Jika tahun lalu, Wak Doyok menghadiahkan sebuah rumah banglo buat ibunya hasil titik peluh dalam bidang perniagaan. Tahun ini pula Wak Doyok menghadiahkan ibunya sebuah kereta Vellfire bernilai RM260,000 sempena hari ibu.
Seperti mulianya taraf seorang ibu, begitulah juga mulianya doa mereka di sisi Allah SWT. Allah telah meletakkan seseorang ibu di peringkat yang paling tinggi doanya untuk dimakbulkan. Disebabkan itulah reda dan restu dari ibu sangat penting dalam kehidupan anak-anak.
Berikut perkongsian Wak Doyok di laman Instagramnya.
Sempena hari ibu hari ini saya menghadiahkan mak saya sebuah kereta villfire agar tahun ini mak boleh berjalan-jalan dengan selesa di rumah sanak saudara. Semoga mak sihat dan dapat menunaikan fardu haji tahun ini insyallah.
Wak Doyok memberitahu, niatnya untuk menghadiahkan kereta tersebut buat ibunya untuk membuatkan ibunya bahagia selepas bapanya pergi menghadap Ilahi pada Oktober tahun lalu.
“Semua ini adalah usaha untuk membuatkan mak saya bahagia dikala dia hidup kesunyian selepas pemergian ayah saya pada tahun lalu.
Ads
“Biarpun kereta tersebut bernilai ratusan ribu, namun sedikit pun tidak tertanding dengan jasanya membesarkan saya selama ini,” katanya.
Kasih sayang dan cinta seorang ibu kepada anaknya tidak akan terbalas dan tidak akan ternilai dengan apa pun. Perjuangan seorang ibu untuk seorang anak sangat luar biasa. Apabila telah dewasa maka sudah tibalah masanya untuk si anak membalas jasa ibunda tercinta.
Baca perkongsian berikut.
Sebentar tadi kami bf spt biasa. Di sebelah meja kami sdg bf seorg pemuda dan seorg perempuan warga emas (berkaca mata hitam). Bila ditanya , mereka adalah ibu dan anak.
Tersentuh hati kecil saya menyaksikan bagaimana seorg anak lelaki melayan ibunya (yg ‘dah tak dpt melihat’ dunia seperti kita). Dipimpin dari kereta ke meja. Melayan mkn minum ibunya mesra dgn penuh kasih sayang. Ayahnya , asal Kota Tinggi baru meninggal setahun yg lalu. Mereka dari KL pagi ini. Yg menjadikan saya terdiam bila si pemuda berkata: “Saya satu2nya anak lelaki dlm keluarga. Wajarlah saya yg menjaga dia (di hari tuanya)”.
Bertuah ibu mendpt anak yg baik dan beruntung anak yg dpt berbakti kpd ibunya yg tua & uzur. Sebelum berpisah kami bersalaman. Sambil saya tepuk perlahan bahu kirinya dan saya katakan : “Saya kagum dan sayu. Di zaman ramai anak2 mensia2kan ibu ayah masih ada kecualiannya pd diri awak. Berkat awak menjaga ibu awak”. Kami berlalu ke kereta.
Kami tak dpt menyembunyikan – tergenang air mata. Kami tinggalkan mereka berdua dgn doa – Allah limpahkan barokah dan rahmat kpd mereka berdua.
# Maaf. Gambar ini bkn utk tujuan diviralkan. Yg baik dah tentu baiknya. Kebaikan tak salah disebarkan.
Selagi hayat dikandung badan, berbaktilah kepada kedua orang tuamu.
Sumber Kredit: Viral Muafakat Johor
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sentiasa tolong-menolong dan menjadikan bapa sebagai pakar rujuk menjadi kunci kejayaan kepada empat adik beradik daripada empat emak berbeza mencipta kejayaan. Ke empat-empat mereka menerima ijazah masing-masing pada hari Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kali ke-89.
Lebih manis apabila keempat-empat mereka iaitu, Juliana Aziera Zulkepli, 21, serta adik-adiknya, Ayu Shaheera, Zul Azril dan Zul Azrul merekodkan kejayaan yang cemerlang dengan menerima anugerah naib canselor dan diploma kelas pertama.
Juliana Aziera berkata, sekalipun tidak tinggal sebumbung namun mereka mempunyai hubungan yang rapat sama seperti adik beradik yang lain malah sering disalahanggap sebagai kembar kerana mereka seusia.
BELAJAR BERSAMA DENGAN TUNJUK AJAR BAPA
Katanya, sejak kecil, selain belajar di sekolah, mereka juga belajar di rumah bersama-sama dengan tunjuk ajar bapa mereka, Datuk Dr Zulkepli Mohamad.
“Kami berempat macam belangkas sejak kecil, belajar bersama-sama dan banyak menghabiskan masa bersama memandangkan kami sebaya dan banyak benda boleh dikongsi.
“Selain guru, papa yang banyak membantu kami dalam pelajaran. Dia yang jadi guru dan bantu kami di rumah malah sanggup pergi kelas semata-mata untuk bantu kami mengulangkaji pelajaran.
“Keadaan itu tetap sama sehinggalah kami menamatkan diploma perakaunan ini,” katanya.
KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA
Juliana Aziera dan Ayu Shaheera memilih untuk berehat seketika sambil bekerja di firma akauntan milik bapa mereka manakala Zul Azril dan Zul Azrul menyambung pengajian di peringkat ijazah.
Sementara itu, Zulkepli, 54 yang pernah menjadi tukang karut dikir barat dan dikenali sebagai Zul Wisma berkata, kejayaan anak-anaknya itu cukup bermakna buat keluarga besarnya dan berharap mereka akan menjadi contoh kepada adik beradik yang lain.
Menurut Pengerusi Eksekutif Zulkepli & Co. itu, selain hasil didikan guru di sekolah, kecemerlangan anak-anaknya turut didorong oleh kebahagiaan yang dipupuk dalam rumah tangga beliau.
HUBUNGAN EMPAT ISTERI RAPAT
Katanya, empat isterinya, Datin Hasnah Mat Ya, 59; Rafizah Senawi, 51; Nurida Razali, 51, serta Norreha Abdul Rahman, 48, amat rapat dan memahami antara satu sama lain.
Tambahnya, keakraban isteri-isterinya itu membolehkan kesemua 11 anak mereka turut membesar sebagai satu keluarga dalam suasana harmoni.
“Selain ilmu dunia, saya juga menekankan ilmu akhirat kepada anak-anak dan seluruh keluarga agar mereka berjaya dalam kedua-dua bidang dan sentiasa dekat dengan ALLAH.
“Sekalipun sibuk dengan tugas harian, saya akan pastikan anak-anak sentiasa dekat dengan saya.
“Anak-anak tidak pernah hadiri kelas tambahan di luar sebaliknya saya berusaha ajar mereka sendiri di rumah.
“Ia bukan sahaja membantu mereka cemerlang dalam pelajaran tetapi lebih penting mengeratkan hubungan antara kami semua,” katanya.
Sumber kredit: Sinar Harian
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap kali anak-anak mencipta kejayaan dalam pelajaran sudah pasti hati ibu bapa akan kembang ‘bangga.’ Ya! Itu memang tidak dapat disangkal lagi. Sehingga ada ibu bapa yang rasa terpinggir dan mungkin rasa rendah diri apabila anak-anak mereka kurang menyerlah dalam pelajaran.
Memang dalam kehidupan kita hari ini, kejayaan akademik anak-anak seolah-olah mencerminkan kejayaan ibu bapa mendidik anak-anak. Tanpa kita sedar dan mungkin terlupa bahawa kejayaan itu bukan hanya tertumpu pada kejayaan dalam bidang akademik semata-mata tetapi lebih kepada pembentukan nilai sahsiah diri.
Ikuti perkongsian Nasir Rahman tentang kejayaan seorang keluarga yang berjaya.
Kawan saya ada 7 orang anak. Tak seorang pun berjaya ke “U”. Lepas SPM, paling hebat pun masuk Giatmara atau pusat latihan SKM. Yang sulong perempuan, lepas SPM kahwin ngan jejaka pilihan hati. Orang sekampong. Suami kerja kontrak nyawit. Sekarang dok jaga kebun2 org kampong. Dapat jugak lah bawak kereta H. Anak pun ramai. Buat rumah, sebelah rumah emak bapak.
Yang ke dua. Bukak kedai makan kat bando Batu Pahat. Kahwin sekampong. Mertua buatkan rumah kat tanah kampong. Fuhh cantik rumahnya. Ada dusun 3 hektar. Ke 3, 4, 5, 6, 7 lepas SPM kerja2 biasalah. Ada kerja kat paso, ada kerja kampong, dsb. Cucu dah ada 5.
SEMUA TUJUH ANAK SEJUK MATA MEMANDANG
Semua anak2 dia, walaupun tak berjaya dalam pelajaran, semua saya tengok “sejuk mata memandang.” Rajin kerja, rajin bermasyarakat, rajin berjemaah kat surau. Rumah dia, meriah sesangat, maklumlah cucu sebelah rumah aje. Kiri kanan deoan belakang rumah, penuh dengan tanaman dan sayuran. Anak ramai, kena tanam sayur sendiri, bela ayam itik sendiri. Bela ikan keli dan sebagainya. Kawan saya ni kerja kampong.. dia ada kebun sawit. Cukup katanya menyara keluarga. Bawak van beso sebab keluarga beso.
Apa yang nak saya kongsi dalam apa yang saya lihat. Hidup dia cukup bahagia. Suami isteri cooooooool aje. Tenang aje. Bangun pagi, mandi, g surau berjemaah subuh. Ngeteh anak beranak di anjung, borak2, kol 7:30 am, memasing gerak ke tempat kerja. Anak2 dan cucu2 keliling rumah. Riuh rendah.
BILA SAKIT ANAK-ANAK GILIR-GILIR JAGA
Masa raya lepas, meriah sangat. Masak rendang ayam kampong pun satu periuk besar. Kawan saya kata dia sangat bersyukur walaupun anak2 dia tak berjaya dalam pelajaran. Masa wife dia masuk spital. Bergilir2 anak2 jaga. Makan pakai emak sakit, semua taken care org jawa kata.
Kekadang terfikir jugak saya, apa ukuran “kejayaan” sebenar seorang parent? Adakah kerana Allah kurniakan anak2 yang “kurang genius” menunjukkan dia gagal? Bukan kah “otak bergeliga” itu anugerah Allah? Saya tahu perasaan bila anak scored straight A’s dari tadika sampai SPM.
Saya juga ada anak yang kutip E dan G sebab dia lambat amik result (dia kerja ngan saya. Very hard working. Dialah tulang belakang saya sekarang). Bagi saya, apa2 anugerah Allah, kita bersyukurlah…. dalam kita mendongak ke langit, jangan kita lupa bumi dipijak… sekian cerita merepek dari saya ????
Kesimpulannya sebagai ibu bapa, hargai setiap anugerah Allah itu sebaik mungkin. Janganlah hanya merungut seolah-olah langsung tidak bersyukur dengan pemberian yang telah Allah berikan. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.
Sumber kredit: FB: Nasir Rahman
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...