Kasih sayang antara suami isteri perlulah sentiasa dipupuk. Ibarat pokok, tentulah perlukan baja untuk terus hidup subur. Maka begitu jugalah dengan rumah tangga. Ibarat air laut yang ada pasang surutnya, begitu jugalah dengan kasih sayang. Oleh itulah suami dan isteri perlu sama-sama ‘berganding’ bahu demi menyuburkan kasih sayang antara satu sama lain.
Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood telah berkongsi ayat pengikat kasih antara suami isteri.
Ia adalah dari Surah Al-Imran ayat 26 hingga 27. Dibaca sebanyak 3 kali selepas setiap kali solat fardu. Menurutnya amalan secara berterusan insya-Allah hubungan suami isteri menjadi lebih erat.
Ads
Ayat ini bukan sahaja untuk pengikat kasih suami isteri, tetapi juga boleh diamalkan untuk bantu kita mudah selesaikan hutang.
Tidak dinafikan setiap daripada kita tidak terlepas dari perasan ingin disayangi dan dicintai oleh seseorang. Bertemu dan berkenal-kenalan dengan seseorang hinggalah akhirnya membawa kepada hubungan lebih halal.
Situasi ini tidak ada salahnya tetapi biarlah dengan cara yang betul. Jika mahu bertemu pun eloknya ditemani rakan supaya tidak mendatangkan fitnah pada kedua-duanya.
Jika bebas keluar berdua-duaan akan mendatangkan perasaan yang sukar untuk kita kawal, iaitu hawa nafsu.
Dalam perkongsian Penceramah Bebas, Da’i Wan ada memberi sepotong ayat yang boleh kita gunakan untuk mengawal gelojak hawa nafsu apabila seorang lelaki bertemu perempuan atau sebaliknya.
Menurut Da’i Wan, kata ulama ada satu keadaan syaitan akan dapat mengawal seseorang lelaki mahupun perempuan iaitu apabila syahwat seseorang itu berada naik dan tinggi.
Ayat yang dikongsi oleh Da’i Wan ini boleh diamalkann sekiranya berhadapan dengan situasi berkenaan. Katanya lagi baca ayat ini berulang kali jika rasa tak mampu untuk melawan hawa nafsu.
Hati merupakan salah satu anggota tubuh yang sangat sensitif. Keadaan hati sangat mudah berubah, sesuai dengan apa yang telah dialami. Apabila sesuatu perkara itu perbuatan yang baik tentunya akan dapat menenangkan hati. Namun apabila ia melibatkan sesuatu yang di luar jangkaan maka hati yang bersih akan merasakan kerisauan atau hati tidak tenang.
Dari berbagai masalah yang dialami, sesetengah orang memilih cara tersendiri untuk mencari ketenangan jiwa. Antara aktiviti yang dilakukan ialah seperti bersiar-siar di taman, membaca buku, lepak di kafe dan sebagainya. Selain itu, ketenangan jiwa juga boleh dicari dengan cara mendekatkan diri kepada Allah seperti membaca al-Quran, solat dan sebagainya.
Cara terbaik untuk menenangkan hati ialah dengan cara berzikir atau dengan mengingati Allah. Hal ini juga telah disampaikan dalam al-Quran Surah Ar-Ra’d Ayat 28. Sesungguhnya tidak ada cara lain untuk kita mendapatkan ketenangan hati kecuali hanya dengan mengingat Allah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Apabila dipuji, timbul juga sedikit rasa bangga secara tidak sengaja. Adakah ada doa khusus yang diajarkan Nabi SAW yang perlu dibaca ketika kita dipuji.
Pertamanya, perlu diingatkan bahawa memuji-muji seseorang secara berlebihan di hadapannya dilarang oleh Nabi Muhammad SAW.
Terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah R.anh bahawa seorang lelaki telah memuji seorang lelaki yang lain di sisi Nabi S.A.W. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Celaka kamu. Kamu telah memotong leher sahabatmu, kamu telah memtong leher sahabat kamu. Sekiranya salah seorang daripada kamu semua ingin memuji sahabatnya sekalipun, hendaklah dia mengucapkan “aku menyangka fulan sedemikian dan Allah S.W.T lah sebenar yang menghitungnya, dan aku sama sekali tidak memuji seseorangpun mengatasi Allah S.W.T”. Sahih Muslim (3000)
YANG DIPUJI JANGAN RIAK, UJUB DAN TAKABBUR
Puji-pujian sesama manusia secara sederhana tidaklah dilarang, bahkan ia merupakan salah satu bentuk muamalah yang baik sesama manusia. Namun orang yang dipuji hendaklah berhati-hati dan memelihara hatinya daripada merasa riya’, ujub dan takabbur apabila mendengar pujian yang dilontarkan kepada dirinya.
Terdapat satu doa yang baik yang diamalkan oleh seorang sahabat Baginda SAW, di mana diriwayatkan bahawa Adi bin Arthah –rahimahullah – (seorang ulama tabi’in) meriwayatkan:
كَانَ الرَّجُلُ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم إِذَا زُكِّيَ قَالَ: اللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِي بِمَا يَقُولُونَ، وَاغْفِرْ لِي مَا لا يَعْلَمُونَ
Maksudnya: Dahulu ada seorang sahabat Nabi SAW, yang apabila dia dipuji mengucapkan: “Ya Allah, jangan Engkau menghukumku disebabkan pujian yang dia ucapkan, ampunilah aku, atas kekurangan yang tidak mereka ketahui”. Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (761)
Terdapat juga riwayat daripada sebahagian ulama salaf yang berpesan dengan doa:
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui keadaan diriku lebih dari aku sendiri, dan aku lebih mengetahui keadaan diriku berbanding orang lain. Ya Allah, jangan Engkau menghukumku disebabkan pujian yang mereka ucapkan, ampunilah aku atas kekurangan yang tidak mereka ketahui. Dan jadikan aku lebih baik dari pada penilaian yang mereka berikan untukku.”
Dalam riwayat yang lain, terdapat tambahan lafaz:
وَاجْعَلْنِي خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّونَ
Maksudnya: Jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan. Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (4524 dan 4534)
Maksudnya: Jangan kalian memuji-muji diri kalian sendiri, Kerana Dia-lah yang paling tahu siapa yang bertaqwa. Surah al-Najm (32)
Sufyan bin Uyainah pernah berkata,
قالت العلماء المدح لا يغر من عرف نفسه
Maksudnya: Para ulama mengatakan: pujian tidak akan menipu orang yang mengenali dirinya sendiri (dia tahu bahawa ia tidak sebaik itu dan sedar akan banyaknya dosa yang dilakukan). (Rujuk Hilyatul Auliya’ 7/302)