[Video] Kanak-Kanak Lena Tidur Dalam Masjid, Ustaz Don Pesan Jangan Kejut. Dirinya Hadir Majlis Ilmu Pun Dah Cukup Mulia

Share

Ada skeptikal tentang kehadiran kanak-kanak ke masjid khusus di bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Asyik dengan dunia mereka yang seronok, melompat di sana sini dan akhirnya ia mengundang berbagai pendapat.

Ada melarang, ada menyokong anak-anak dibawa ke masjid kerana kata mereka jika anak kecil tidak diasuh dari kecil menyukai masjid, jangan salahkan mereka bila remaja kelak mereka menjauhkan diri dari rumah Allah ini.

Menurut al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, pada umumnya masjid adalah tempat solat, tempat melakukan ibadah harian dan ini sebagai salah satu tonggak kekuatan dalam Islam.

Dalam pada itu, mengimarahkan masjid adalah satu perbuatan dituntut dalam agama.

Firman Allah SWT:-

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ

Maksudnya: “Hanya orang yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah”

.

Dalam pada itu, dari satu perkongsian di tik tok @Bang Lajak_perunnersepi, memperlihatkan indahnya Islam bila mana Ustaz Don Daniyal memaklumkan kepada barisan jemaah masjid agar mengalihkan kedudukan mereka sedikit dan tidak mengejutkan seorang kanak-kanak yang lena tertidur (namanya Uwais). Walau pun kelihatan kanak-kanak itu duduk di tempat imam solat.

Jelas Ustaz Don, kanak-kanak di bawah usia belum wajib solat dan katanya kehadiran kanak-kanak ini ke masjid untuk mendengar kuliah ilmu pun sudah cukup mulia. Dipercayai video ini dirakam di Surau Annajahiyah, Seksyen 19 Shah Alam.

Dalam rakaman itu, jelas adik Uwais sedang lena tidur dengan buku catatan di mejanya ketika Ustaz Don memberikan ceramah di surau berkenaan. Dalam di akhir video itu memperlihatkan Ustaz Don menggosok tubuh badan anak kecil ini dengan penuh kelembutan.

Inilah indahnya ilmu dan adab kerana tak kira kita lebih tua atau muda, menghormati orang lain itu digalakkan dalam agama.

Published by
almaswa Haji Che Ros