Ustazah Asmak Husin Buat Plan Pikat Suami. ‘Saya Yang Cari Dan Approach, Tak Tunggu Jodoh Datang.’

Share

Ustazah Asmak Husin buat plan pikat suami. ‘Saya yang cari dan approach, tak tunggu jodoh datang kerana tak ramai lelaki yang ingin mendekati wanita yang terkehadapan.

Rata-rata lelaki rasa insecure dan takut untuk berdamping dengan wanita yang bijak dan kuat berdebat. Bimbang perkara yang sama berlaku ke atas dirinya, Ustazah Asmak Husin mengambil langkah berani.

Artikel Berkaitan: Ibu Tunggal Sanggup Jadi Orang Ketiga Kerana Terpikat Romantis Suami Orang. Sebelum Ini Cerai Tak Sanggup Bermadu

Ustazah Asmak Husin

Kongsinya,
Lelaki takut hendak memilih perempuan yang terkehadapan? Di sini, saya hendak cerita kisah saya dulu.

Semasa belajar di Universiti Malaya, saya ini jenis yang terkehadapan, kaki belajar dan suka berdebat dalam kelas.

Buat Plan Pikat Suami

Memang orang lelaki takut nak dekat dulu. Lagipun rupa pun kurang. Tapi saya bukan jenis tunggu dia datang pada saya. Saya yang cari dan approach dia.

Wah, berani kan saya?

Ya sebabnya dulu semasa di kampus, saya ada terbaca surat luahan senior yang merupakan seorang pelajar terbaik dan cemerlang. Kebetulan surat itu terselit dalam buku yang saya pinjam darinya.

Dia sedih kerana masih belum berkahwin di usia yang agak lewat kerana tiada lelaki yang mendekatinya. Mungkin kerana dia terlalu hebat dan cemerlang. Lelaki jadi “insecure”.

Seronok melihat rakan-rakan sebaya sudah berkeluarga dan mempunyai anak, pasti timbul keinginan dalam dirinya untuk berkeluarga.

Saya Yang Cari Dan Approach

Mujur dan saya bersyukur saya membaca surat tersebut ketika saya masih muda.

Saya berazam untuk tidak mengulangi kesilapannya. Saya tahu kalau saya tunggu saja ramai yang takut nak dekat.

Jadi saya sendiri kena berani dan pilih. Lagipun jodoh akan menentukan masa depan kita.

Saya kata pada diri saya,
“Asmak nak membina keluarga terbaik perlu usaha yang terbaik.”

Baca Di Sini: 

‘Dulu Bapa Angkat, Sekarang Suami.’ Jurang Usia 21 Tahun Bukan Penghalang

Tunaikan Hutang 100 Kali Istighfar & Selawat Untuk Pikat Allah

Tak Tunggu Jodoh Datang

Jadi saya pun mula plan marketing, kemudian saya dan kawan siasat latar belakang dia. Check solat jemaah dekat masjid, kawan-kawan rumah sewa serta kawan-kawan sekelas dan lain-lain.

Saya minta mak ayah istikharah. Akhirnya apabila sudah ada keyakinan, saya pun minta adik saya hubungi dia untuk nyatakan hasrat.

Alhamdulillah akhirnya dia terima saya. Dan kini kami telah 20 tahun berkahwin.

Sebenarnya untuk wanita yang terlalu aktif kehadapan ada caranya untuk ikhtiar jodoh.

Perlu berani, perlu lakukan perancangan dan marketing yang betul dulu.

#circleustazahasmakhusin
#inspirasikeluargabahagia

Kashoorga: Zaman sekarang tak perlu menunggu lelaki, lakukan langkah pertama dan ikut cara yang betul. Insyallah jika benar dia jodoh kita, insyallah akan dipermudahkan.

Sumber : Ustazah Asmak Husin

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

 

Published by
Syazwani Mehat