaysia.”Kerana sesungguhnya selepas Kesusahan itu adanya kesenangan” Surah Ash- syarh ayat 5 dan 6🇲🇾🇲🇾 #Malaysia#StayAtHome
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bila musim harga emas murah, kita dapat lihat orang ramai beratur membeli emas. Mungkin ramai beranggapan, ini masa terbaik untuk membeli emas memandangkan harganya yang jatuh.
Namun di sebalik keghairahan orang ramai membeli emas, sedikit perkongsian dari pelabur hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad berkongsi apa perbezaan di antara emas hiasan dan emas pelaburan mungkin boleh membuka minda kita perbezaan keduanya. Ini kerana kita mungkin beranggapan tetap sama tetapi sebenarnya ia berbeza.
Baca perkongsiannya:-
Semalam waktu ada urusan diluar rumah, saya lewat beberapa kawasan dan dapati penuh manusia di kedai emas.
Apakah kita semua sedang ada duit lebihan sekarang?
Atau kita yakin membeli barang kemas pelaburan yang baik demi masa depan?
Sama seperti hartanah,
Kita selalu tanya, tujuan beli untuk pelaburan atau nak duduk sendiri.
Emas juga begitu kawan, kita akan tanya. Beli emas untuk melabur atau nak bergaya waktu kenduri kendara.
Harga emas sedang turun sekarang, ramai ambil manfaat sekarang.
Walau emosi kita berbunga bunga nak beli emas bergaya macam jiran tetangga.
.
.
Belilah emas yang bagus untuk pelaburan masa depan. Bukan sebab harga emas murah sekarang.
Beli emas sebab kita ada matlamat ingin menyimpan emas yang baik.
Kelemahan emas hiasan ini kawan.
1. Susut Nilai Lebih Tinggi. Berbanding kita beli emas pelaburan, emas hiasan ada susut nilai dari harga kita beli antara 25%-40% pun ada! Dah macam beli kereta.
2. Kos Upah Tinggi. Semakin pelik bunga bunga cinta pada barang kemas kita, makin tinggi upahnya. Malah ada kedai manipulasi upah untuk dapat keuntungan lebih tinggi. 3. Harga Lebih Tinggi. Harga barang kemas ditentukan oleh Persatuan Pekedai Emas (FGJAM). Mereka biasanya tetapkan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran emas semasa selalunya.
4. Lambat Naik Harga! Harga barang kemas ini bila naik harga, kedai akan cepat update harga baru. Bila harga turun, mereka akan lambat turunkan harga dan kekal beberapa bulan pada harga lama biasanya. Kena rajin semak harga semasa.
5. Mudah Rosak. Bila kerja tangan semakin halus, terputus, patah, kemek, bengkok dan hilang boleh berlaku. Semakin kita selalu guna peluang rosak dan hilang tetap ada.
Maka kita faham sekarang mengapa emas jongkong dan dinar lebih baik buat simpanan dan pelaburan masa depan.
Kawan kawan,
Walau saya mengajak ramai orang menyimpan emas, saya tetap galakkan orang ramai simpan emas pelaburan bukannya emas hiasan.
Jika ada duit lebih dan teringin nak merasa barang kemas ditangan. Silakan sahaja kawan, masing masing ada keinginan berbeza janji bahagia.
Jangan ghairah ikut orang sebab ada lebihan duit i sinar ditangan.
Pandemik ini akan jadi panjang, belilah emas pelaburan bukannya emas hiasan untuk masa depan.
Sumber :- Azizul Azli Ahmad Simpan Emas Jangan Sampai Lemas.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Di saat ramai jemaah haji yang tidak dapat menunaikan Rukun Islam ke lima di tanah suci tahun ini akibat wabak pandemik COVID-19, nampaknya tuah jadi sebaliknya pada empunya diri.
Siapa sangka seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi, Fawziya Mohamed, 38 tahun tidak menyangka permohonannnya untuk menunaikan ibadah haji tahun ini telah diluluskan.
Dalam laporan Alhijrah News, ketika dihubungi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Fawziya seakan tidak percaya dengan rezeki yang diterimanya apabila dimaklumkan beliau terpilih menjadi duyufurrahman tahun ini.
Fawziya menyifatkan rezeki yang diterimanya itu hadiah paling berharga sempena ulangtahun kelahirannya pada 28 Julai ini.
“Ini kali pertama saya akan menunaikan ibadah haji. Alhamdulillah. Saya bersyukur kerana tidak fikir akan terpilih menerima peluang sekali seumur hidup ini,” katanya kepada Kementerian Media Arab Saudi.
Fawziya antara lapan rakyat Malaysia yang terpilih, di mana mereka terdiri daripada pelajar dan pekerja di Jeddah, Madinah dan Riyadh.
Menurut laporan media, Arab Saudi menghadkan bilangan jemaah kepada 1,000 orang tahun ini di mana 70 peratus adalah warga asing yang menetap di negara itu dan baki 30 peratus untuk rakyat tempatan.
Berbeza seperti sebelum ini, jemaah perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lebih ketat sebagaimana ditetapkan Kementerian Kesihatan Arab Saudi.
Kashoorga:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bayar Deposit Beli Barang Tapi Tak Jadi Ambil, Duit Pendahuluan Ini Hak Pembeli Atau Penjual?Dalam urusan jual beli hari ini, bayaran pendahuluan atau deposit...