Seorang isteri dituntut untuk sentiasa tampil cantik biarpun hanya seorang suri rumah sahaja. Ini kerana menyenangkan hati suami yang penat balik dari kerja dengan mengukir senyuman serta menghidangkan air adalah gudang pahala untuk isteri.

Masa yang sama, berdandan cantik juga adalah satu dari sebab membangkitkan perasaan keinginan suami ingin menyentuh isteri.

Pesan Rasulullah SAW kepada golongan lelaki.

IKLAN

“Jika salah seorang di antara kamu melihat wanita cantik dan hatinya menjadi cenderung kepada wanita itu, maka ia harus langsung pulang dan menemui isterinya dan mendatanginya di tempat tidur supaya ia terhindar dari fikiran yang kotor.” (HR Muslim).

Tindakan suami yang segera pulang ke rumah itu adalah satu dari bentuk kesetiaannya kepada pasangan. Masa yang sama, dirinya menjaga batas agama dan kehormatan seksualnya. Rasa cintanya kepada sang isteri adalah satu perbuatan mencegahnya dari berfantasi yang bukan-bukan selepas melihat ramai wanita cantik ketika berada di luar rumah.

IKLAN

Dan wajib bagi seorang isteri untuk memenuhi ajakan suami tersebut tidak kira apa pun situasi isteri ketika itu. Sebab itulah, isteri dituntut untuk sentiasa berhias cantik biar hanya duduk di rumah sahaja dan menunggu saat suami pulang dari kerja.

Dari Abu Ali Thalaq bin Ali r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang suami mengajak isterinya, maka penuhilah segera sekalipun ia sedang berada di dapur.” (HR Tirmidzi dan Ibnu Hibban).

IKLAN

Abdullah bin Mas’ud r.a. mengatakan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Seorang isteri yang diajak oleh suaminya ke tempat tidurnya, tetapi dia menangguhkannya hingga suaminya tidur, maka isteri tersebut dalam keadaan laknat hingga ke subuh hari.

Maka berbahagialah sang isteri apabila suami tiba-tiba meminta biar pun ketika itu kita berasa penat, masa dirasakan tidak sesuai dan sebagainya kerana bila suami salurkan kehendak batinnya, itu bererti dia melakukannya dengan penuh tanda cinta dan tidak mencurangi anda atau berada bersama perempuan lain.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI