Visa Kerja Orang Malaysia Untuk Kerja-kerja Profesional, Nak ‘Tinggal’ Di Madinah Hanya Sebagai Jenazah

Share

Madinah atau nama penuhnya Madinah al-Munawwarah ialah salah sebuah kota yang terdapat di wilayah Hijaz, Arab Saudi. Madinah pada asalnya bernama Yathrib tetapi selepas peristiwa hijrah, namanya diubah kepada Madinat Al-Nabi (Kota Nabi) ataupun Al Madinah Al Munawwarah (Kota yang bercahaya) sementara perkataan Madinah bermaksud “bandar/kota”.

Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad SAW. Ramai yang mengidamkan untuk dapat tinggal di Madinah.

Berikut perkongsian Saleem Wahab

“Ustaz, ada cara tak tinggal di Madinah? Jadi cleaner masjid pun tak mengapa.” tanya jemaah.

Saya senyum. Siapapun yang menjejakkan kaki di sini, pasti mahu terus tinggal disini. Madinah tidak sama dengan Makkah. Tenang dan damai di Madinah lain macam. Tak tergambar dengan kata.

Sebenarnya boleh tinggal di Madinah. Betul.

Tetapi bukan sebagai cleaner. Orang Malaysia tidak boleh kerja cleaner. Kalau indonesia boleh. Visa kerja untuk orang Malaysia hanya kerja-kerja profesional.

Contohnya pensyarah, nurse, doktor atau businessman. Ada prosedure-prosedure lain melibatkan penjamin dan lain-lain.

Ada cara tak perlu visa kalau nak tinggal disini.
Jemaah terlopong. Teruja nak tahu.

Tinggal sebagai jenazah! Ya… Jenazah terpilih yang disemadikan di perkuburan Baqie. Dekat dengan baginda Nabi Sallallahualaihi Wasallam.

Ia tidak mustahil. Banyakkan berdoa. Sudah ramai orang Malaysia yang mendapatkan kediaman mereka di perkuburan mulia ini.

Kita pula yang seterusnya. Ameen!

Sumber kredit: Saleem Wahab

VIDEO KASHOORGA:

Published by
wan erni