
Kasih sayang antara suami isteri perlulah sentiasa dipupuk. Ibarat pokok, tentulah perlukan baja untuk terus hidup subur. Maka begitu jugalah dengan rumah tangga. Ibarat air laut yang ada pasang surutnya, begitu jugalah dengan kasih sayang. Oleh itulah suami dan isteri perlu sama-sama ‘berganding’ bahu demi menyuburkan kasih sayang antara satu sama lain.
Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood telah berkongsi ayat pengikat kasih antara suami isteri.
Ia adalah dari Surah Al-Imran ayat 26 hingga 27. Dibaca sebanyak 3 kali selepas setiap kali solat fardu. Menurutnya amalan secara berterusan insya-Allah hubungan suami isteri menjadi lebih erat.
Ayat ini bukan sahaja untuk pengikat kasih suami isteri, tetapi juga boleh diamalkan untuk bantu kita mudah selesaikan hutang.
(Al Durrul Manthur, tafsir ayat 26-27, surah Ali-Imran)
Dipetik dari buku 101 Doa Para Nabi dan Rasul Dalam Al-Quran Khasiat dan Kaifiat Beramal tulisan Ustaz Hj Zahazan Mohamed Abu Hannan.

https://www.youtube.com/watch?v=3fA77s2ua_Q
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Setiap Hari Jangan Lupa Selit Doa Ini, Agar Hati Kita Reda Dengan Ujian Allah

Isi Kandungan
ToggleSetiap hari jangan lupa selit doa ini, agar hati kita reda dengan ujian Allah. Hidup kita tidak lari daripada ujian, tapi percayalah setiap ujian yang mendatang pasti ada sebabnya.
Sama ada Allah ingin menghapuskan dosa-dosa atau Dia mahu mengangkat darjat kita. Tidak semestinya ujian yang datang adalah musibah, kerana kadang-kadang Allah datangkan pelangi selepas ujian.
Ikuti perkongsian Puan Nurlia Mohd Nor tentang doa ringkas yang mampu kita tenang dan reda dengan setiap Ketentuan Allah SWT. Jangan lupa amalkan.
Artikel Berkaitan:
8 Cara Atasi Hati & Fikiran Yang Sering Gelisah
Setiap Hari Jangan Lupa
Ada satu doa yang Abah pernah ajar agar kita reda dan terima apa juga yang Allah sudah atur untuk kita. Simple saja doanya,
“Jika itu yang terbaik untuk ku Engkau permudahkanlah, jika tidak Engkau tunjukkanlah jalan lain yang terbaik…”
Bila kita berpegang pada doa ini kita akan faham dan reda bahawa tak semua yang kita nak itu terbaik pada pandangan Allah. Baik untuk orang lain, tak semestinya baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya.
Selit Doa Ini
Ada satu peristiwa yang saya yakin dalam hidup saya ada hikmahnya yang tersendiri. Saya pernah minta untuk menjadi guru melalui program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).
Bayangkan 3 kali minta tak lepas. Semasa mengandungkan si kembar saya usung perut bawa mereka untuk ujian bertulis, selepas mereka sudah dilahirkan pun saya usaha lagi tapi ternyata peluang menjadi guru bukan rezeki saya.
Tapi…
Di sebalik itu sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi. Tak dapat jadi guru saya memilih untuk menjadi surirumah dan menjadi guru kepada anak- anak. Saya sentiasa ada bersama mereka di waktu mereka memerlukan.
Agar Hati Kita Reda
Hidup dengan gaji suami seorang banyak mengajar saya untuk berjimat cermat. Taklah mewah tapi cukup. Ada tempat tinggal, ada makan minum dan pakaian itu sudah buat saya bersyukur.
Dan perkara paling mengembirakan saya adalah apabila saya dapat menjaga kedua orang tua sampailah sekarang walaupun yang tinggal hanyalah Abah seorang setelah Mak meninggal pada tahun 2019.
Dengan Ujian Allah
Kena yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang kita tak nampak. Tak semesti yang kita nak itu terbaik untuk diri kita dan begitu juga sebaliknya. Sebab itu jangan lupa selitkan setiap hari dengan doa ini.
“ Jika itu yang terbaik untuk ku Engkau permudahkanlah, jika tidak Engkau tunjukkanlah jalan lain yang terbaik…”
Bila reda dengan apa yang Allah dah aturkan, insyallah hati lebih tenang dan bahagia.

Baca Di Sini:
‘Anak Suka Merajuk, Baca Doa Nabi Daud.’ Ibu Ini Kongsi 8 Doa Berkesan Untuk Anak Kecil
Kashoorga: Rahsia hati menjadi lebih tenang, jangan lupa amalkan doa ini.
Sumber: Puan Nurlia Mohd Noor
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Mahu Suami Makin Sayang? Baca Doa Pengasih Ini

Seorang isteri tentunya ingin terus disayangi oleh suaminya. Di samping menjaga rupa paras, amalan doa juga mampu menambat kasih sayang suami. Melalui amalan doa, kasih sayang antara suami isteri dapat dipupuk.
Kuasa doa, tiada siapa yang mampu menidakkannya. Bagi isteri yang ingin suaminya sentiasa sayang padanya, cuba amalkan baca Surah Al-Insyiroh setiap hari.
Setiap kali habis sholat fardhu, amalkan baca Surah Al-Insyiroh. Niatkan ketika membacanya agar selalu disayang suami. Setelah selesai membaca, tiupkan ke telapak tangan dan usapkan ke seluruh wajah.
Terjemahan ayat:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.1: Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?2: Dan Kami pun telah menurunkan beban darimu. 3: Yang memberatkan tanggunganmu, 4: Dan Kami tinggikan sebutan (nama) mu bagimu. 5: Maka Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. 6: Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. 7: Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras(untuk urusan yg lain).8: Dan hanya kepada Tuhanmulah kamu berharap.
Selain untuk tujuan di atas, Surah Al-Insyiroh ini memiliki fadhilah lain, di antaranya:
Sabda nabi: “Barangsiapa membaca surat Alam Nasyrah seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi satu kelapangan darinya.”
Barangsiapa biasa membaca Surah Al-Insyiroh selepas selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah mempermudahkan urusannya dan dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Amalan membaca surah ini juga melapangkan dada dari segala kesulitan dalam segala urusan. Dihilangkan segala sifat kesal, jemu dan mendatangkan rajin dalam menunaikan amal ibadah.
Barang siapa membaca surah ini 9 kali sesudah solat fardhu, Allah akan menjauhkan darinya kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
Semoga dengan amalan doa tersebut seorang isteri itu semakin disayangi dan dicintai oleh suami. Keluarga juga menjadi keluarga yang penuh dengan sakinah, mawaddah, wa rahmah.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ini Doa Ketenangan Hati Bila Fikiran Dan Jiwa Kacau

Hati merupakan salah satu anggota tubuh yang sangat sensitif. Keadaan hati sangat mudah berubah, sesuai dengan apa yang telah dialami. Apabila sesuatu perkara itu perbuatan yang baik tentunya akan dapat menenangkan hati. Namun apabila ia melibatkan sesuatu yang di luar jangkaan maka hati yang bersih akan merasakan kerisauan atau hati tidak tenang.
Dari berbagai masalah yang dialami, sesetengah orang memilih cara tersendiri untuk mencari ketenangan jiwa. Antara aktiviti yang dilakukan ialah seperti bersiar-siar di taman, membaca buku, lepak di kafe dan sebagainya. Selain itu, ketenangan jiwa juga boleh dicari dengan cara mendekatkan diri kepada Allah seperti membaca al-Quran, solat dan sebagainya.
Cara terbaik untuk menenangkan hati ialah dengan cara berzikir atau dengan mengingati Allah. Hal ini juga telah disampaikan dalam al-Quran Surah Ar-Ra’d Ayat 28. Sesungguhnya tidak ada cara lain untuk kita mendapatkan ketenangan hati kecuali hanya dengan mengingat Allah.

Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI