[Video] Selepas Ribuan Siput Naik Ke Pantai, Penampakan Cahaya Di Langit Sg Rambai Pula Kelihatan, Muncul Hanya Sekejap Saja

Share

Tiada apa yang mustahil jika Allah kehendaki-Nya. Kun fa yakun (jadi, maka jadilah ia).

Jika semalam ribuan siput naik ke pantai di Pantai Klebang, Melaka hingga mencetuskan persoalan adakah tsunami bakal terjadi seperti dahulu lagi dan hari ini, penampakan cahaya terang seakan-akan  api menghiasi dada langit di Sungai Rambai, Melaka.

Dalam tik tok atas nama @Imma Majid653, dirinya memaklumkan ketika merakamkan langit yang membiru, tiba-tiba muncul cahaya berkenaan dalam tempoh yang amat sekejap sebelum hilang.

Ia hanya muncul seketika sahaja sebelum menghilang sekitar jam dua petang ke atas tadi, kongsinya dalam menjawap pertanyaan orang ramai di bahagian komen.

Walau bertanya apakah petanda di sebalik kemunculan cahaya tadi, kita sebagai hambanya pasti tiada jawapan.

Namun kebanyakan komen mengaitkan “sesuatu” bakal terjadi kerana cahaya sebegini turut muncul sebelum berlakunya trgedi kepala air Gunung Jerai. Ada juga memaklumkan cahaya begini petanda ribut hendak terjadi.

Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyarankan supaya kita menyaksikan penciptaan makhluk oleh Allah SWT di atas muka bumi ini dengan pandangan mata hati. Firman Allah SWT dalam al-Quran mafhumnya: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang dan kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuhan di bumi sesudah mati, serta Ia biakkan padanya daripada pelbagai jenis binatang; demikian juga peredaran angin dan awan yang tunduk terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (semua itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah) bagi kaum yang menggunakan akal fikiran.” (Surah al-Baqarah, ayat 164)

Sebagai hambaNya yang kerdil, apa jua yang Allah kehendaki, semuanya atas izin Allah taala. Sumber : Tik Tok @Imma Majid653

 

Published by
Almaswa Che Ros