Berita

‘Wajah Bersih, Tiada Kesan Terbakar.’ Jenazah 4 Beradik Selamat Dikebumikan Dalam 1 Liang Lahad

Share

‘Wajah bersih, tiada kesan terbakar.’ Jenazah 4 beradik selamat dikebumikan dalam 1 liang lahad. Anak syurga, tiada dosa.

Beratnya beban yang ditanggung ibu, bapa mereka apabila kehilangan empat orang anak sekaligus. Namun ternyata Allah lebih menyayangi empat beradik ini.

Pasti ada hikmah di sebalik ujian berat, semoga ibu dan bapa mereka tabah berdepan hari-hari mendatang tanpa keempat-empat anak mereka.

Artikel Berkaitan:

Subhanallah, Wuduk Jadikan Wajah Kita Bercahaya & Pintu-Pintu Syurga Terbuka

Wajah Bersih, Tiada Kesan Terbakar

Raut wajah empat beradik yang maut dalam kebakaran kediaman mereka di Kampung Sabak Awor, Muar, Johor, dikatakan dalam keadaan amat bersih langsung tiada kesan terbakar.

Perkara tersebut didedahkan pendakwah terkenal, Ebit Lew menerusi perkongsian di akaun media sosial miliknya malam tadi.


“Adik kecil Puteri Aisyah, Mohd Hakim, Mustakim dan Fatihah, kecil-kecil semuanya. Melihat wajah bersih cantik semuanya.

“Saya lihat wajah anak-anak semua comel bersih. Tidak terbakar. Ada calar-calar pun sikit-sikit. Empat beradik dijumpai di bilik air. Mungkin lemas asap dan haba panas,” katanya.

Jenazah 4 Beradik Selamat Dikebumikan

Kejadian pada 7.49 malam itu mengorbankan Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3.

Jenazah empat beradik itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahat kira-kira 8.15 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di Muar.

Menceritakan lawatannya itu, jelas Ebit Lew, dia sedih dan menangis selepas menghadiri pengebumian jenazah empat beradik berkenaan.

Katanya, dia turut sebak melihat tangisan ibu bapanya sepanjang urusan pengurusan jenazah di Muar Johor.

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Ya Allah ampunilah sayangilah rahmatilah keluarga ini,” katanya.

Dalam 1 Liang Lahad

Menurut Ebit Lew, ibu kepada empat beradik itu berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor dan mereka adalah dari keluarga susah sehingga tidak mempunyai barang elektrik dan televisyen.


Malah katanya, wanita itu memaklumkan salah seorang anaknya, Aisyah terlalu ingin menemuinya.

“Ibunya keluar lima minit beli barang bergesa balik lihat dah jadi begitu. Ya Allah Tuhanku sedihnya dengar,” katanya.

Baca Di Sini:

Rajin Tiap Malam Solat Taubat, Jasad Jenazah Penghafaz Al-Quran Sangat Suci & Wajah Pula Tenang Seperti Orang Tidur

Kashoorga : Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga Allah mengurniakan kekuatan buat ibu dan ayah mereka.

Sumber: myMetro

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat