Baru-baru ini diberitakan tentang tiga bank Malaysia dinamakan sebagai antara ketua pemiutang tidak bercagar Genting Hong Kong yang dilaporkan telah muflis dengan gabungan pendedahan sebanyak AS$600 juta (RM2.5 bilion).
Masa yang sama dimaklumkan Khazanah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai pemegang saham di dalam bank yang terlibat. Di sebalik isu muflis Genting Hong Kong itu, ada sesuatu yang perlu umat Islam perlu buka mata dan mata hati terutama melibatkan dividen yang diterima di akhir tahun khususnya dari KWSP.
Dikongsikan oleh Pakar Kewangan Islam, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman dalam satu perkongsian di fbnya mengenai isu ini turut memaklumkan 84.9 peratus pencarum muslim masih dalam simpanan konvensional.
“Jawapan saya begini, KERANA itulah WAJIB umat Islam tukar ke KWSP Simpanan Shariah. Kerana duit pelaburan dari EPF Simpanan Shariah TIADA yang dilabur ke bank-bank Konvensional.
“HANYA duit pencarum simpanan konvensional yang support bank konvensional dan berikannya pinjaman ke genting HK. Ada pun berkenaan dua institusi lain itu, saya tiada info dan sila rujuk kepada pihak mereka.
“Malangnya, mengikut data, lebih 84.5% pencarum Muslim di KWSP masih duduk dalam KWSP konvensional. Secara tak langsung sokong bank konvensional melalui pegangan majoritinya dan termasuklah pinjaman-pinjaman itu.
Justeru, bising di media sosial sahaja tidak guna JIKA diri masih duduk dalam simpanan konvensional. Mulakan dengan apa yang dalam kuasa terdekat kita. Penukaran ke akaun Shariah boleh dibuat menerusi i-akaun secara online sahaja.
Sumber : FB Dr Zaharudin Abd Rahman