Wajib faraid barang kemas peninggalan ibu, lepas selesai segala hutang arwah. Wanita dan perhiasan sememangnya tak dapat dipisahkan.
Namun setelah meninggal dunia, menjadi hak siapa segala barang kemas si mati. Bagaimana pula jika barang kemas tersebut adalah pemberian si anak, adakah anaknya dapat mengambilnya kembali.
Artikel Berkaitan : 12 Beradik Sepakat Serah Harta Faraid, Tak Ambil Sesen Pun. Mahu Jadi Gedung Pahala Buat Arwah Mama
Situasi : Anak memberikan barang kemas kepada ibunya. Ibunya meninggal dunia dan meninggalkan barang kemas pemberian anaknya.
Soalan: Adakah si anak boleh mengambil semua pemberian tersebut atau ia wajib difaraidkan?
Jawapan:
Bergantung kepada status pemberian. Jika pemberian tersebut berupa pinjaman, maka si anak boleh mengambilnya semula.
Jika pemberian itu berupa hadiah, serahan dan sebagainya hingga menyebabkan emas tersebut menjadi hak atau harta si ibu, maka ia telah menjadi sebahagian dari harta si ibu yang meninggal tadi.
Maka barangan kemas yang telah menjadi hak si ibu tadi wajib difaraidkan setelah urusan di bawah selesai:
Tanggungjawab waris menunaikan hak si mati.
Sebelum pembahagian harta pusaka, waris-waris wajib menyelesaikan perkara berikut :
1. Menguruskan jenazah
2. Menjelaskan hutang si mati :
– Hutang kepada Allah SWT seperti zakat, kaffarah, nazar, haji dan fidyah.
– Hutang kepada manusia
– Melaksanakan wasiat si mati (jika ada) yang tidak melebihi 1/3 daripada harta peninggalannya.
Baca Di Sini:
Akhirnya Kemelut Pembahagian Faraid Ternoktah. Balu Abam Lega.
Kashoorga : Bila ada di kalangan ahli keluarga meninggal dunia, senaraikan hutang-piutang arwah, jelaskan apa yang patut.
Sumber : Soal Jawab Agama
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.