Waktu kecil mak ayah didik sempurna dengan agama, bila besar anak jadi jahat itu namanya takdir. Mak, ayah telah mendidik anak dengan sehabis baik untuk melahirkan anak yang berakhlak mulia dan cintakan agama, namun sebaliknya yang berlaku ianya adalah takdir.
Tetapi jika sedari awal mengabaikan anak-anak serta tidak diberi didikan yang sempurna maka menjawab mak, ayah di akhirat kelak. Mendidik anak sewaktu kecil adalah kewajipan mak, ayah.
Ikuti perkongsian Muharrik Daie betapa pentingnya didikan agama kepada anak-anak.
Artikel Berkaitan:
Terharunya Tengok Cara Bapa Didik Anak-anak Ke Masjid Waktu Solat Subuh Walau Tinggal Di Perancis
MAK, AYAH YANG JAHAT ADALAH YANG MEMBIARKAN ANAK-ANAKNYA
Tanggung jawab mak, ayah pada anak-anak bukan bagi makan saja kemudian selesai.
Jangan begitu kawan!
Tanggung jawab mak, ayah ini besar dan akan menjadi bala di akhirat nanti dan boleh terjerat dengan api neraka.
Kau lihat satu-satu ini wahai mak ayah. Antara perkara yang perlu kau buat dari sebelum kelahiran baby kau lagi adalah,
1. Menjaga makanan yang halal lebih-lebih lagi waktu mengandung. Sebab susu yang kau nak suap nanti biarlah tidak bercampur dengan yang haram.
2. Banyak baca Al-quran dan berdoa.
3. Lahir baby, kalau boleh dan mampu dapatkan doktor atau bidan wanita untuk mengeluarkan mereka dari perut kamu.
4. Azan dan iqamahkan.
5. Aqiqahkan kalau mampu.
6. Waktu mumayyiz sebelum baligh, selesaikan mereka dengan pengajaran fardhu ain, tauhid, feqah dan tasauf. Agar bila mereka telah baligh, mereka kenal akan Tuhan mereka, tahu beribadah dengan berilmu dan tahu halal dan haram. Serta berakhlak mulia.
7. Jaga keselamatan dan pergaulan mereka sehinggalah mereka telah baligh dan boleh berdikari.
Kalau kamu telah sempurnakan tanggungjawab kamu kepada anak-anak kamu dan anak-anak kamu jadi syaitan dan jahat, itu bukan lagi salah kamu tetapi ujian bagi kamu dan redalah dengan ujian itu.
Tetapi kalau kamu tak didik anak-anak kamu dengan sempurna seperti yang dikehendaki oleh islam, maka kamulah yang salah dan kamulah punca kepada bertambahnya sampah masyarakat.
Tak dinafikan, ada juga anak-anak tidak dididik dengan agama tapi mereka baik dan soleh. Itu perkara di luar kekuasaan kita dan itulah dinamakan takdir Allah.
Tapi jarang berlaku. Dan jangan dijadikan modal dan hujah untuk lari dari tanggungjawab yang tidak kamu buat.
Jangan sentap, kalau ada orang kata anak-anak kamu itu jahat kerana salah kamu. Kerana pada adatnya memang salah mak ayah kalau anak-anak itu jahat dan menderhakai Allah.
Baca Di Sini:
Tak Ada Ritual Tertentu, Tapi Jaga Makan & Minum Rahsia Pasangan Ini Didik 9 Anak Jadi Hafiz
Kashoorga: Semoga anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah seta mentaati agama.
Sumber: Muharrik Daie
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.