‘Wajib hafal surah Al-Fatihah dan surah Al-Insyirah.’ Doa pengasih untuk eratkan hubungan suami, isteri. Bagi pasangan yang telah berkahwin, boleh jadikan amalan untuk membaca dua surah pendek ini.
Sudahlah surahnya pendek sahaja, jadi memang mudah buat suami isteri tidak kiralah yang baru berkahwin atau yang telah lama berumah tangga untuk hafal dan amalkan doa pengasih ini.
3. Hembus ke ruang tengah kening sambil usap perlahan.
4. Pastikan ketika itu, suami sudah tutup mata dan tidur lena.
5. Niatkan di dalam hati ‘Ya Allah, lebarkanlah cinta suamiku padaku.’
Ads
Selamat mencuba! Cuba amalkan selama seminggu dan lihatlah hasilnya. Suami juga boleh amalkan kepada isteri…
Pemergian Siti Sarah pada 9 Ogos lalu memberikan kesan emosi kepada kebanyakan orang hingga ia mendapat liputan luar biasa kerana kebaikan dilakukan ketika masih hidup. Kebaikan budi arwah yang banyak bersedekah dalam diam, meninggal selepas bertarung dengan Covid-19 dan masa yang sama sedang mengandungkan bayinya, Ayash Affan membuatkan ramai mengalirkan air mata.
Tidak hairanlah, ramai yang mahu tahu setiap perkembangan hidup Ayash yang membesar tanpa kasih sayang seorang ibu dan tidak merasai susu seorang ibu.
Jika sebelum ini ramai menawarkan untuk menjadi ibu susuan Ayash, namun Shuib pernah memaklumkan pada Ogos lalu dia memilih sepupunya untuk menjadi ibu susuan selepas berbincang dengan ahli keluarga berkaitan hal ini. Bukan tidak mahu menerima orang luar tetapi Shuib memaklumkan tentang masa depan Ayash yang mungkin boleh terkahwin dengan anak susuan di masa-masa akan datang dan hal ini mendatangkan kebimbangannya.
Baru-baru ini, genap pemergian 100 hari isteri kesayangan ke rahmatullah, Shuib mengadakan majlis tahlil, tahnik dan tahlil buat arwah isteri dan anak bongsunya itu. Mengenakan pakaian serba putih, dilihat Ayash membesar dengan sihat.
Dalam pada itu, di Tik Tok @lindaomar, dilihat Ayash lena dalam pelukan seorang wanita dan adik beradiknya yang lain juga kelihatan mesra dengan wanita ini.
Disaat ramai yang tertanya-tanya, adakah ini gerangan ibu susuan Ayash, wanita ini sebenarnya adalah penjaga Ayash yang juga merupakan kakak ipar Shuib sendiri yang merupakan isteri kepada abang Siti Sarah sendiri. Ia pangkat ibu saudara kepada Ayash sendiri.
Dari perkongsian, @lindaomar berkata, doakan semoga Mama dapat menjaga Baby Ayash dengan baik. Kasih sayang Mama pada Baby Ayash tiada beza dengan anak-anak Mama yang lain. Mama sayang Baby Ayash dan anak-anak dunia dan akhirat, kongsinya yang dilihat mencurahkan kasih sayang buat bayi menjadi kesayangan ramai ini.
Semoga Ayash terus membesar sihat dalam pelukan kasih sayang Allah dan keluarga. Sumber gambar ; Instagram Shuib/ Tik Tok @Lindaomar
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat." (Riwayat Ibnu Majah).
Bayangkan di saat kita benar-benar memerlukan pertolongan, secara tiba-tiba ada individu tidak dikenali datang menghulur bantuan. Datangnya membawa bantuan yang sangat kita perlukan iaitu makanan untuk mengalas perut anak kita. Pada hal, sebelum ini kita sudah hilang punca dan bingung tidak tahu hendak berbuat apa. Setelah puas bertawakal, hanya satu jalan kita nampak iaitu “mencuri” sedikit makanan untuk mengalas perut anak kita yang sedang demam.
Barangkali, kita pernah alami situasi sebegini, bukan? Namun tanpa kita duga, datang hamba-hamba Allah menghulurkan sesuatu yang kita tak sangka dan tergamam. Tahukah dan percayakah, datangnya orang menghulurkan bantuan itu, ITULAH PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH SWT UNTUK KITA KERANA KITA PERNAH MEMUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN DI SEKELILING KITA SUATU MASA DAHULU.
Mungkin kita sudah lupa apa amalan kita tetapi ALLAH tidak pernah lupa. Malah, setiap perbuatan yang baik walau sekecil zarah pasti akan dibalas juga dengan kebaikan.
Ternyata tindakan YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal menziarahi seorang ibu tunggal yang tertangkap mencuri makanan di sebuah pasaraya menularkan rasa sebak di hati kita semua.
Jelas ACP Ezanee, dirinya terpanggil untuk mengunjungi seorang surirumah yang telah ditahan oleh anggota sekuriti di sebuah pasaraya kerana gagal membayar barang-barang yang ada bersamanya. Barang-barang yang dimaksudkan adalah ubat – ubatan dan makanan untuk anaknya yang sedang sakit.
Katanya lagi, sebaik mendapat laporan mengenai kes kecurian itu, beliau tampil membantu termasuk tidak meneruskan tindakan (NFA) atas jenayah dilakukan wanita berusia 30-an itu.
Nik Ezanee berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada pihak pasar raya yang menangkap ibu tiga anak itu mencuri penyejuk demam, kek dan sosej kira-kira 3 petang semalam.
"Semalam saya terima laporan mengatakan ada seorang wanita ditahan kerana dikatakan mencuri kek dan penyejuk demam sebab anaknya demam. "Jadi saya pun berasa terpanggil untuk berjumpa dengan wanita ini. Saya percaya dia ada masalah kalau tidak dia tidak akan buat perkara ini," katanya menerusi video disiarkan di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.
Atas dasar belas ehsan, IPD Petaling Jaya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyumbangkan barangan makanan dan barangan harian kepada beliau agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam meneruskan kehidupan sepanjang tempoh pandemik ini.
Allahuakbar, moga kita juga dikurniakan hati yang baik agar dapat membantu orang susah suatu hari kelak tanpa mengira siapa. Percayalah, lagi kita mempermudahkan urusan orang maka Allah akan mempermudahkan urusan kita. Jangan kita persoalkan benar atau salah kerana Allah itu Maha Mengetahui setiap apa yang kita lakukan. Moga semakin ramai rakyat Malaysia ada jiwa seberani ini untuk berasa belas pada orang tidak berkemampuan. #SinarUntukMalaysia.
Sumber berita / gambar : Polis Daerah Petaling Jaya
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Organ saya adalah pinjaman Allah, apa salahnya dermakan.’ Buah pinggang kiri untuk isteri. Begitulah kasih sayang yang utuh daripada seorang suami kepada isterinya.
Berkorban untuk pasangan di saat dirinya ditimpa kesakitan dan kesusahan pasti akan dikenang sampai bila-bila. Bertuah sang isteri memiliki suami yang sanggup memberikan sebelah buah pinggangnya buat isteri.
“Isteri berhak hidup sihat seperti orang lain. Sebagai suami, saya nak dia hidup bahagia,” kata Mohamad Al Bukhari Ellia atau mesra disapa Bukhari.
Bukhari, 25, mendapat tumpuan ramai kerana kesudiannya mendermakan buah pinggang kiri kepada isteri, Nurul Hasanah Salim, 31, menerusi prosedur transplan, 12 Mei lalu.
Hasil ikhtiarnya dan dengan izin Allah, Nurul Hasanah kini tidak lagi menderita akibat penyakit buah pinggang.
Berkongsi kisahnya, Bukhari diijabkabulkan dengan Nurul Hasanah pada 25 September 2020 dan hanya dapat menjalani kehidupan normal sebagai pasangan suami isteri selama seminggu sebelum isterinya dikejarkan ke hospital akibat komplikasi teruk pada buah pinggang.
Bukhari mengakui sedih dan terkesan dengan keadaan isterinya itu namun cuba berlapang dada dengan menganggap ia sebagai ujian Allah SWT.
Apa Salahnya Dermakan
Demi menyelamatkan nyawa Nurul Hasanah, Bukhari mengikut saranan doktor dengan menjadi penderma buah pinggang kerana enggan isterinya terus melakukan rawatan dialisis.
“Dulu saya bekerja sebagai juruteknik perkhidmatan cucian namun ambil keputusan berhenti kerja kira-kira dua bulan selepas berkahwin.
“Saya kemudian berniaga keropok lekor atas jenama sendiri, Hasbuq Lekor kerana nak beri tumpuan kepada isteri dan menemaninya ke pusat dialisis.
“Ikutkan kami tak sempat pergi berbulan madu kerana selepas seminggu kahwin, isteri tunjukkan simptom badan berasa sejuk, tak larat, menggigil dan nak muntah.
“Hasil pemeriksaan awal ujian darah yang dilakukan oleh isteri menunjukkan keputusan tidak normal, kemudian doktor sahkan dia ada masalah buah pinggang kerana organnya itu mengecut dengan fungsi hanya lima peratus saja.
“Doktor kata kalau nak hidup normal kena dapatkan buah pinggang daripada penderma hidup atau mati otak, jadi saya tawarkan diri (untuk jadi penderma) dan teruskan hasrat itu selepas berbincang serta dapat restu keluarga,” katanya.
Buah Pinggang Kiri
Menurutnya, ada juga segelintir pihak yang mempersoalkan keputusannya namun dia nekad kerana sudah berfikir panjang dan mempertimbangkan kesannya.
Meskipun perlu menunggu dua tahun untuk menjalani transplan buah pinggang, Bukhari bersyukur kerana layak menjadi penderma selepas melepasi saringan ditetapkan malah puas dapat membantu insan tercinta.
“Ramai juga tanya dengan saya mengapa saya nak dermakan buah pinggang dan tak takut ke memandangkan masih muda.
“Jujurnya memang gementar kerana ia soal hidup dan mati malah saya sampai tulis wasiat tetapi cekalkan hati demi isteri.
“Lagipun organ yang saya ada itu adalah pinjaman Allah SWT, jadi apa salahnya derma buat isteri yang memerlukan.
“Dua kali juga pemindahan buah pinggang itu hampir gagal kerana komplikasi ketika cuba masukkan organ ke saluran pundi namun akhirnya berjaya.
“Cuma isteri ditidurkan selama dua hari selepas prosedur itu,” katanya yang mencari rezeki di Tapak Gerbang Malam, Pusat Bandar Bagan Serai, Perak.
Untuk Isteri
Menceritakan perkembangan terkini, Bukhari berkata, keadaan isterinya bertambah baik dan kini menjalani rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dia juga dalam usaha menjaga pemakanan dan tidak terlalu aktif dengan aktiviti lasak seperti disyorkan doktor.
Berhubung perkongsian di TikTok, Bukhari tidak menyangka video dimuat naiknya akan dapat perhatian netizen hingga tular dan meraih hampir sejuta tontonan.
“Bagi saya, transplan buah pinggang satu prosedur biasa memandangkan ramai lagi di luar sana buat yang sama dan niat kongsi video di TikTok adalah untuk jadikan kenangan.
“Tak sangka akan tular malah ramai tonton video itu luahkan rasa sedih dan mendoakan selain DM (hantar kiriman mesej),” katanya.
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...