Kita sering membaca keluhan isteri yang ditinggalkan suami kerana perempuan lain. Suami yang terpedaya melihat bentuk tubuh wanita, memilihnya dan tinggalkan isteri. Jujurnya ini sangat tidak adil.

Mana mungkin kuku isteri yang tidak pernah ke salon membuat pedicure dan medicure menjadi cantik kerana saban hari dia menyental bilik air yang kotor agar suami tidak terjatuh ketika melangkah masuk ke tandas yang licin berbanding gadis lain yang hanya pandai melawa.

Jangan juga bandingkan dada isterimu yang mungkin kurang montok berbanding wanita lain yang menegak bagaikan gunung Everest. Ini kerana melalui dada itulah lahirnya anak-anak cergas yang disusui hingga usianya dua tahun sebelum disusui oleh anak-anak lain yang berderet jumlahnya kerana melayan karenah nafsu suami. Jadi layak sajalah dada itu meleper kerana segala keringatnya sudah diperah.

Jika lelaki terpesona dengan haruman wangian wanita lain, mana mungkin disamakan haruman isteri yang berpanas-panas memasak di dapur, menggosok pakaian kerjamu biar kemas masa yang sama perlu melihat anak-anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian. Kalau ada pun waktu istirehatnya adalah ketika anak-anak tidur dan sudah semestinya dirinya juga ingin berehat seketika melepaskan lelah.

IKLAN

Jangan kau terus terpesona dengan bibir merah gadis lain di sebalik lipstik dipakai serta sut pakaiannya yang nampak segak di matamu tetapi kau sendiri begitu kedekut mengeluarkan belanja untuk mencantikkan isterimu dan berkira-kira wang dikeluarkan.

**media[369182]**

IKLAN

Sering kalilah tatap mata jernih isteri kerana dirinya sudah berpenat lelah bagi memastikan semua keperluan suami tersedia di depan mata. Tinjau jugalah hati isteri yang mungkin kekosongan kerana tercari-cari di mana suaminya yang mungkin tengah berseronok dengan wanita lain sedangkan hatinya sepi.

IKLAN

Setiap lelaki normal, memang menyimpan hasrat untuk berkahwin lebih daripada satu, sekalipun dia belum pernah diuji dengan perkahwinan. Sebenarnya, keharusan berpoligami di dalam Islam adalah diberi kepada pasangan yang mempunyai masalah dengan perkahwinan yang sedia ada. Tapi dengan syarat-syarat tertentu seperti sakit, gila, mandul dan sebagainya.

Hukum poligami dalam Islam adalah harus. Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka, maka berkahwinlah (dengan) sesiapa yang baik daripada perempuan-perempuan yang (lain) dua, tiga atau empat.” (Surah an-Nisa’, ayat 3) tapi jangan terus menyakiti hati isterimu dengan membandingkan dirinya dan wanita baru yang bertakhta di hatimu.

Jadi jangan bandingkan pengorbanan isterimu, sakiti hatinya kerana itu sememangnya tidak adil sama sekali. Gambar sekadar hiasan.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI