Inna lillahi wa inna ilahi raji’un.
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Pemergian seorang remaja dari negara seberang yang sedang menuntut ilmu di Mesir, Muhammad Al Fatih Syukur, 18 tahun ketika tidur dan dalam keadaan berpuasa menjadi tumpuan masyarakat sebaik jenazahnya dibawa pulang ke kampung halamannya di Tarnate, Maluku Utara, Indonesia.
Arwah meninggal pada 9 Februari lalu dan urusan membawanya pulang cukup mudah kerana pada 11 Februari bersamaan Jumaat, penghulu segala hari jenazahnya selamat disolatkan dengan ratusan penduduk menghadirinya.
.
Dalam satu perkongsian dari fb oleh seorang Ustaz mengajar ilmu agama, Kabri Saibun dari Kota Ternate, Maluku Utara, dari gambar dapat dilihat begitu ramai orang menghadiri upacara pengkebumian remaja seorang penghafal Al-Quran 30 juzuk ini.
Dalam perkongsiannya : “Alhamdulillah Jum’at 12 Februari 2021. Masih diberi kesempatan untuk melawat dan ikut sholat Jenazah Alm. Muhammad Al-Fatih sang pejuang Al-Qur’an dari Ternate. Inna lillahi wa inna ilahi raji’un Almarhum berpulang dalam keadaan berpuasa. Semoga dilapangkan kuburnya,diterima amal ibadah, dicatat sebagai syahid, di tempatkan syurgaNya. Al-Fatihah”
.
Menurut sumber, arwah menyertai program Ma’had Syaraful Haramain di sini bermula 2018 yang lalu dan bakal melanjutkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar pada September 2021.
“Muhammad al-Fatih Syukur adalah salah seorang pelajar terbaik di sana dan antara yang terawal menghafaz 30 juzuk Al-Quran,”
Arwah Muhammad Al Fatih tidak hanya menghafal Al-Quran, beliau turut menghafal Alfiyah Ibn Malik, iaitu kitab berima tatabahasa Arab yang ditulis oleh Ibn Malik pada kurun ke-13.
“Arwah juga pembawa moral dan adab yang luar biasa. Hampir tidak meninggalkan jejak keburukan, kecuali kebaikan, Allah mengasihi dia dan keluarganya. Pada usia 18 tahun, Tuhan memanggilnya.
“Namun, ayah dan ibunya yang bertuah dapat menuai kebaikannya. Semoga amal solehnya diterima oleh Allah dan semua dosanya akan diampunkan oleh Allah SWT,” katanya.
Difahamkan, jenazah Muhammad Al Fatih akan dibawa pulang ke pangkuan ibu bapanya di Ternate untuk dikebumikan di sana.
“Semoga Allahyarham mendapat husnul khatimah dan keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan dan keredhaan. Aaminn.