Viral Majlis Akad Nikah Pasangan Ini Di Luar Pagar Musim COVID-19. Memang Lucu, Tapi Janji Sah Ijab Kabulnya!

Share

Oleh kerana penularan wabak koronavirus yang semakin seriøs ini, memang sangat bertepatan kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung jaringan rantaian virus ini.

Jadi bagi mereka yang sudah merancang majlis perkahwinan terpaksa menunda kepada tarikh lain. Namun begitu ada yang hanya menjalankan acara wajib iaitu majlis akad nikah saja.

Viral baru-baru ini di mana pasangan ini yang menjalankan majlia akad nikah hanya di luar pagar saja.

Majlis pernikahan ini adalah dibenarkan dengan mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti tidak boleh berjabat tangan dan hanya dihadiri oleh seorang pendaftar atau penolong pendaftar perkahwinan, pengantin lelaki dan perempuan, seorang wali, dua orang saksi serta dua orang wakil bagi pihak pengantin lelaki dan perempuan.

Video ini dikongsi oleh pengguna Facebook, Norman Herbs memaparkan pasangan pengantin sedang melangsungkan ijab kabul di hadapan rumah tok kadi.
Apa yang menarik perhatian adalah, pasangan pengantin serta kesemua tetamu yang hadir ini dilihat berdiri di luar pagar rumah tersebut dengan menjaga jarak ‘Scoial Distancing’ antara 1 hingga 2 meter seperti yang telah ditetapkan.
Tanpa berjabat tangan, pengantin lelaki dengan gaya yang bersahaja telah melafazkan akad sambil disaksikan oleh tetamu yang hadir.

Selepas selesai acara akad, tok kadi telah meminta pengantin lelaki untuk melafazkan taklik kepada wanita yang dinikahinya itu.

Perkongsian ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya puji dan setuju dengan cara yang dilakukan oleh pasangan ini. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang terhibur dengan gelagat spontan yang ditunjukkan oleh tok kadi berkenaan.

Netizen juga turut mengucapkan selamat pengantin baru dan mendoakan keduanya kekal bahagia till jannah.

Nor Shafina Md Zuki Alhamdulillah selamat semua, moga bahagia hingga ke jannah

Fara Hana inilah di namakan jodoh ajal maut tu rahsia Allah.. Jangan pertikaikan kenapa tak tunda je.. Allah dah tetapkan segalanya… Jadi kita sebagai hamba hanya berdoa dan ikot sahaja..  Tahniah pasangan..

YusRaa Raa

ni yg sebenarnya Alhamdulillah…trbaik bro

Ammar Amsyar Nampak mcm sedih sbb nikah mcm tak sempurna tapi korg tahu ini lah sejarah yg akan mereka cerita kt anakncucu cicit. Pengalaman manis menikah jarak jauh. Sweeettt

Fara Hana inilah di namakan jodoh ajal maut tu rahsia Allah.. Jangan pertikaikan kenapa tak tunda je.. Allah dah tetapkan segalanya… Jadi kita sebagai hamba hanya berdoa dan ikot sahaja..  Tahniah pasangan..

Published by
Siti Zurina Mat Saman