Bersedekah antara amalan mulia. Banyak kelebihan bagi orang yang suka sedekah antaranya rezeki akan bertambah. Lebih banyak yang kita beri, lebih banyak pintu rezeki diberi oleh Allah.
Bukan itu saja, sedekah juga dapat melindungi kita dari bahaya iaitu melindung kita dari kejahatan dan musiba. Rasulullah SAW bersabda,
“Bersegeralah untuk bersedekah. Kerana musibah dan bencana tidak bisa mendahului sedekah.” Ternyata, amalan ini boleh menjadi penolak bala untuk kita dan boleh membantu kita hidup dalam keadaan yang selesa dan tenang.
Dan asbab suka bersedekah dan tidak mengira keuntungan, Allah memperlihatkan kepada kita kelebihan orang suka bersedekah.
Dalam satu kejadian kebakaran besar berlaku di Pasar Kroya, Daerah Kroya di Cilacap Jawa Tengah beberapa hari lalu (24/12/2021) menyaksikan keajaiban apabila semua kios musnah dan hanya satu yang langsung tidak diusik api besar.
Dari perkongsian di fb Zhiahazzahra itu menyaksikan tiada satu pun barangan dagangan pemiliknya disentuh api biarpun kedainya terletak di tengah-tengah barisan kedai yang yang musnah dalam kebakaran besar itu.
Dalam kejadian video itu, kedai yang terletak di tingkat dua pasar Kroya ini masih kekal berdiri sekaligus membuatkan warganet heboh. Dikatakan pemilik kedai ini suka bersedekah kepada orang yang membeli barangan di kedainya. Saat diuji itu, Allah memperlihatkan kuasanya kerana kedai ini langsung tidak disentuh api. Sumber : Liputan6
https://www.tiktok.com/@aden.kasep/video/7045873345014926618?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Amalkan Doa Ini Kalau Nak Nampak Cantik Berseri & Awet Muda Tanpa Ubah Wajah
Wanita dan kecantikan memang cukup sinonim. Dek kerana mahu kelihatan cantik wanita sanggup melakukan apa sahaja termasuk rawatan yang mengubah wajah.
Ada cara lain yang boleh dilakukan. Salah satunya adalah amalan doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Bagi sesiapa yang ingin wajahnya sentiasa nampak cantik dan berseri boleh baca doa berikut:
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
(Maksud Surah Yusuf Ayat 4)
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang, matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca Surah Yusuf, lanjutkan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
“Wa-alqaytu ‘Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna’ ‘Alaa ‘Ainii”
Maksudnya surah Thaahaa ayat 39:
“Dan Aku telah melimpahkan padamu kasih sayang yang datang dariku. Supaya kamu diasuh/dipelihara di bawah pengawasanku.”
Cara amalannya:
*Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
*Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Ketika membaca ayat ini, jangan membacanya tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan Surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah Nabi Yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapannya.
Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Tegur Pemerintah.’ Imam Masjidil Haram Ini Bukan Hanya DiTarik Tauliah, Turut DiTahan 10 Tahun
‘Tegur pemerintah.’ Imam Masjidil Haram ini bukan hanya ditarik tauliah, turut ditahan dan dipenjara selama 10 tahun. Kalau sekadar ditarik tauliah, rasanya terlalu kecil di jalan dakwah ini.
Kongsi Ustaz Ahmad Dusuki di akaun instagramnya:
Artikel Berkaitan: Peluang Lihat Wajah Imam Masjidilharam Dari Dekat, Lelaki Kongsi Laluan Keluar Masuk Adalah Melalui Ismail Gate
Tegur Pemerintah
Tapi apabila menegur pemerintah kerajaan Arab Saudi menjadikan negara yang liberal dan membuka kelab-kelab malam menjadi ancaman kepada kerajaan Arab Saudi.
Nama Sheikh Saleh Al-Talib sedang popular dan trending di mana-mana media sosial sekarang ini. Persoalannya, siapakah Sheikh Saleh Al-Talib? Beliau sebenarnya merupakan bekas imam Masjidil Haram di Mekah.
Imam Masjidil Haram
Apa terjadi pada beliau? Sheikh Saleh Al-Talib telah ditangkap oleh Kerajaan Arab Saudi dan dikenakan hukuman penjara 10 tahun.
Sheikh Saleh Al-Talib tidak melakukan apa apa kesalahan jenayah . Beliau cuma menegur pemerintah Saudi yang mula menerapkan unsur-unsur liberalism dalam pemerintah negara itu.
Ini Bukan Hanya
Salah satu faktor yang paling ditentang Sheikh Saleh Al-Talib adalah Saudi menghalalkan pergaulan lelaki dan perempuan di tempat awam. Selain itu, beliau juga menentang keputusan kerajaan Saudi yang membuka kelab malam yang dikatakan “halal”.
Jadi, dalam satu khutbah Jumaat yang disampaikan beliau pada tahun 2018, beliau telah menegur pemerintahan Saudi secara tidak langsung berkaitan perkara itu.
DiTarik Tauliah
Kesannya, Sheikh Saleh Al-Talib ditahan dan dipenjarakan selama 10 tahun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut dipecat sebagai imam Masjidil Haram.
Kesalahan yang diletakkan pada Sheikh Saleh Al-Talib adalah mengkritik kerajaan Saudi.
Baca Di Sini:
Maha Suci Allah Yang Membolak-Balikkan Hati. Siapa Pun Kita, Pengakhiran Hidup Paling Penting
Turut DiTahan 10 Tahun
Beberapa hari lepas, kes Sheikh Saleh Al-Talib dibicarakan semula. Malangnya, kerajaan Saudi kekalkan hukuman penjara 10 tahun kepada Sheikh Saleh Al-Talib.
Apabila kuasa politik tidak berada di tangan orang yang beriman, maka mereka menggunakan kuasa politik itu utk menangkap dan memenjatakan orang yang beriman.
Sebab itulah umat Islam mestilah menguasai politik Islam ini agar tampuk kuasa itu berada di tangan orang yang ada agama. Noktah!
Kashoorga : Semoga perjuangan Imam Masjidil Haram, Sheikh Saleh Al-Talib terbela.
Sumber : Instagram Ustaz Ahmad Dusuki
Kredit Foto: Internet
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Berkuat Kuasa Esok, Perlis Beri Kebenaran Rapatkan Saf Ketika Solat. Hanya Di Masjid Bukan Surau Atau Tempat Solat Umum
Alhamdulillah, sekian lama isu ini diperkatakan, akhirnya di hari Jumaat yang mulia ini, negeri Perlis menjadi negeri pertama membenarkan jemaah merapatkan saf untuk solat berjemaah di negeri ini.
Semua masjid di seluruh Perlis akan mula melaksanakan solat berjemaah dengan merapatkan saf berkuat kuasa pada solat Subuh Sabtu ini, sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.
Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, keputusan dilakukan selepas mendapat limpah perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail selepas meneliti perkembangan semasa Covid-19 di negeri ini.
“Selain itu, keputusan juga dibuat berikutan peratusan tinggi vaksinasi lengkap dan peningkatan dos penggalak yang mencapai kadar 16.9 peratus atau 30,575 penerima berdasarkan maklumat terkini pada 2 Januari lalu selain keadaan penularan wabak di Perlis berada dalam keadaan terkawal.
“Sehubungan itu, baginda mempertimbang dengan penuh hikmah dan teliti serta menilai dengan penuh bijaksana dan berhati-hati dalam menjalankan tanggungjawab Raja Pemerintah dan Ketua Agama Negeri.
“Maka sukacita dimaklumkan berkaitan kebenaran bersyarat amalan merapatkan saf solat berjemaah di masjid seluruh negeri Perlis berkuat kuasa pada Subuh 8 Januari depan iaitu Sabtu, sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” titah baginda pada kenyataan hari ini.
Titah baginda, kebenaran pelaksanaan itu membabitkan semua masjid di seluruh Perlis sahaja manakala surau atau tempat solat umum atau awam kekal tidak dibuka.
Larangan ini termasuk kepada surau atau tempat solat di agensi, institusi, maahad tahfiz dan sebagainya melainkan dengan kebenaran khas daripada MAIPs dan melalui Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs).
Baginda bertitah, sehubungan itu, dalam melaksanakan amalan solat dengan merapatkan saf, jemaah diwajibkan merapatkan saf ketika menunaikan solat dengan kadar jarak sejadah masing-masing berdasarkan syarat saiz sejadah adalah standard dan tidak berlaku sentuhan fizikal.
“Bagaimanapun, jemaah yang tinggal serumah diwajibkan merapatkan saf tanpa terikat dengan syarat di atas. Daripada segi pengekalan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada pula, hendaklah kekal dipatuhi dan ini merangkumi setiap masa, selain waktu menunaikan solat sama ada ketika selesai solat, ketika mendengar kuliah dan sepanjang tempoh berada di masjid,” titah baginda.
Pematuhan SOP masih perlu diteruskan seperti kekal melaksanakan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter serta memakai pelitup muka.
Jemaah masih perlu membawa sejadah sendiri bersaiz standard, mengambil wuduk sebelum ke masjid, mengimbas suhu badan dan melaksanakan rekod penjejakan sosial dengan mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera atau mendaftar pada buku yang disediakan.
Baginda bertitah, pematuhan terhadap SOP ini adalah diperketatkan dan tidak dibenarkan sebarang kontak sentuhan fizikal seperti bersalaman.
Jemaah yang menerima suntikan vaksin lengkap sama ada dewasa, kanak-kanak atau warga emas dibenarkan hadir ke masjid.
Golongan bergejala seperti demam, sesak pernafasan, sakit tekak, selesema dan sebagainya juga dilarang hadir ke masjid.
Titah baginda, semua aktiviti pengimarahan seperti kuliah, ceramah termasuk jamuan adalah dibenarkan dengan pematuhan SOP kesihatan dan keselamatan yang berkuatkuasa.
Baginda yang juga Raja Muda Perlis berharap seluruh rakyat Perlis sentiasa mematuhi SOP dan ketetapan yang diperkenankan ini.
“Nikmat kesihatan dan keselamatan yang dikurniakan oleh Allah SWT ini haruslah disyukuri.
“Kesungguhan mengimarahkan masjid perlu diteruskan selain meneruskan ikhtiar pencegahan penularan Covid-19 dalam suasana norma dan kelaziman baru,” titah baginda. Sumber : Harian Metro
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI